Jiran Sepakat Membawa Berkat

Maksud jiran menurut islam ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita samada di sebelah kanan, di kiri, di depan, di belakang, di tingkat atas, di tingkat bawah sehingga 40 buah rumah dari setiap sudut.

Jiran pula boleh jadi jiran yang baik atau jiran yang kurang baik. Kalu dapat jiran yang baik, memang anda seorang yang beruntung. Dan itulah semua orang mahukan, dapat jiran yang baik.

Tapi tak semua orang dapat jiran yang baik, ada juga yang dapat jiran bermasalah dan sukar tuk bertoleransi. Jika anda dapat jiran seperti itu, 10 cara dibawah mungkin dapat membantu anda menyelesaikan kemelut ini.

  1. Kat halaman belakang, gali 2,3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih. Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur…nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu… . lagi wangi lagi real…
  2. Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok² tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum Sundal Malam’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.
  3. Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka. Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka.
  4. Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok² awak nih!”.
  5. Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh…eh… sampah… hehehe”.
  6. Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku² anda. Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.
  7. Suruh isteri dan anak² anda memanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran². Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.
  8. Buat open-house dan jemput jiran² anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama. Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda. Cadangkan kepada jiran yang dia pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.
  9. Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi² kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines). Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup…
  10. Buat patung boneka daripada kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda. Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror… .!

Selamat mencuba! hahahaha…..

Seelok-eloknya janganlah korang bergaduh ngan jiran anda. Jiran sepakat membawa berkat. Tapi kalau korang dapat jiran camni, baik korang berhati². Perosak rumahtangga ni!!

p/s : 10 cara di atas tu bukan idea aku, dapat dari forward emel. Kalu korang amalkan, risiko tu korang tanggung sendirik aaa. hehepeace

-

Dilihat sebanyak : 7143

One thought on “Jiran Sepakat Membawa Berkat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>