
Aku sekarang baru berjinak-jinak dalam menggunakan wordpress sebagai medium untukku berblog. Sebelum ini, aku aktif menggunakan blogspot. Apa yang boleh ku katakan, jika anda baru berjinak-jinak mahu menjadi blogger, mahu merasai apa itu blogger, blogspot adalah medium terbaik untuk belajar tentang blog.
WordPress? WordPress bagi aku (pendapat setelah 2 minggu menggunakannya) adalah untuk blogger yang advance! Jika anda TIADA pengetahuan langsung dalam coding html, konsep CSS dan mungkin php, mungkin agak sukar untuk anda bermesra dengan wordpress. Silap-silap anda fedup dan giveup.
Bagi yang sukakan cabaran, wordpress adalah jawapannya. Dan aku…. sudah mula menyukai wordpress! terbaek dari ladang!
Apa yang menarik tentang wordpress adalah plugin-plugin yang bersepah di internet. Apa saja yang anda mahukan untuk blog anda , tentu ada plugin yang sesuai. Dan plugin ini banyak membantu dalam memudahkan anda berblog. Ada plugin untuk SEO (sebab tu blog guna wordpress senang mendapat muka hadapan dalam carian google), ada plugin untuk mesra pembaca dan banyak lagi. Pendek kata, macam-macam ada.
Berikut aku senaraikan beberapa plugin yang menarik yang aku gunakan pada blog ni. Aku tak pasti aku layak atau tidak cerita pasal plugin ni, Ye la, baru 2 minggu guna wordpress dah eksyen nak cerita pasal plugin. Tapi takpelah, aku cerita berdasarkan pengalaman aku selama 2 minggu ini.
1. Akismet – Plugin untuk menangkis serangan komen spam. Plugin ni automatik dah diinstall sekali bersama wordpress terbaru. Cuma bergantung pada anda mahu aktifkan atau tidak. Jika anda perhatikan pada sidebar belah kiri blog ini, terdapat 5 komen spam berjaya ditahan. Akismet, syabas diucapkan!

2. Backtype Tweetcount – Plugin untuk memudahkan pembaca blog anda ‘retweet’ entri anda. Plugin ini turut memaparkan bilangan ‘retweet’. Amat membantu sekali dalam mempromosikan entri anda. Cuma ‘problem’nya, blogger kita kurang gemar ‘retweet’ entri blogger lain.

3. Thank Me Later – Plugin yang menarik sekali. Ia secara automatik akan menghantar emel terima kasih kepada pengomen sebaik sahaja mereka meninggalkan komen pada blog anda. Anda boleh ‘setting’ mengikut citarasa anda juga boleh ‘edit’ kandungan emel tersebut. Ok, just nak confirm, selepas anda komen di blog ini, anda ada terima tak emel terima kasih tersebut? Aku takut plugin ni tak berfungsi seperti yang diharapkan.
4. WP-PageNavi – Plugin yang menjadikan blog anda mesra pengguna dan menarik. Ia mengantikan fungsi menu ‘Previous’ entri dan ‘Next’ entri dikaki blog ini. Anda boleh perhatikan plugin ini dikaki blog ini.

5. All in one SEO – Plugin yang begitu popular sekali. Ramai otai-otai blogger menggalakkan menggunakan plugin ini. Sehingga saat ini pun aku masih kurang jelas dan masih belajar lagi cara untuk mengoptimumkan plugin ini. Apa yang aku faham, plugin ini akan memastikan blog anda sentiasa mendapat tempat dalam enjin carian. Sesuatu yang bagus untuk meningkatkan trafik blog anda.
6. SEO Smart Links – Satu lagi plugin yang sangat berguna dalam SEO. Apabila terdapat perkataan dalam entri yang sedang anda tulis hampir sama dengan tajuk-tajuk entri anda sebelum ini, automatik plugin ini akan ‘link’ kan perkataan tersebut dengan entri lama tersebut. Jadi, anda tak payah susah-susah cari entri lama yang berkaitan untuk di’link’kan. Menarik bukan?
Ok. Cukuplah enam dulu. Ada banyak lagi plugin yang aku tengah explore. Ada yang sesuai dan ada jugak yang tidak sesuai dan ada jugak yang aku tak tau macamana nak ‘setting’. huhu..
Tapi, walau bagaimana hebat sekalipun plugin yang anda gunakan, jika anda malas update blog, tak guna jugak.
hehe, nice info
tapi ada theme yang x support plugin yg kita nak…
.-= khairil´s last blog ..Apabila Lelaki Menangis =-.
thanks.
ooo..ade jugak yg tak support ek.
no 3 dan no 6 blog Kujie pakai… hehe
.-= Luffy´s last blog ..BYE-BYE BLOGWALK BEBEH =-.
abis tu ko pakai ape?
dh pindah xbgtau he…23x
.. spam dah bertimbun2 dalam blog ku… popular gak blog ku dgn spam.. terima kasih Akismet
tweeter pun teman xde huhuhu
baru ku sedar.. aku xde WP-PageNavi… kejab lagi install
.-= Bro Framestone´s last blog ..Blog BroFramestone Tutup =-.
aik?? dah bagitau aa, bro aje yg tak perasan kut.huhu..
konsep twitter ni ade kena follow org baru org follow.bak kata salleh yaacob “i follow…” hehe
ops… blog ku xsesuai pakai WP-PageNavi
.-= Bro Framestone´s last blog ..Blog BroFramestone Tutup =-.
tak sesuai? tak dapek nak nolong.
hoho.. selamat berbelog dengan enjin yang baru!
.-= mrs azmi´s last blog ..jom carik perkataan! =-.
selamat…
Cantik tempat tinggal penyubiru yang baru. Membuatkan pakcik pon berfikir nak apply loan bank untuk rumah baru blog pakcik. Hehehe
Nice Sharing!
.-= JohnJenin´s last blog ..iPhone Digi Package Leaked? =-.
timer kasih.mahal rumah baru ni.bayar downpayment aje habis cek nuffnang aku sebulan.huhu..
.-= relevan´s last blog ..Sasaran =-.
best explore wordpress ni.macam² ado..
macam2…sampai carik tempat nk k0men p0n xjumpak..hak3 :bandit:
takkan tak jupe kut..ni boleh jer kumen ni..
baru tau kegunaan SEO smart Links tu..hehe..tQ for this post
.-= fatin´s last blog ..Hargailah Hubungan Persahabatan =-.
sama². itu apa yg aku paham la.
1st time dengar plugin all in one seo ni.. nak install la. thanks utk suggestion tu.
.-= Amir´s last blog ..(GAMBAR) Adelaide Festival 2010: Northern Lights =-.
1st time dengar? biar betul. plugin ni mmg femes ni.
WPPageNavi tak berapa bagus sangat bila letak kat theme creative common dengan theme berbayar sebab biasanya WPPageNavi akan merosakkan theme dengan database sekali bila tak jadi.
oo.. ye ke? seb baik plugin ni sesuai kat theme saya. btw, thanks komen yer.
aku dah lama gak nak try guna WP nie, nanti aku try lah, salam kenal dan info yg bagus
.-= caluk´s last blog ..Caluk P.I @ Detektif Caluk =-.
try sekali tentu melekat nnt.
hahaha samalah kita baru berenjoy2 dgn WP..
wp mmg best kan?
memang menarik pakai wordpress ni…cuma kena explore lebih utk mengguna pakai semua plug in nye…tahniah…
.-= risanur´s last blog ..476 : kedekut… =-.
ya betul tu.kena rajin explore.
paling enak ngeblog yah pakai wordpress :love:
semua plugin tu memang menarik… sy juga gunakan plugin tersebut.. memang bagus dan perlu digunakan jika kita seorang blogger WP.. hehe
salam dari abgreds. info yg bagus. tapi wordpress.com (free) tak dak button plugin huhu…
oo..wordpress free takde ek. saya tak tahu lah plak sebab masa free saya pakai blogspot,biler berbayar saya pakai wordpress.
best yer..