Jersi Jerman Piala Dunia 2010 Dan Old Village

Hujung minggu yang lepas hingga isnin aku berada di kampung wife aku, Kedah. Hari selasa baru bertolak balik ke KL.

Kami balik ke Kedah sebab wife aku ade urusan penting yang harus diselesaikan. Jika mengikut perancangan, kami nak balik pertengahan Mei ini. Tapi apakan daya,kita hanya merancang tuhan yang menentukan.

Dah sampai Kedah, masa yang ada digunakan sebaik mungkin. Hari pertama pergi rumah Mak Tam. Biasalah, gunting rambut Batriysia dan Qariena la apalagi. Kiranya Mak Tam @ Tok Tam ni merangkap tukang gunting peribadi tuk Batrisyia & Qariena la. hehe.. opss..wife aku pun tumpang sekaki gunting rambut jugak. :D

Hari berikutnya, pergi Padang Besar. Boleh dikatakan aktiviti wajib gak tu. Aku memang berkira-kira sebelum balik Kedah lagi nak sambar jersi world cup 2010 kat Padang Besar. Wife aku plak memang ada jer bende yang nak dibelinya. So, semua pergi Padang Besar dengan agenda tersendiri.  MIL aku pun ikut sekali.

Kat Padang Besar, tempatlah ni tumpuan kami. Kompleks Arked Niaga. Macam-macam ada. Murah tak murah tu aku tak pasti lah sebab aku tak melakukan kajian dari segi harga barangan tersebut. Tapi yang aku dapat sahkan, jersi kat situ memang murah jika nak dibandinkan dengan harga yang kawan aku jual kat opis ni. hehe.. :D

Isk..isk..anak sapa la ni.. Qariena sempat lagi main sembunyi² ngan kakak dia. Batrisyia tiada dalam gambar sebab duk diam² kat tempat persembunyian tu. Seb baik lah tuan kedai tak bising. :D

Seluar Thai Boxing pun ade jual. Aku malas nak beli, nanti kalu pakai seluar tu nanti, kaki jadi ringan jer nak tendang orang. :D

excited..teruja..bila jumpa baju yang ade gambar kartun..

Batrisyia tengah tunjuk baju tidur kut..

inilah kedai yang aku beli jersi piala dunia 2010. ekceli banyak kedai yang jual jersi, tapi gerak hati ku memilih kedai ni.

wife aku tanya, “Sayang minat negara mana?”

Aku jawab,”bukan minat negara tapi minat design..”

Aku memang dah set nak beli jersi jerman sebab designnya cantik, so sampai kedai tu aku terus beli jersi jerman la. Harga RM27. Gred AAA. Aku tak pasti mahal ke murah, aku beli jer sebab aku rasa cam murah jer. So,pahni bleh la aku eksyen ngan kekawan opis. ngeh..ngeh..ngeh.. :D

Ibu sibuk shopping beg, Abah sibuk shopping jersi, anak-anak dibiarkan bermain. hehe.. :D ekceli MIL aku yang supervise diorang main.

Ini pulut ayam. Ada pulut, ada ayam, ada sos cicah, ada bawang goreng. Kami makan kat gerai yang berhampiran dengan kompleks tersebut. MIL aku yang order.

Malamnya pulak, kami makan kat Old Village, Alor Star. Aku keluar makan bersama keluarga in-law. Setiap kali kami balik Kedah, ada saje tempat makan baru yang akan diperkenalkan. Kali ini giliran Old Village pulak. Restoran ni terletak di tepi sungai (tak pasti sungai ape), tapi ada tulis signboard “Jeti Bot”. Orang Kedah tau kut, lalu kut Jalan Dato’ Kumbar. Restoran ni sekali dengan Rumah Homestay.

ini sahaja gambar restoran tu yang dapat aku snap. Waktu malam, jadi gambar pun agak kelam jugak lah. Kalu nak tengok gambar waktu siang, aku ada jumpa satu blog hasil carian google aku. Anda boleh lihatnya di sini.

malam tu semua tak berapa nak lapar, so order lite lite sahaja. Ini jer gambar makanan yang sempat ku snap. Gambar makanan lain tak dang nak snap sebab aku dah bizi makan. :D

Ini gambar selesai proses makan. Abis licin..

Anak aku bersama sepupu mereka.

ingat yer, jika anda bercita-cita hendak jalan-jalan cari makan di Old Village, pastikan bukan pada hari selasa yer.

Ok. itu sahaja yang mampu aku kongsikan buat masa ini. :D

Dilihat sebanyak : 2142

29 thoughts on “Jersi Jerman Piala Dunia 2010 Dan Old Village

  1. makin comey laaa qarienaaaa……

    Syah : mmg gila panas, rumah kitorang 24hrs ekon…. huhuhuhuhu.. tuh g makin nipis ozon tuuuuu

    waaaaaaaaaaaaaaaaaa… rini gaji.. weekend leh p pdg besar.. yakyakyak!!
    .-= PnConfused´s last blog ..Sekarang aku ada kakak!!!! =-.

  2. wah sempat ko sambar jersi jerman sebelum world cup. Masa kami pergi padang besar hari tu belum jual lagi jersi world cup ni. Nampaknya aku pakai t-shirt kulit kerang ajelah huhuhu :wink:

  3. Isnin baru ni aku ada ke Damansara Damai tengok projek kawan aku. Ingat nak ajak ko lunch kat Mahboob tapi terasa berat aje nak call ko. Rupanya ko balik Kedah hehehe

    • aku pula tertanya² naper diorang bukak selain hari selasa.hehe..

      p/s: aku pernah dgr org kata hari selasa kurang jualan. tak tahu betul ke tak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>