Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Hujung minggu yang lepas, aku sekeluarga (wife aku, Batrisyia & Qariena) telah mengikuti satu trip ke Taiping, Perak. Kami pergi secara berkonvoi dengan kekawan ofis (satu department) tempat aku kerja.

Memang seronok kalu buat trip sambil berkonvoi. Semua bertolak dari ofis di Subang, dan ada jugak yang menunggu di Hentian Rawang (akulah tu..). Biasalah konvoi, tunggu yang tu, tunggu yang ni, kul 10 lebih kitaorang gerak ke Taiping dari Hentian Rawang.

Destinasi pertama kami adalah acara makan mee udang di restoran Mak Jah, Kuala Sepetang. Ala.. restoran yang femes ames tu, yang masuk paper tu.

Cerita banyak tak guna, jom kita tengok gambar. Tapi gambar biasa-biasa jer sebab pakai kamera digital biasa. (cehh..macam lah kalu aku pakai DSLR, gambar jadi luar biasa.hehe.. :D)

Sebelum tu, amaran tuk mereka yang dalam keadaan lapar. Anda dinasihatkan mengeyangkan diri terlebih dahulu sebelum meneruskan bacaan entri ini. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya kadar keroncongan perut anda meningkat sekali ganda! :D

Melalui highway PLUS, exit Changkat Jering

Melalui bandar Taiping

Tidak susah hendak mencari restoran Mak Jah ni, kerana sepanjang laluan anda akan dapat melihat signboard seperti di atas.

udang goreng tepung yang terbaek dari ladang. memang sedappp! :love:

Nampaknya peribahasa “ada udang di sebalik mee” tidak lagi sesuai digunakan di sini. Sebetulnya, “Ada mee di sebalik udang”

inilah dia geng-geng rombongan cik kiah. :D

Ok. nanti berkesempatan, aku update gambar tuk aktiviti ke Zoo taiping dan Sungkai Hot Springs pula. Masa dan kelajuan internet tidak mengizinkan buat masa ini. :(

Dilihat sebanyak : 12298

32 thoughts on “Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

    • mmg aku sajer taruk gambar banyak² supaya ko teringin. abislah en cayang kena dera pi taiping pahni.hehe.. (nnt mesti en cayang suh pi makan kat sg dua jer nnt.hehe)

    • aku tak pasti berapa harga sebab aku makan jer.hehe… ekceli, seme tu diuruskan oleh organiser kitaorg. aku makan jer. tapi dengar citer dlm Rm700 kesemuanya dan dapat diskaun jadik RM500. kalu tak silap aku mee udang dia banyak saiz, ade yg Rm7,ade yg rm15 semangkuk.

  1. gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! banyak nak mati udang dia! my god!!!!!!!!!!

    eh brapa ringgit sepinggan?
    .-= yonna´s last blog ..Hard Rock Hotel,Penang (Seaview) =-.

    • unai,
      tutorial yg dah lepas ke atau tutorial terbaru? kalu tutorial terbaru, kalu ade request baru saya buatkan.tu pun kalu saya tahu lah.hehe..

  2. Aku dah makan banyak kali dah mee udang Mak Jah ni. Kalau di sekitar Taiping ni mee udang Mak Jah ni cukup best la bagi mereka. Kalau di Seberang Perai kesedapan mee udang Mak Jah ni tak masuk senarai la. Di sini mee udang yang best terletak di Sungai Dua (tepi sungai). Mee Pak Ngah Sungai Dua boleh tahan juga rasanya (tepi Mobil). Di Bukit Mertajam mee rebus best ialah Mee Pak Pin dekat Tanah Liat Bukit Mertajam (tepi Masjid Haji Saad resipi mee rebus original). Rata2 dah aku makan tapi Mee Pak Pin paling best, Mee Ramli di Ipoh pun kalah teruk. Nasi Kandar paling best di Penang ialah Nasi Kandar Kampung Melayu, Nasi Kandar Merlin, Nasi Kandar Tajudin dan Nasi Kandar Deen Jelutong.Nasi Kandar Line Clear tak masuk senarai sedap, orang luar Penang jer kata sedap sebab mereka tak try semua nasi kandar di Penang.

  3. mee udang mak jah tu dekat dgn kg mak mentua maktam selang dalam 3 buah rumah.jumpalah kedai mak jah..apa best kan makan kat situ…kita boleh pilih yg harga berapa kita nak mee udang tu.paling mahal rm12.maktam pun akan buka juga kat kuantan pahang.berdepan dgn kem batu 10 .nak mula secara kecil kecil lah dulu…bagi sesiapa yg nak cuba boleh lah datang kat jln pancing berdepan dgn kem batu 10.

  4. Pingback: Mee Udang Sg Dua @ Restoran Aur Gading | Penyubiru's Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>