Kali ini tuan blog mahu jadi chef. Chef Nyu. Ade klasss gitu. haha.. (yark! )
Ok. Itu hari aku ada live blogging pasal percubaan aku membuat aiskrim goreng buatan sendiri. Itu adalah percubaan pertama aku. Dan hasilnya.. not bad.. boleh buat lagi lepas ni.
Semuanya bermula sebab aku ada terima emel (emel forward) berkenaan cara-cara membuat aiskrim goreng paling simple dan senang. Bahan-bahannya memang mudah didapati. Nampak macam senang so aku cuba lah.
Sebelum tu, setahu aku aiskrim goreng mula menerjah kamus hidupku masa aku zaman sekolah menengah dulu. Masa mula-mula mendengar nama aiskrim goreng dari rakan-rakan, aku macam tak percaya. Ye la, mana boleh aiskrim digoreng. Hinggalah pada suatu hari aku melihat dalam tv ada show macam jalan-jalan cari makan kat tv3 tapi versi boring punyer.
Bila melihat sendiri cara-cara aiskrim goreng tu digoreng, baru aku percaya. Tapi aku tak pernah mencuba memakannya lagi.
Rata-rata mengatakan aiskrim hanya di jual di Terengganu sahaja iaitu di medan selera Pantai Batu Burok. Ironinya, aku sendiri anak jati Terengganu belum pernah memakan aiskrim goreng di tempat tersebut. Lihat pun tak pernah apatah lagi memakannya. Apa punya orang ganu la mung ni penyu… hee
Sekarang ini aku percaya, aiskrim goreng sudah tersebar di restoran-restoran beberapa negeri berikutan ada pihak yang memperkenalkan produk ini secara komersial. Salah satu restoran yang ada menjual aiskrim ini dan aku sendiri pernah melihat menu, membeli dan memakannya adalah di Restoran Mahbub, Damansara Damai. Jika anda tahu tempat lain pun ada menjualnya, boleh mention kat ruangan komen untuk kekawan lain yang berdekatan anda mencubanya.
Ok. Panjang pulak sejarah tentang aiskrim ni. Biasalah Chef Nyu ni ala-ala macam Chef Wan jugak, banyak sangat pot pet pot pet.
Resipi Aiskrim Goreng Penyubiru
Bahan-bahan
- Roti keping (roti apa-apa pun boleh asalkan halal dan tak expired)
- Aiskrim (sukahatilah nak perisa apa)
Masukkan satu scop atau dua scop aiskrim ke atas sekeping roti. Kemudian tutup dengan satu keping roti lain. Alaa..macam sandwich tu. Lepas tu tekan-tekan menjadi bulat seperti dalam gambar. Pastikan 2 keping roti tu bercantum dan aiskrim tersebut berada di dalam. Kemudian potong roti tersebut supaya menjadi bulat atau nampak seperti bulat.

Masukkan dalam plastik kecil. Kalu boleh buatlah lebih sikit kan. Macam aku, aku buat 4 biji sebab kami ada 4 orang yang nak makan.
Dah siap masukkan dalam plastik, lepas tu tunggu apa lagi, cepat-cepat masukkan dalam peti ais atau orang Terengganu cakap “freezer”. Kalu dibiarkan lama-lama nanti cair pulak aiskrim kat dalam roti tu.
Biarkan semalaman (minima).

Dah cukup semalaman, boleh lah try mengorengnya. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali. Bila minyak dah betul-betul panas, baru keluarkan aiskrim goreng tersebut dan terus mengorengnya. Berapa lama nak masukkan ais krim goreng dalam kuali panas tu bergantung kepada anda. Kalu anda mahu betul-betul garing, biarkan lama sendikit. Tapi jangan lama-lama takut hangus pulak nanti.

Tadaaa!! Dah siap!. Panas panas lagi. Panas di luar sejuk di dalam. Siap sedia untuk dimakan.
Amacam? ada yang terliur tak? haha.. :p Yummy!!
Jom kita tanya apa kata pakar aiskrim…..
ceh wah…. semuanya suka. Mana taknya dah nama aiskrim. Wife aku pun suh buat lagi lepas ni. Boleh no problemo!
Ok. Selamat mencuba yer kawan-kawan! :p
update
aiskrim goreng dari Zqah Ail (terpengaruh la tu. :D)
sambil tweet sambil buat duit. jom join #ChurpChurp
Dilihat sebanyak : 24289
muka batrisya bersungguh2 habis makan..
ikikiki
aiskrim tu..mana tak bersungguh².hehe
wah3… bagus!!
rasa nk jerit suh hb aku wat..
.-= PnConfused´s last blog ..Balik China lah wehhhhh….. =-.
jerit jgn tak jerit.tapi jgn jerit kuat sgt,takut nnt terberanak pulak.hik3..
naper aku tengok muka sya macam takut2 je nak makan eskrem tu?
.-= juliet´s last blog ..Tempur =-.
taktik nak aiskrim lebih aa tu.hehe
haha.. idea ni bole di ciplak unt hidangan hujung minggu ini ^_~
:love:
.-= safinah´s last blog ..kamu mahu TUALA WANITA PERCUMA? =-.
ciplak jgn tak ciplak.tentu hujung minggu anda menjadi kenangan yg terindah.hehe
mcm best je. aku pn xnah mkn aiskrim goreng… xpe xpe.. nnt aku try
.-= Ryehanna´s last blog ..Robin Hood: Rise and rise again until the lambs become lions =-.
kalu tak pernah makan, ko kena try buat aa.senang jer..aku bleh takkan ko tak bleh plak
sedapnya !
dok penoh makang lagi aiskrim goreng nie
boleh cuba nie ..
.-= zqah´s last blog ..Shah Jihan di Slot Akasia TV3 =-.
dok penoh makang lagi? mung kena cuba aa ning.
mmg kene cube .. tunggu ade aiskrim jea dulu .. hakhak
.-= zqah´s last blog ..Roh Kembali di Slot Seram TV3 =-.
wah, aku pun x penah try..
boleh la cuba pasni..
cuba jgn tak cuba.nnt bagitau ek.
wife? huhu..anda seorang lelaki rupenye…tapi gaye tulisan macam seorang pompuan…sorie2 sebab dah salah anggap bahawa anda adelah seorang pompuan..huhu…tak pernah makan aiskrim goreng..tapi macam besh jer..hehe..tq for da recepi..
.-= cik aidacomei´s last blog ..~ puput punye tag..susah wooo..~ =-.
HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHHAAHAHA
.-= Masy´s last blog ..524: Memang tak tau nak tanye ape eh? =-.
apsal ko gelak ni??
gaya tulisan saya sentiasa berubah². hehe..
dah ade resipi tu nnt bleh aa try..
sungguh rajin menggoreng, kahh
.-= tunbegia´s last blog ..kenapa tukar identity =-.
begitulah nampaknye..
stail camni sebijik mcm kat cameron highlands hehe. ade yg tukarkan roti tu dgn kek, ntah brape lama plak nk letak dlm freezer eh. huhuuhuhu
.-= Masy´s last blog ..524: Memang tak tau nak tanye ape eh? =-.
kat cameron ade ek? tak perasan plak.
ooo… camni ke rupa dia… sumpah sampai skang aku tak penah makan…
balik ni jugak aku nak beli eskem, nak buat… Tak sabar sungguh rasanya… hahahahahah
.-= syah shah´s last blog ..Tadek tajuk gak… =-.
ko mmg..pantang dengar aiskrim..laju jer.hehe..
heheheheee……. sejak bila pnKompius pandai makan eskrem??????????
er… lama x mkn…. slama ni aku dok pikir, camana la diorg buat….
lps ni blh buat selalu la… xyah g cari merata tempat dah…
sejak dia dah kawin la kut. hehe
ini versi aiskrim simple punyer.
Menarik. Bole cuba ni. Hehehe.
.-= Shahrul Hafizi´s last blog ..Bertukang (3). Tesis berjilid. Awek gebu. =-.
cuba jgn tak coba..
Tapi kena beli ais krim dulu la kan. Hohoho.
haha.. yup betul
Wah..tak sangka mudah macam tu sekali. Pakai roti biasa pulak tu. Ingatkan nak kena uli uli gandum apa. hehehe thanks for sharing.
.-= JohnJenin´s last blog ..Soalan pakcik untuk Angkasawan Negara terjawab! =-.
ekceli, ini resipi cara paling simple. kalu yg betul punyer mmg pakai uli gandum bagai..
tu la tak pernah nak ke dapur……he2he3
wah… begini rupanya cara nak buat aiskrim goreng.. bestnye… thx for sharing… :woot:
.-= Roronoa Zoro´s last blog ..Episod Akhir Siri Doraemon – Part Akhir =-.
ini cara yg simple & paling senang utk dibuat.
aiskrim goreng ! my faveret..
.-= shaffique´s last blog ..Rima Fakih – Wanita Islam Pertama Menjadi Miss USA =-.
WHOAAAAAAA SEDAP GILER…..
NAK TRY………….!!!!!!
TAPI NAK BULATKAN ROTI TU CAM SUSAH JE………… ;-(
.-= syira ITIKKEJAM´s last blog ..UGLY BETTY SEASON FINALE =-.
sori la komen takde kena mengena ngan topik..tp nak bgtau gak..mule2 bace link blog ni..saye sebut penyuabiru…saya kah yg blur..rupe2 nye penyu…owhh penyu..boleh jadi “penyua”..tp “penyua” tu ape.. :sleep:
camne bleh ada ‘a’ tu.hehe.. penyua tu kata pokoknye adalah sua kut.hehe
wah…nk cuba gak..
.-= nabilah_2908´s last blog ..CARA MELETAKKAN LINK BERSAMA KOMEN ANDA =-.
cuba jgn tak cuba yer..
woh~
nape muke qistina mcm kena paksa makan je tu
hahaha
btw, entri best!
.-= Kie-yu´s last blog ..Konsert Double -Trouble Search & Wings di JB!! =-.
leh aku try pasni
dlm banyak² gambar itu jer yg tak blur.. tu yg jadik macam tu tu..
lepas ni try yer..
la lagu tu ke eskrim goreng…boleh try ni. sene sangat.
.-= shaliza´s last blog ..tak sangka =-.
mmg sene, try la.
oh…kena maskkan peti ais dulu ke? ingatkan goreng je terus..
aku tgok batrisyia muka pelik je..siap penuh ha pinggan eskrem tu cair..ko kena ajar dia makan macam makan burger
.-= hemy´s last blog ..Malaysia negara sekular..sedih nak ngaku, tapi faktanya kelihatan macam tu =-.
kena masukkan peti ais dulu bagi roti tu keras.
masalahnya,dia makan burger pun macam tu lah jugak.hehe
uuuiiiittt, tengok muka anak2 mr penyu makan, melambangkan kesedapan aiskrim goreng iteww…. nak order satu!!!
ais krim goreng satu siap!
ish… lamanya tak makan ais krim goreng…
.
.-= tasekM´s last blog ..Tolonglah =-.
pernah makan lah ni..
salam singgah
macam tu rupanya menggoreng ais krim…
xpenah mkn pun
.-= kniedaz´s last blog ..B.A.D.M.I.N.T.O.N. =-.
yup.macam tu lah caranya.
:p
.. Hoo…hooo.. Lma sungguh aku x mkn ais krem grng!!! Dlu mak aku wat bntuk pat segi…kekadang 3 segi… Aku wat….. cair d molot!!
:p
wa..mamk ko pun terer buat ek. tapi ko lagi terer, terer makan. hehe
wahh.best!xyah beli kat pasar malam dah..2rengget lak tuh.bagus2
.-= meor´s last blog ..Telur Pink… =-.
ooo.. kat pasar malam pun ade jual ek. tak pernah jumpe lagik.
chef nyu..eskrem goreng ni xsemestinye kt restoran je,kt pasar mlm pn byk jual..antaranya pasar malam seksyen 16 pj (tepi matriks uia):D mmg t’baik!nway..thanx share resipi,bley try sniri kt umah :whistle:
oo ye ke.. manalah chef tau, chef tak masuk matriks uia dulu. milo 3 in 1 pun chef pow budak praktikal punyer. haha..
waa.. cam senang je……. hehehehe…… kau leh buka kedai la lepas neh
.-= jard´s last blog ..I wanna watch Toy Story 3! =-.
ko try lah buat jard, tentu ramai jejaka akan jatuh cinta ngan ko lepas ni.haha
menarik dan sedapnye makan di kala kehangatan…boleh order tak???
.-= risanur´s last blog ..521 : cameron highlands II… =-.
order? boleh. tapi caj mahal la. haha..
owh mati2 aku ingat aiskrim goreng tu memang aiskrim 100% dia goreng. so ada cengkerangnya la
dulu pun aku ingat camtu, tapi biler dah tengok.. oo camtu ke. logik la kan.
Pingback: Syafiq.net Kini Di Facebook- syafiq.net
kat planet kami tak ada ais krim goring..! :alien:
salam..cikmin hanya guna sekeping roti je..pakai pencetak karipap yang besar..yummy!
http://cikmin.com/2010/08/karipap-aiskrim/
huish sedap gak tengok aiskrim goremg bulan pose ney,.,melele gak la,.,hehe :happy: :happy: :wub: :wub:
macam mana nk pastikan roti betul2 melekat?
macam mane nak bentuk kan roti tu..??
nmpk mcm susah je..
makan memang la senang…
senang jer nak bentuk sebab roti tu lembut. tapi tak semestinya kena bentuk bulat kan.
jom singgah …………klik link saya………..
thanks =))) skang dah tau dah caner nak buat, senang jea kan rupanya, thanksss =))
sama². tapi ini cara senang punyer guna roti. ade yg cara susah skit kena adun sendiri cam buat karipap tu.
fuh,resepi nie lah yg pling senang cra nak wt ais krim goreng..thanks!! :biggrin:
perghh…setelah lme mncari cara2 na wat mnde alah ni, bru jumpa kat page akak..
mmg konpem la nak wat lps ni,,simple but special gitu..wahh..
err…akak? saya lelaki kak. tulen..hehe
opss…maafkan mak ye..huhu.. :blush:
bdw..nice blog..salute la..
hehe..takpe.. thanks singgah.
p/s: url blog anda apa yer? sebab url yg diberi not found.
salam singgah ye..
http://azamiezaparasiempre.blogspot.com/
:sleeping: :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful:
:cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing:
:ninja: :pinch: :pouty:
:shocked:
:sick: :sideways: :silly: :sleeping: :tongue: :angel:
:unsure: :w00t: :wassat: :whistle:
:wub: :alien: kamu semua tahu tak dalam ais ada ecoli
saya ckp betul ecoli tu jenis najis dlm usus besar kita kalau tidak saya pun tak tahu tapi ustaz saya habar waktu tu saya pun sudah tidak makan lagi aiscrim :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick: :sick:
pun x mkn ais dari:siti aisyah Kuala Lumpur
takkan semudah ini??? aaa, kena cuba ni….
datang tgk eskrim goreng
thanks dtg tgk eskrim kat sini
Pingback: Aiskrim Goreng | zzqah.com
ms belajar kt upm thn 94 dulu kwn sy budak foodtech (fakulti teknologi makanan) sebok cerita pasal aiskrim goreng. pastuh diorang jual kt bukit ekspo masa pesta konvo.. sy ingat diorang yg cipta makanan tuh…tp taktau la kn