Apa Itu Jibbitz?

Aku terpanggil untuk buat entri berkenaan jibbitz ni selepas aku mengalami kehilangan jibbitz tadi. Entri kehilangan jibbitz selepas solat jumaat boleh di baca di sini.

Apa itu Jibbitz ?

Bagi pengemar kasut crocs, jibbitz memang tidak asing lagi bagi mereka. Menurut wikipedia, Jibbitz ialah kompeni yang diasaskan oleh Rich and Sheri Schmelzer pada tahun 2005 di mana kompeni tersebut mengeluarkan satu produk dekoratif untuk dilekatkan dalam lubang pada kasut Crocs. Kompeni tersebut akhirnya dibeli oleh Crocs dengan harga $20 million pada disember 2006. Lebih kurang setahun selepas penubuhan Jibbitz. Idea yang simple sahaja tapi boleh dapat $20 million tu.

Sejak itu, nama benda alah dekoratif tu dipanggil jibbitz sempena nama kompeni tersebut.

Macamana rupa jibbitz ni ?

Bagi yang baru dengar dan tak tahu apa itu jibbitz atau pernah lihat jibbitz tu tapi tak tahu pula namanya adalah jibbitz, mari aku tunjukkan.

jibbitz

Ini kasut crocs Qariena & Batrisyia. Jibbitz yang diletakkan adalah watak-watak kartun kesukaan mereka. Macam Qariena suka Mickey Mouse (atau Qariena sebut emos), jadi aku taruk lah jibbitz Mickey Mouse.

jibbitz

Batrisyia pula suka Upin & Ipin, Power Puff Girls, jadik aku taruk jibbitz watak kartun berkenaan. Err..jibbitz penyu pun ada. hee :D

jibbitz

haa…yang ini pula cuba teka kasut crocs sape. Yang pastinya bukan kasut crocs aku, sebab kasut crocs aku jibbitznya dah hilang. Kasut Crocs di atas tu sebagai contoh bagaimana jibbitz mampu mengubah kasut crocs dan kaki tuan punya nampak begitu menarik dan cool. Betul tak chekgu BH? haha… :P

So, itulah dia jibbitz. Ia kecil dan comel dan bermacam bentuk.. Biasanya jibbitz ni banyak watak kartun popular. Harganya, jika di Uptown Kota Damansara, 1 jibbitz tu RM2. Tapi kalu beli RM10, dapat 6 jibbitz. Harga jibbitz original kat butik Crocs tu tak tau lah plak harganya.

jibbitz

p/s : Hantu betul berbudak zaman skang. Jibbitz pun nak dikebasnya. Orang solat jumaat, dia pulak sibuk curi jibbitz. Nak kena carik jibbitz baru aa pahni. huhu..

update 16 Jun 2010

Yeah! aku dah beli semula jibbitz yang hilang itu.

jibbitz superman

Dilihat sebanyak : 1752

37 thoughts on “Apa Itu Jibbitz?

  1. why me…why??
    hahaha

    saje je promotekan crocs pairet aku tuu…
    malu la aku, nnti ramai yg sibuk dok usha jibbitz aku…

    erm, btw tq sbb cover kaki + crocs + jibbitz aku…

    ade mase aku buat special entry utk jibbitz nih…oke??
    ;)

    • tak semestinya time solat jumaat je. kalu ko jejalan kat shopping kompleks ke,kalu nak benti solat kat surau ke,kena tinggal kasut kat luar gak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>