Kuiz Teka Gambar (II)

Seperti yang ku war-warkan di twitter dan facebook, inilah dia kuiz untuk anda semua. Bersedia atau tidak, jawap aje kuiz di bawah ini. :cool:

Soalan Kuiz

Lihat betul-betul gambar di atas (memang disengaja blur kan gambar) dan teka apakah nama barangan dalam gambar tersebut.

Cara Menjawap

Tinggalkan jawapan anda dalam ruangan komen di entri ini sahaja. Jika anda tinggalkan komen di blog orang lain, sendiri mau ingat aa. Emel menyemel akan dilayan tetapi tidak akan direply.

Syarat-Syarat

  1. Terbuka kepada semua pembaca comel dan hensem blog ini.
  2. Boleh teka seberapa banyak anda inginkan TETAPI hanya satu tekaan dalam satu ruangan komen.
  3. Tidak boleh memberi jawapan berturut-turut. Maknanya, jika anda sudah memberikan satu jawapan, anda perlu tunggu orang lain menjawap dulu kemudian barulah anda boleh memberi jawapan yang lain pula.
  4. Hanya peneka PERTAMA yang memberi jawapan TEPAT dikira pemenang.
  5. Keputusan juri (akulah tu) adalah muktamad. Sebarang bantahan akan dibantah.
  6. Tuan punyer blog (akulah tu) berhak meminda syarat-syarat kuiz ini tanpa sebarang notis.
  7. Kegagalan anda mematuhi syarat-syarat ini akan dikenakan hukuman. Hukuman takdelah berat sangat pun cuma penyertaan anda akan direjek jer. :tongue:

Penutupan Kuiz

Sebaik sahaja aku bagitau jawapan tekaan yang betul, masa tulah kuiz ini ditutup.  :biggrin: (Rasa cam lambat lagi nak tutup ni)

Hadiah

RM10 untuk peneka PERTAMA yang meneka dengan TEPAT.

Tambahan lagi RM10 jika pemenang tersebut membuat entri khas di blognya tentang kuiz ini.

Tambahan lagi RM5 jika pemenang adalah follower twitter aku dan telah meng’tweet’ tentang kuiz ini.

Tambahan lagi RM5 jika pemenang adalah follower NetworkedBlogs blog ini dan telah mengwar-warkan kuiz ini di wall facebook nya.

Lihat, anda boleh menang hadiah sehingga RM30 hanya dengan meneka gambar sahaja! Tunggu apa lagi, tinggalkan jawapan anda dalam ruangan komen di bawah ini.

Selamat mencuba! :cool:

Klu (Klu-klu akan diberikan dari masa ke semasa, jika aku ada masa aa.)

1 – Sejenis benda.

2 – Boleh duduk di atasnya.

3 – Diperbuat dari bahan mesra alam.

4 – Sesuai untuk mereka yang hygienic

Nota

Hadiah wang tunai ini akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank anda secara online. Sekiranya anda mempunyai akaun selain Maybank, RM2 akan ditolak dari nilai hadiah tersebut untuk kos transfer. :sad:

Dilihat sebanyak : 4037

18 thoughts on “Kuiz Teka Gambar (II)

  1. oh… ini la dia nya…

    syarat2 mcm tiru kontest tiket wayang aku je… just xde networked blog je lg…

    so ko kena bagi aku komisen ni!

    btw, aku teka…

    SIGNBOARD KAT TANDAS.
    utk mekap, bilik changing nappy utk baby dan utk org kurg upaya

  2. Pingback: Tweets that mention Kuiz Teka Gambar (II) | Penyubiru's Blog -- Topsy.com

  3. Pingback: ManggaAd - Cash Out Yang Pertama | Penyubiru's Blog

  4. macam kenal jer benda tu…

    rasanya itu tisu tandas duduk yang selalu ditunjukkan dalam filem…

    rasanya dalam cerita national treasure 2, ada tunjuk masa riley tengah berada dalam tandas istana atau lebih tepat sekitar 27.24….. :biggrin:

  5. Pingback: Banci 2010 : Pengalaman Menggunakan e-Census | Penyubiru's Blog

  6. Pingback: Jawapan Kuiz Teka Gambar (II) | Penyubiru's Blog