Bila bulan puasa dah menjelma,hari raya pasti menyusul. Bagi kanak-kanak, hari raya adalah hari paling bahagia untuk mereka. Berpakaian baru dan dapat duit raya. Ibubapa pula, tiada yang lebih membahagiakan selain dapat menyediakan pakaian raya untuk anak-anak mereka. Kami pun sama. Sudah menjadi kelaziman menyediakan pakaian raya untuk Batrisyia dan Qariena.
Beberapa hari sebelum puasa, aku dah bawa anak bini pergi shopping raya. Yer, entri ni sepatutnya dah lama aku update tapi hari ni baru berkesempatan. Shopping kat Jaya Jusco jer. Sebab utama shopping raya sebelum puasa ialah… mereka yang ada anak-anak yang aktif, taulah macamana nak jaga anak-anak ketika shopping. Boleh hilang sabar dibuatnya.
Aku ade lah snap beberapa keping gambar ketika shopping raya tu. Ada gambar baru syok kan.
Beli kasut baru tuk Qariena. Last beli rasanya raya tahun lepas kut. Di antara tempoh tu beli kasut crocs uptown jer. :biggrin:

Tengoklah tu. Macamana tak hilang sabar, orang sibuk cari baju raya tuk dia, dia pulak sibuk nak cari botol air. Layankan ajer… sampai kat kaunter nanti, letaklah botol tu kat tempat lain.

Lepas tu lari ke bahagian mainan pulak. Nampak bantal Upin & Ipin, sambar satu. Lepas tu nampak skuter plak, dicampaknya bantal Upin & Ipin tu. Isk..is… suka hati jer…
Hah! kakak Qariena si Batrisyia tu mana? Mana tak hilang sabar, sorang lari ke sana, sorang lari ke sini, ibunya pula sibuk cari baju anak-anak. Abahnya jugak yang penat kepung anak-anak.

Tengok! Orang sibuk sibuk , si Batrisyia ni sibuk ngorat pantung. Adeh! sabor je la..
Siap buat aksi panas lagi! :biggrin: . Seb baik patung jer..

Seb baik Qariena ni takut patung, so dia tak berani nak dekat. Tengok dari jauh je la..
Macam tu la kalu dah ada anak. Kena layan telatah mereka. Kalu dihalang, diaorang protes, menjerit-jerit nangis. Habis semua orang dalam shopping kompleks tu tengok. So, nak tak nak layan je la… asalkan bahagia.
Lepas dah habis shopping pakaian anak-anak, shopping tuk mak anak pulak. Nak beli kasut katanya. So, abahnya kena jaga anak-anak lagi. Adeh! :unsure:
Wife aku : “Sya… cantik tak kasut ibu ni..?”
Batrisyia : “Cantik… tapi ibu nampak macam orang kampung la..”
Erk! :biggrin:
Dilihat sebanyak : 1675
berapa hinggit abis beli baju raya ? hehehe
adalah sikit. nama je baju budak-budak, tapi harganye sama cam baju org dewasa dan ada yg lebih mahal.
BETUL GAK…kalau time pose time kurang sabar tu..penat wehhhh
nanti ko ada anak ko tau lah camne tahap kesabaran ko diuji. tak sabar tunggu entri ko biler ada anak nanti.
rasa mcm cpt jer tgk anak ko dh besar ekkk????
aku nih, baju raya pon mls nk beli… baju utk org tgh gumuk cam aku xbest arrrr….
pejam celik pejam celik sekejap je kan.
aku pun sama,malas nak beli jugak. bukan sebab aku gumuk tapi sebab aku raya kat opis tawun ni. uwaaaaa!!
nasib abahnya sabar…hehehe,beli awal2 taklah kelam kabut nanti… :cheerful:
ya. kalu shopping dekat raya, kelam kabut dgn org yg ramai lepas tu nak kepung anak lagi,mmg bleh hilang sabar dibuatnye.
memang kena beli awal laa itu macam… Imran sorang tu aje jenuh berkepung, lagi kalu anak dua tiga… Fuuuhhhh~~~
reply Sya yang spontan itu sangat makan dalam… hahahahah
hahha! layan selagi bOle layan.tetibe mcm aku nak anak pulak.adehhh!! :shocked:
ko tu dah sampai seru tu. cepat-cepatlah cari calo suami.hehe
putih boipren si batrisya tu ya…
kena lukis biji mata kat boipren tu, baru hensem sikit
boipren Sya pemalu orangnye.hehe
heh.
boleh buat panduan entri ni lepas ada anak
get ready mental n fizikal
hee
hanya satu panduan sahaja iaitu bagaimana mahu bersabar menghadapi karenah anak². dpt lepas yg satu,setel!
aku penah bawak anak buah aku gi shopping.. mak aih, tobat dibuatnya..
tau takpe.hehe
sib baik shopping sebelum puasa… dah penat masih boleh makan
itu pasal lah. biler dah penat kepung anak + shopping,lepas tu bleh release tension dgn makan yg best².
Sebelum ku komen lebih lanjut, wujud ke perkataan KELETAH? atau ko nak maksudkan TELATAH??
itulah.masa kelas bahasa melayu, ko ponteng. hehe..
rujuk sini
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=keletah
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=telatah
sampai kat kaunter nanti, letaklah botol tu kat tempat lain…
hahaha..bleh tiru ni
itulah taktik kalu nak bagi anak diam biler shopping. Dia nak beli ape,ambik jer. Nanti biler dia lupe, kita buanglah barang tu sebelum smpai kat kaunter. kalu ikutkan diorang,seme barang diorang nak beli,kalu tak bagi mengamuk guling².
komen ikhlas gilerrrr hahahahah
tu la pasal. ikhlas tapi pedih.hehe
muahahaha direct ke sya jawab mcm orang kampung LOL
mmg pedas kan dia punyer komen.sabar je la..