Pengalaman Malam Pertama Naik Firefly

Ini adalah pengalaman pertamaku menggunakan perkhidmatan penerbangan Firefly. Kalu nak cakap pengalaman malam pertama dengan pramugari Firefly pun boleh sebab aku naik firefly ni pada waktu malam. :tongue:

Seperti yang aku bagitau pada entri sebelum ini, raya pertama aku di Kedah dan malamnya aku akan bekerja di opis kat Subang sampai hari raya ketiga. So, nak tak nak aku terpaksa ambik Firefly tuk sampai ke opis tepat pada masanya.

Aku berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star jam 9.55 malam dan tiba di Subang Skypark 1 jam 10 minit selepas itu. Thanks kepada member opis aku yang baik hati yang sudi mengambil aku di Subang Skypark. Payah nak cari orang baik cam member aku ni. (kena bodek skit… sebab  besok dia nak hantar aku ke Jalan Duta plak.hihi.. :biggrin: )

Dah alang-alang aku 1st time naik Firefly ni, so aku snap la gambar apa yang patut. Gambar di snap menggunakan henpon HTC TYTN II dan kualiti gambar pada waktu malam (kurang pencahayaan) amatlah tidak cantik. Tapi bolehla daripada takde kan..

Penulis sedang bergaya macho di depan kaunter tiket Firefly dengan harapan awek² bertudung labuh di hujung sana perasan akan kemachoan penulis. muahaha… (gambar diambil oleh wife aku. :tongue: )

naik firefly

Boarding pass….

naik firefly

ntah apa nama ni aku pun tak tau…

naik firefly

laluan untuk penerbangan dalam negeri.. kelihatan ramai kaum kerabat sedang memberi sokongan kepada penulis. haha.. (padahal itu kaum kerabat student yang nak berangkat ke Mesir)

naik firefly

Penulis sedang menunggu giliran untuk discan oleh imigresen. Seb baik aku pakai spender. :biggrin:

naik firefly

laluan untuk menuju ke gate 1 & 2. Aku punyer gate 2. sepatutnya tak payah pecahkan gate, kata 1 Malaysia kan.. :tongue:

naik firefly

Beratur untuk diperiksa boarding pass sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Dari dalam pesawat Firefly. Aku dapat duduk tepi tingkap. Yeah! Tingkap aku bawah sayap. Yeah! :biggrin:  Sebelah aku bukan saje takde awek malah takde orang. Hujung tingkap satu lagi ade remaja lelaki cina tengah layan movie guna laptop dia. Ingat nak tumpang tengok movie sekali tapi remaja tu selsema lah plak . huhu.. :sad:

Permandangan yang cantik di waktu malam! Aku saje hitamkan gambar supaya korang pun teringin nak naik Firefly jugak dan lihat permandangan cantik tersebut secara live.

naik firefly

Keadaan dalam pesawat. Jarak seat macam dalam bas tambahan balik kampung. Kekadang aku rasa macam naik bas tambahan pun ada,cuma bezanya ada dihidangkan air & kuih serta pramugari yang lalu-lalang buat² sibuk. :smile:

Inilah hidangan yang disediakan. Secawan jus epal dan sepotong kek lapis Sarawak yang ditampal pelekat “Selamat Hari Raya”.

Alhamdulillah… sampai jua di Subang Skypark pada jam 11 malam.

Setelah kali pertama merasai penerbangan Firefly ini, pendapat aku not bad!  Selesa. Lepas ni boleh naik lagi. Maybe bercoti ke Langkawi kut bawak anak bini. Aku kesiankan Batrisyia yang teringin nak naik kapal terbang. Seumur hidup dia, belum pernah naik lagi. Tapi yang bestnye, bila nampak kapal terbang dia akan cakap “Ibu, dah lama kita tak naik kapal terbang kan…” haih…..

Duit tiket Firefly ni aku beli hasil dari pendapatan iklan Advertlets. So, kira Advertlets belanja aku naik Firefly aa. Thanks Advertlets! Merasa jugak aku naik Firefly. :smile:

p/s :  Hari tu masa nak balik ke Kedah. Aku baru sedar lesen kereta aku dah mati 3 bulan. Lesen wife aku pun sama. Rupanya, selama 3 bulan ni aku bawak kete dengan lesen mati. Dalam 3 bulan tu, dah berapa kali aku melalui sekatan jalan raya dengan selamber sebab memang tak sedar lesen mati. Kalu aku tau, mesti cuak giler punyer. Tapi skang aku dah renew dah. lalalalala…

Dilihat sebanyak : 6170

10 thoughts on “Pengalaman Malam Pertama Naik Firefly

  1. Owhh..aku xpenah lg merasa naek firefly.cume dgr cite org ckp jek.huhu.. kate nye mcm kecik sket dr mas ngn air asia..ngeh3..

    hahha.aku pOn bru prasan yg roadtax moto aku da mati.slame ni aku g keje slamber je bw.hahha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *