The Carnivall, Sungai Petani, Kedah

Kesihatan berukband ada baik sedikit, so boleh la aku upload gambar mandi-manda di taman tema air atau waterpark The Carnivall, Sg Petani itu hari. Sekadar mahu berkongsi info dengan anda semua. Mana tau ada yang berhajat mau membawa keluarga ke sana.

Bila sebut gambar mandi manda kat waterpark ni, dah tentu ada gambar mencolok mata. So, anda dinasihatkan melayari entri ini dengan pertimbangan yang sewajarnya. :tongue:

The Carnivall ni adalah tempat taman tema air atau waterpark dan terletak di Sungai Petani. Hebat Sg Petani ni, Alor Star pun takde. Aku rasa baru bukak kut sebab aku baru jer tahu kewujudannya. kira baru bukak aa. hehe :biggrin:

The Carnivall Sg Petani

Pintu gerbang ke The carnivall. Kalu hangpa dah jupe pintu gerbang ni, kira hangpa dah tak sesat aa tu.

The Carnivall Sg Petani

Kaunter tiket. Apa-apa hal, tiket masuk perlu dibeli dulu. Ada 3 jenis tiket, Water of Excitement, Land of Excitement dan Water & Land of Excitement Kami ambik Water of Excitement saje sebab kami datang nak mandi-manda saje. So, harga tiket kami pada hari tersebut yang dikira hari cuti awam – dewasa RM25, kanak-kanak Rm19. Nanti dia bagi tiket dalam bentuk jam. Alaa..macam Sunway Lagoon tu.

The Carnivall Sg Petani

Batrisyia bergambar sebelum acara menukar warna kulit dijalankan.
The Carnivall Sg Petani

Water Sliding ini dipanggail Water Coaster. Memang macam roller coaster cuma kena pakai pelampung. aku dah try,memang kecut perut jugak la. Dan Batrisyia pun try jugak. Berani betul sampai nangis. Tu la nak try sangat.

The Carnivall Sg Petani

Batrisyia bersama sepupu-sepupunya. Bila lagi nak mandi-manda bersama camni kalu tak di hari raya.

The Carnivall Sg Petani

Kemudahan surau di sediakan. Tapi berhati-hati, ada papan amaran monyet tergelincir di situ. :biggrin:

Ada buble Spa. Teringin nak try tapi tak berani sebab ramai amoi kat situ. Takut aku diapa-apakan mereka pula nanti. Al-maklumlah..aku ni kan jejaka sunti.

Ini salah satu kawasan untuk kanak-kanak. Mak & bapak kanak-kanak pun boleh join jugak dengan alasan supervise anak-anak mandi. Ada satu kawasan lagi untuk kanak-kanak tetapi tiada dalam gambar.

The Carnivall Sg Petani

Ini satu lagi water sliding. Tapi yang ni tak pakai pelampung dan tak thrill sangat. Batrisyia selamber jer 5,6 kali duk try water sliding ni. Kat The Carnivall ni ada 2 water sliding yang tinggi ni.

The Carnivall Sg Petani

Qariena baru bangun tidur dan bersedia untuk mandi-manda juga. Belon bentuk bunga tu diberi oleh pertugas kat situ.

bungee jumping kut namanya. Aku dah lupe plak. Aku tanya pertugas kat situ, pukul 6 ptg baru bleh main tapi sampai 6 ptg lebih takde orang main pun. Maybe pertugas bungge jumping tu masih coti raya kut. hehe..

The Carnivall Sg Petani

Qariena pula bergambar bersama sepupu-sepunya..

Meteor Galeri. Dah nak balik baru perasan. Masa tu dah lewat,semua dah penat, so takde masa nak singgah lagipun nak masuk Meteor galeri tu kena tiket tambahan. Qariena pula takut dengan Astronut tu.

Pendapat aku tentang The Carnivall, tempatnya best, selesa. Mungkin kerana ianya tempat baru. Fasilitinya masih elok dan sempurna. Pertugas di situ juga  mesra dan ramah. Tempatnya pun tak besar, so taklah penat sangat nak explore. Pelampung tak perlu disewa. Free. Harga tiket termasuk dengan kupon makanan & minuman (mee goreng + soft drink). Memang puas hati la. :biggrin:

Malamnya, kami menginap di El Zehra Inn. Jika berkesempatan aku update gambar El Zehra Inn pula.

Selamat berhari raya & berhati-hati di jalan raya.

p/s : Orang ganu sambut raya enam besok.

Dilihat sebanyak : 13555

13 thoughts on “The Carnivall, Sungai Petani, Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>