Hisap Puting atau Hisap Jari

Pertama sekali, ini bukan entri lucah (jika anda pikir entri lucah la..). Ini entri keibubapaan. Cewah… Ala-ala tips penjagaan anak macam dalam majalah Pa&Ma. :wink:

Melalui perbacaaan aku dan perbualan dengan golongan bapa, antara perbincangan yang sering diutarakan adalah nak bagi anak kecil hisap puting (err..puting tiruan – pacifier) atau nak bagi hisap jari. Sebelum tu, masalah ni tidak timbul untuk ibubapa yang mempunyai anak yang tidak hisap puting atau jari. :biggrin:

Sudah menjadi kelaziman bagi bayi kecil suka menghisap jari. Ada yang mengatakan bayi menghisap jari sejak dalam kandungan lagi (dan sudah tentu lah masa tu jari jemari nye sudah terbentuk)

Aku tak pasti kenapa bayi suka hisap jari, tapi berdasarkan pengalaman aku (bukan pengalaman aku menghisap jari yer) mempunyai dua orang anak ni, apabila aku nampak diorang hisap jari atau puting, diorang akan jadi cool dan hanyut dalam dunianya sendiri. Seolah-olah macam khayal. Mereka akan diam sejenak. Dan biasanya lepas tu akan tertidur.

Ok. Berbalik kepada persoalan pokok, hisap puting (pacifier) atau hisap jari?

Pengalaman Hisap Puting (pacifier)

Batriyisa ketika berumur 3 tahun.

Aku mempunyai kedua-dua pengalaman tersebut. Anak pertama aku, Batrisyia, sejak lahir hingga berumur 3 tahun (kut) memang hisap puting pacifier. Memang kalu boleh, semua ibubapa tak mau anak mereka hisap pacifier kerana dikatakan akan menyebabkan gigi anak akan jonggang.

Tapi, dalam kes Batrisyia ni, masa minggu-minggu pertama kelahirannya, apabila botol susu ditarik dari mulutnya, dia akan menangis. Apabila disumbat kembali botol susu tu, dia diam tapi dia tak hisap susu tersebut. Dia just mahu ada puting saje dalam mulutnya. Sejak itu, kami decide bagi pacifier kat Batrisyia. Jika ada puting kat mulut dia, baru dia mahu tidur.

Lama-kelamaan, perbuatan tersebut jadi habit sampailah dia umur 3 tahun kut. Risau takut gigi jadi jonggang, jadi kami pilih pacifier khas yang direka untuk mengelakkan gigi bayi jadi jonggang. Dalam tempoh tu juga, macam-macam cara kami buat tuk bagi dia berhenti hisap pacifier, tapi tak berhasil. Hinggalah pada suatu malam tu, aku cuba lagi sembunyikan puting dia. Bila Batrisyia mintak puting, aku jawab puting dah hilang di bawa lari tikus. Pada mulanya dia sukar terima jugak, tapi aku tetap dengan jawapan aku dan yakinkan dia. Sejak dari malam tu, Batrisyia dah tak cari puting dah. Aku ada tanya dia,”mana puting?” . Batrisyia akan jawab, “hilang..tikus ambik..”

Lega. Akhirnya kami berjaya pisahkan Batriysia dari pacifier, sesuatu perkara yang kami sangat tunggu-tunggu. Dan Alhamdulillah, gigi Batrisyia tak jonggang.

Pengalaman Hisap Jari

hisap jariQariena (2 tahun++)

Setelah belajar kesilapan lalu ketika membesarkan Batrisyia, anak kedua kami, Qariena, kami tak bagi Qariena hisap pacifier. Tapi sudah lumrah bayi, Qariena automatik hisap jari apabila nak tidur. So, kami biarkan lah. Bagi kami masa tu, lebih baik hisap jari dari hisap pacifier kan.

Sama macam Batrisyia, perbuatan hisap jari tu dah jadi habit tuk Qariena. Sikit-sikit hisap jari. Sampailah sekarang, dah 2 tahun lebih Qariena masih hisap jari lagi.

Satu perkara yang aku tak suka bila Qariena hisap jari adalah dia hisap jari tak kira masa. Kekadang, tengah main-main mainan, lepas tu selamber jer masukkan ibu jari dalam mulut. Hisap. Kekadang pegang kasut, pegang itu pegang ini, merangkap atas lantai lagi, tak sempat aku basuh tangan , Qariena dah hisap jari. Abis semua kuman-kuman bakteria masuk dalam mulut. Sebab tu Qariena mudah selsema dan batuk.

Dah banyak kali juga kami cuba supaya Qariena tak hisap jari. Aku pernah taruk kunyit kat jari dia. Taruk kopi pun ada. Tapi semua tu tak jalan. Dia akan lap ibu jari dia kat baju, lepas tu hisap macam takde apa-apa yang berlaku. Adeh! sabou je la.

Nak guna idea tikus bawak lari macam aku buat kat Batrisyia tu, tak boleh sebab ibu jari tu ada kat tangan dia. So, skang ni aku biarkan masa yang menentukannya. Aku percaya suatu hari nanti Qariena akan berhenti hisap jari jugak, tapi tak tau biler.

Itulah pengalaman aku. Jika ditanya aku, nak bagi anak hisap pacifier atau hisap jari, aku lebih prefer hisap pacifier. Senang nak control tahap kebersihannya. Tapi itu pendapat aku, semuanya terpulang kepada anda sebagai ibubapa.

Happy parenting! :biggrin:

The more people have studied different methods of bringing up children, the more they have come to the conclusion that what good mothers and fathers instinctively feel like doing for their babies is the best after all
- Benjamin Spock

The most important thing a father can do for his children is to love their mother, and the most important thing a mother can do for her children is to love their father
- Anonymous

Dilihat sebanyak : 17063

51 thoughts on “Hisap Puting atau Hisap Jari

  1. anak bujang ain dah umur 6 tahun skrg ni masih lagi kemaruk hisap botol susu tiap kali nak tidur….

    anak pompuan pulak baru jer berjaya berpisah dengan puting bbrp bulan lepas. dia cakap kambing ambik puting dia padahal puting dia tercicir masa kami gi jenjalan….

  2. aku serius blur nk komen apa ni kt ko penyu.aku xda experience.tp aku baca jugak.nanti aku ada anak boleh pikir siap2.terer kan idea aku?cpt ckp terer

  3. aku suka info last ko tu…
    ‘instinctively feel like doing for their babies is the best after all’— naluri itu lebih baik… lepas rujuk sana sini la kan… bkn main hentam kromo jer… :biggrin:

  4. anak aku yg no. 2 hisap puting.. rasa risau jugak takut jongang.. tapi, nak wat camna.. drpd dia melalak kan.. tapi lama2 dia takmau dh puting tuh.. dan alhamdulillah, tak jongang pon..

    aku paling suka statement:
    The most important thing a father can do for his children is to love their mother

    hihihi…

  5. wah.. bgs entry ni! leh jd panduan bila nk besarkan anak lg.. so makna better bg puting pacifier jela kan…

    mmm seingt aku gak, mak aku dl pn bg puting pacifier.. and alhamdulillah xde sape pn isap jari smpai besar… cuma bab nak berpisah ngan susu botol tu je seksa sikit.. dh nk masuk darjah 1 pn nk susu botol lg… bkn aku yer, aku 3 thn dh xisap susu botol… tp adik2 ku… huhu

    • mula¬≤ tgk pada anak ko dulu. kalu dia asyik duk hisap jari jer, maknanya ko kena bagi pacifier. kalu dia tak hisap jari, tak payahlah bagi pacifier tu. tapi penjagaan anak ni subjektif. lain anak lain cara.

  6. Gud info!!!!
    bab my bby umo bru 2 month da pandai isap jari..ade tpikir gak nk bese kn dia ngn picifer tp…xbleh la bab lau bg dia isap pacifier tekak akan b’kahak..cian plak bab lau bkahak dia nk tido pon ssh..
    btol 2 isap jari nie thap k’bersihan xleh nk jamin sgt..wt mse skrg nie we decide bia kn je dia isap jari ble da bsar ckit nk bese kn dia ngn pacifier lak..

  7. Hai… sy ahli bru!! 1st baca dh best… byk info n senyum2.. hehe!! Anyway… ank sy aisyah (2tahun) pn still isap pacifier, xthu nk stop cam ner.. bimbg sgt kalu jdi jongang… nk tukar pacifier jenis lain ia xnk… jenis memilih jgk!! Kalu botol susu, jgn hrp la leh tukar jenis yg lain… color2 ke… ia akan minum botol yg sama je… so beli botol yg sama je selalu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>