Semakan Keputusan Penempatan Pelajar Tahun 1 JPN Selangor

Sebelum ini aku ada bagitau yang anak aku Batrisyia tidak berjaya dalam permohonan untuk memasuki tahun satu di sekolah berdekatan. Walaupun kami dah mendaftarkan Batrisyia di sekolah tersebut pada awal tahun lepas dan dalam senarai tersebut kami berada dalam no 6 terawal.

Tapi malangnya, itu semua tidak memberi kelebihan kepada kami kerana JPN Selangor telah menguatkuasakan penggunaan sistem online. Di mana dengan menggunakan sistem ini, penempatan pelajara dijana secara automatik berdasarkan tempat tinggal pelajar tersebut dengan sekolah. Bermakna, anda daftar awal atau daftar lambat di sekolah tersebut tidak diambil kira. Kesudahannya, Batrisyia ditempatkan di sekolah yang lagi jauh dari sekolah yang dipohon dan juga jauh dari rumah kami, sedangkan ada 2,3 sekolah lagi yang berhampiran sekolah yang dipohon. Alasan mereka, sistem online ni sistem baru dan masih terdapat beberapa kelemahan. daaa….

Kemudian, kami buat rayuan penempatan semula sekolah anak kami. Kami pilih sekolah yang berdekatan di mana sekolah tersebut masih banyak kekosongan pelajar tahun satu. Keputusan rayuan penempatan semula tersebut akan diketahui selepas 15hb Oktober 2010.

Selepas 15hb Oktober 2010, yakni 18hb (16 & 17 sabtu ahad), aku call sekolah berkenaan untuk mengetahui keputusan tersebut. Jawapannya hanya diketahui 31hb oktober. Ok fine.

Now, 2hb (hari ni), dan baru sekejap tadi aku call sekolah tersebut, dan jawapannya 7hb baru tahu keputusannya. Katanya, bukan mereka yang uruskan tetapi JPN Selangor yang uruskan rayuan tersebut.

7hb plak? Adeh! sabor je la. Takpe. 7hb around the corner yakni minggu depan la.

Cuma kali ni aku tak payah call sekolah tersebut lagi, just masuk website JPN Selangor dan lihat keputusan rayuan tersebut secara online.

Cara menyemak keputusan rayuan penempatan pelajar tahun satu Negeri Selangor :-

1. Masuk ke laman web JPN Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/

2. Klik banner di sebelah kanan “Semakan Keputusan Penempatan Pelajar Tahun Satu Negeri Selangor 2011″ (seperti dalam gambar di bawah)

JPN Selangor

3. Masukkan no mykid anak anda atau no surat beranak. Kemudian tekan butang “Semak”.

JPN Selangor

4.  Keputusan rayuan akan dipaparkan seperti di bawah.

Keputusan Rayuan Tahun Satu

See! keputusan hanya diketahui selepas 7 November 2010. huhu… sabou je la lagi…

Harap-harap takde delay lagi dan aku berharap sangat Batrisyia berjaya dalam rayuan ini. Doakan kami berjaya yer. :smile:

Kemaskini 7 Nov 2010

Alhamdulillah…keputusan rayuan anak aku telah berjaya. Hip hip hoorah! :biggrin:

p/s : Tergoda pulak aku ngan gajet terbaru ni. Demm!

 

Dilihat sebanyak : 42195

24 thoughts on “Semakan Keputusan Penempatan Pelajar Tahun 1 JPN Selangor

  1. bukan men susah yer…

    dh mcm nak cek UPU o9 plak..

    tuh baru darjah 1….

    rasa mcm br jaaa few years ago tgk gambo batrisya pi swimming trunk ms tecik2.. dh nak darjah 1

  2. Untuk tidak mensakitkan hati, cuba ko check dalam 10hb… kalo takde gak itu jam, apalagi, sila angkat telepon dan bambu habis-habisan…

    Apepon, moga rayuan korang berjaya… Aminnn..

    Sat je Sya dah nak masuk darjah satu… Besar sudah… Hohohohohoh :D:D

    • salam.
      kena pergi sekolah yg ditempatkan oleh JPN tu. Nanti, bagitau pihak sekolah tersebut bahawa anda nak tukarkan anak anda ke sekolah lain. Nanti dia akan bagi borang rayuan pertukaran.

  3. Salam..
    anak saya akan memulakan sesi persekolahan tahun 1 pada Jan2012.
    Anak saya dh ditempatkan di satu sekolah dan sudah pun membuat pengesahan penempatan. Tetapi atas sebab2 yg tertentu, saya nk buat rayuan utk pertukaran sekolah lain, tetapi tak tahu bgmana caranya..
    adakah perlu mengisi borang? borang yg diisi perlu mendapat tandatangan guru besar sekolah yg baru atau sekolah yg dh terima penempatan anak saya?
    Terima kasih.

    • salam,
      saya minta maaf, saya tak dapat menjawap soalan tersebut kerana saya bukanlah pegawai atau terlibat secara langsung dgn JPN. Elok rasayan puan bertanya sendiri dengan pihak sekolah tentang prosedur tersebut. minta maaf yer tak dapat membantu sgt

  4. Bagi kes online penempatan pelajar tu memang elok,tapi kurang sesuai sebabnya
    pegawai2 di jpn tu takde otak takleh nak pikir bukan semua mak bapak tahu guna internet,bukannya semua orang ada internet kat rumah,diorang tak kaji betul2,dah 2 keputusannya dah dekat nak sekolah baru le tau…tak ke bodoh punya keja.sekolah je tinggi tapi nak uruskan sistem pun tak reti.kita ibubapa ni dari bulan 12 ke bulan 1 tahun baru le paling sibuk. Sepatutnya penempatan dan pertukaran pelajar boleh dibuat selepas habis peperiksaan akhir tahun iaitu bulan 10 hingga bulan 12,dalam tempoh tu boleh le buat rayuanpertengahan bulan 12 semua keputusan boleh tau…diarong tak boleh pikir ke.Ini nak batal secara online pun tak boleh.

  5. salam,saya pun ada msalah yang sama jugak.pohon anak masuk tahun 1 2014 ni tempat kita ngajar,tiba-tiba dapat sekolah lain.kena la buat rayuan pulak.susah la mcm ni.saya rasa sistem online mcm ni susah la sikit….bnyak kerja…kena tunggu sampai ke tahap yg kita nak.ni kena tunggu pulak untuk keputusan rayuan selepas 15 nov nnti.kalau manual kan senang……pergi je ppd tu…..harap2 keputusan rayuan tu menyebelahi kita ni pihak guru…. dan anak guru jugak,….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *