Bazar JB @ Johor Bahru

Sambung lagi entri jalan-jalan kat JB itu hari. Episod akhir! :tongue:

Danga Bay, JB

Petang hari kedua di JB, setelah wife aku abis seminar, kitaorang gerak ke Danga Bay. Ini adalah pengalaman pertama aku & anak-anak aku sampai ke Danga Bay. Wife aku dah sampai dah sebelum ini. Masa aku belajar kat UTM dulu, Danga Bay belum ada lagi. Masa tu popular dengan nama Pantai Lido yang terkenal dengan aksi-aksi pasangan yang … err.. takpelah. Lain kali lah cerita. :smile:

Masa kami sampai kat Danga Bay, banyak gerai-gerai makan & kedai tutup. Aku tak tahu kenapa sedangkan hari tu hari coti. Mungkin orang JB boleh tolong jawab kut. Tak gitu Kie-yu? :smile:

Danga Bay, JB

Apa yang menarik perhatian kami di Danga Bay adalah kelihatan beberapa pengunjung mengayuh basikal seperti dalam gambar di atas. Basikal tersebut boleh muat satu famili berkapisiti 4-5 orang kut.

Danga Bay, JB

Ini pula senarai harga sewa untuk basikal-basikal tersebut. Boleh tahan juga harganya untuk tempoh 45 minit. Tapi kami tak sewa sebab Batrisyia & Qariena lebih eksited nak naik trem. (naik trem lagi).

Danga Bay, JB

So melilau la kami cari tempat atau stesen tuk naik trem. Jauh juga tempatnya. Dahlah takde signboard yang memberitahu tempat naik trem, terpaksa tanya pekedai di kawasan tersebut. Last sekali jumpa juga.

Lepas jumpa tempat tempat naik trem, aku lupa diri sampai terlupa ambil gambar. So takdelah gambar. Harga tiket naik trem pun aku dah lupa tapi yang pasti lebih murah kosnye dari naik basikal. :smile:

Kat situ juga ada kawasan Fun Fair yang menyebabkan Qariena “histeria”. Adeh! sabor je la..

Lepas dah memenatkan diri di Danga Bay, kami bertolak ke Pasar Karat atau sekarang lebih dikenali Bazar JB. Lokasi Bazar JB ni kat tengah bandar. Aku pakai GPS jer. (Untuk pengguna Garmin, kalu takde bazar JB dalam Garmin, try search Pasar Karat)

Bazar JB Pasar Karat

Sampai kat Bazar JB, dah banyak kenderaan parking di tepi-tepi jalan. Gerai pun dah banyak yang bukak tapi banyak jugak yang belum bukak.

Bazar JB Pasar Karat

Gerai mainan memang banyak. Kalu bawak anak-anak, tak beli mainan satu tuk diorang memang tak boleh berjalan aa. Qariena sambar stroler satu. Padahal dulu dah beli dah, main tak sampai satu hari dah terburai. Tu yang aku malas nak beli mainan tu.

Macam-macam ada kat Bazar JB ni. Dari barangan lama (terpakai) sampai ke barangan baru dan imitation (barangan ciplak).

Qariena & Batrisyia tertarik dengan sekumpulan peniaga tersebut yang sedang bermain alat muzik sambil menjual seruling.

Barangan terpakai dari Singapore pun ada.

Bazar JB Pasar Karat

Gerai makan pun banyak. So, takde masalah kalu perut lapar setelah penat window shooping.

Malam tu kami balik hotel dengan kepenatan. Besoknya tengahari kami balik ke Key El.

Batrisyia kepenatan. Tidur jer dalam kereta.

Bazar JB Pasar Karat

Qariena pulak, kalu tak tidur, keje dia makan je la. Kalu takde makanan, tak senang duduk aa dia. Sabor je la… :smile:

Itulah saje cerita & gambor-gambor kami bercoti ke Melaka dan JB. Awesome! :cool:

Dilihat sebanyak : 7807

24 thoughts on “Bazar JB @ Johor Bahru

  1. maza dolu2 pernah merayau kat pantai lido tu.. tempatnya cantik dan banyak gerai makan.. best wooo….

    tapi ada lak worang situ cerita, ada pernah jumpa kaki org terapung kat situ.. katanya dari Hospital Besar Tun Aminah.. entahlah.. maza anggap itu hanyalah mitos jer.. dan tak pernah pun mandi disitu… tapi panorama masa tu memang superb.. heheheh

    sekarang bila jadi Danga Bay.. aderkkk.. entahlah.. susah dan diceritakan.. huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *