Gambar Aksi Terlarang Sambutan Krismas Di Baryali

Ini cerita hari sabtu lepas yang mana pada hari tersebut telah jatuhnya hari krismas. :tongue:

Pada hari tersebut aku sefamili telah berjaya menghadirkan diri ke majlis kahwin rakan sekerja aku di Merlimau, Melaka. Diulangi majlis kahwin rakan sekerja aku bukan majlis kahwin aku. Aku terpaksa ulangi dan tekankan di sini kerana dikhuatiri pihak media negara luar akan memanipulasi kenyataan aku ni dan seterusnya menjadi hot trending topik di twitter pula. muahaha…  Saya tak laser, saya ok!

Kami berkonvoi dari R & R Seremban (tempat berkumpul) ke Merlimau dengan rakan-rakan sepejabat termasuklah bos kecil dan bos besar aku pun turut serta.

Qariena cam biasa. Pantang dapat goodies bag, tak sabar nak bukak. Dulu-dulu kenduri kahwin orang bagi telur rebus, zaman dah berubah, orang bagi gula-gula dan makanan manis seperti bahulu. Goddies bag yang ni kami dapat gula-gula + labu sayung kecik (suka cenderahati ni  :smile: ) .

Lepas kenduri kami terus balik dan singgah di Pasar Borong, Nilai 3. Dulu plan nak pergi jejalan di Melaka, tapi sebab dah pergi dah masa ondeway nak JB itu hari, so decide tuk ke Nilai 3 plak. Lagipun, nasib baik kami tak ke bandaraya Melaka sebab nak masuk Melaka (exit Ayer Keroh) pun dah jem giler. Highway PLUS sesak kat exit Ayer Keroh tu.

Dah lama tak singgah Nilai 3. Bila sekali sekala sampai, teruja juga. Nilai 3 masih happening macam dulu jugak. Macam kat Paris pun ada sebab ada 2,3 replika Eiffel Tower, atau macam kat zoo pun ada sebab ada banyak replika binatang kat situ. (Sori tiada dalam gambar sebab fokus pada pemanduan :tongue: )

Tembak Cicak! Dari jauh aku dah nampak signboard ni. Ingatkan senapang gajah ke. Rupanya pistol berpelurukan getah. Ingat nak beli satu tuk digunakan masa Malaysia vs Indonesiaa Suzuki AFF Cup kat Indonesia nanti (ganti laser) , tapi bila aku try tembak, pelahan jer getah tu pergi. Buat malu cicak jer. :smile:

Kemudian kami singgah di Baryali Carpet sebab wife aku nak cari karpet tuk living hall. Masa dalam kedai karpet ni lah, tengah syok duk pilih karpet, aku ternampak aksi terlarang kat atas karpet. Aku pun terus lah keluarkan kamera dan snap gambar secara terang-terangan.

Inilah dia aksi terlarang tu. Ada budak duk main atas karpet.

Siap baring-baring lagi. Masa ni kebetulan kedai tu pasang lagu hindustan. Apa lagi syok lah budak tu baring-baring bergolek sakan dia.

Baryali Carpet, Nilai 3

Amboi…syoknya dia… siap silang kaki lagi..

Baryali Carpet, Nilai 3

Tengok tu… buat cam rumah sendiri plak. Main lompat-lompat.. sukahati jer..

Sebab tu lah aku cakap aksi terlarang sebab dah terpampang jelas pada signboard tu “Kanak-kanak tidak dibenarkan naik ke atas carpet”.

Tapi anak aku peduli haper. Kalu dilarang, Qariena akan buat aksi histeria. Tu yang tak tahan telinga tu. Nak tak nak, aku biarkan je la. Asalkan bahagia. Seb baik tuan kedai tu tak marah. Lagipun aku beli karpet apa kat kedai dia. Kira win-win situation aa. hehe.. :biggrin:

Baryali Carpet, Nilai 3

Lagi aksi terlarang. Dah ditampal kertas dekat kerusi tu ‘Dilarang duduk!”. Adeh! sabor je la..

Baryali Carpet, Nilai 3

Inilah budak tak makan saman ni. Obses dengan mickey mouse.

Kat Nilai 3 ni, aku tengok banyak kedai karpet dan kedai jual barangan perkahwinan. Rasanya mereka yang sedang membuat persiapan perkahwinan tentu pernah sampai Nilai 3 ni kan? :smile:

Barangan tuk persiapan sekolah pun banyak. Murah-murah lak tu. Tapi kami tak beli sebab awal-awal lagi kami dah belikan persiapan sekolah tuk Batrisyia.

Dari segi kualiti barangan tu, orang kata alah membeli menang memakai. :smile:

Dilihat sebanyak : 4896

14 thoughts on “Gambar Aksi Terlarang Sambutan Krismas Di Baryali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>