Bukit Merah Laketown Resort, Perak, menjadi lokasi percutian aku & famili kali ni. Bila anak dah sekolah ni, time cuti sekolah jer lah peluang untuk bercuti. Nanti kalau tak bawak anak-anak bercuti, bila masuk sekolah nanti, diorang takde idea pulak nak buat karangan berjudul “Kenangan cuti sekolah yang lalu”. Err..budak darjah satu dah kena buat karangan ke? hehe.. :biggrin:
Kami bercuti 2 hari 1 malam jer. Menginap di Suria Service Apartment Hotel dengan kadar bayaran RM200 sebab time cuti sekolah. Disebabkan wife aku kerja kerajaan, hotel ni turut menawarkan kadar bayaran untuk pekerja kerajaan (government rate) iaitu RM180. Gambar-gambar sekitar Suria Service Apartment Hotel akan dipaparkan pada entri seterusnya yer.
Nak pergi ke Bukit Merah Laketown Resort ni senang jer jika melalui lebuhraya PLUS. Exit Bukit Merah, lepas plaza tol jumpa simpang 3, ambik kanan, beberapa meter lepas tu dah nampak pintu gerbang Bukit Merah Laketown Resort di sebelah kanan. Kira dekat jer lah dari exit tol Bukit Merah tu.
Ini peta dalam Bukit Merah Laketown Resort.( Sumber :laman web Bukit Merah Laketown Resort)
-

Lepas dah parking kereta, terus masuk ke kawasan utama Bukit Merah laketown Resort. Mula-mula kena cari kat mana kaunter tiket. Tak susah nak cari. Signboard banyak.

Ini harga tiket untuk aktiviti yang anda mahu. Kami pilih Waterpark Combo dan harganya RM65 untuk seorang dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak (ketinggian 90cm ke atas). Pakej Waterpark combo ni termasuk Waterpark, Orang Utan Island & Ecopark serta dapat naik chairlift atau skycycle.
Chairlift ni macam buai yang orang main ski naik tu. Chairlift ni melintasi waterpark dari atas. Aku tak tau bagaimana rasanya naik chairlift, gayat ke tak, sebab aku tak cuba chairlift, aku pilih skycycle. Entri seterusnya nanti aku cerita pasal skycycle ni.

Qariena bawah 90 cm. Fuhh.. lega aku sebab tak perlu keluarkan duit tuk beli tiket. tuk Qariena :biggrin: Tapi, disebabkan Qariena bawah 90 cm lah, kami tak dibenarkan naik Chairlift tu. Dari dalam kereta lagi dah pakai pelampung, excited sangat nak mandi main air la tu.

Inilah rupa tiket waterpark combo. Tiket ni akan dijadikan gelang di pergelangan tangan nanti. Kami turut dapat 3 kupon (tiada dalam gambar) air minuman tin F&N untuk ditukarkan di cafe dalam waterpark nanti.

Dari kaunter tiket nak ke waterpark pula tak jauh mana. Jalan kaki jer tetapi cabaran dan dugaan untuk sampai ke waterpark tu begitu mencabar bagi anda yang mempunyai dua orang anak kecil. Kalau yang ramai anak tu tak taulah macamana. Aku yang dua orang anak ni pun dah huru hara dibuatnya. Mana taknya, kiri kanan kaki lima tu penuh dengan gerai yang jual mainan dan sebenier. Bagi meredakan keadaan, terpaksalah aku belikan diorang pistol air cam di atas tu.

Selipar facebook pun ada. Aku ingat nak beli masa balik, tapi terlupa. huhu..


Bab makan jangan risau, food court disediakan sepanjang jalan menuju ke waterpark. Makanan yang disediakan not bad dan harga pun not bad aa. Cuma cara pembayaran agak leceh sedikit. Anda perlu ke gerai makanan, pesan makanan dan tanya berapa harga makanan tersebut. Kemudian, pergi ke kaunter kupon (di tengah² food court) untuk membeli kupon berdasarkan harga makanan tadi. Lepas tu kembali semula ke gerai taid, baru boleh beli makanan tadi tu dengan kupon tersebut. Leceh kan.

Amboi. Abah dah beli pistol, nak tembak abah pulak. Lawan tokei nampak. :tongue:

Sempat lagi pekena Mee Udang sebelum masuk waterpark.

Akhirnya setelah melalui pelbagai rintangan (gerai mainan & makanan), kami sampai jua ke pintu masuk waterpark. :biggrin:

Gambar-gambar sekitar waterpark hanya berakhir di sini sebab semua barang-barang termasuk kamera & henpon aku sumbat dalam loker di atas. Kami 4 beranak hanya bawa badan sahaja.
Ulasan aku tentang waterpark di Bukit Merah Laketown Resort ni – memang best!! Tempat luas dan banyak aktiviti. Ada satu kawasan tu, macam kat sunway lagoon cuma kecil sikit dari sunway lagoon iaitu kawasan pantai buatan. Siap ada ombak buatan lagi dan ada pasir pantai. Memang best dan aku rekomen korang pergi (bagi yang belum pernah pergi aa). Terbaekk.
Lepas puas mandi manda, kami bersiap ke aktiviti seterusnya iaitu ke Orang Utan Island ( Pulau Orang Utan). Kita skip dulu part ni, nanti aku cerita pada entri seterusnya.
Malam, kami makan kat luar dari resort tersebut. Tak susah nak cari restoran makanan sebab kat simpang tiga kat tol Bukit Merah tu, ada 2,3 restoran makanan yang memang sesuai tuk seisi keluarga.

Ini hidangan makan malam kami pada malam tersebut. Ikan 3 rasa (rasa seronok, rasa hepi, rasa gembira. haha..), sup ekor (tuk stamina “aktiviti larut malam”), udang goreng tepung dan sayur campur. Ulasan : not bad aa.
Lepas makan malam, kami singgah semula kawasan utama Bukit Merah Laketwon Resort tu sebab masa petang tu aku tanya kaunter informasi, diorang kata malam nanti ada games untuk kanak-kanak.

So, inilah games yang dikatakan oleh kaunter informasi tersebut.

Games susun pensel kaler bagi berdiri mengikut dot hitam atas papan kayu tu. Tengok tu Qariena sengih kan main lagi. Macam terrer..

Yeah! Qariena dah siap. Batrisyia belum siap lagi. Mana taknya, ada tangan-tangan ghaib yang telah membantu Qariena. Ingatkan kalu berjaya susun kesemuanya tu dapat hadiah hamper ke, rupanya dapat sebiji gula-gula sugus. haha.. :biggrin: . Jadilah daripada tak dapat langsung kan..

Wife aku teringin nak cuba Spa Ikan (Fish Spa). RM10 tuk 15 minit kalau tak silap aku. Tapi bila dah cuba, geli lah pulak, tu pasal wife aku celup bahagian tapak kaki jer. Batrisyia pun sebuk nak cuba gak tapi tak berani nak celup kaki. Nasib baik tak kena bayar.
Sementara nak tunggu wife aku abis buat spa ikan tu, aku ajak Qariena & Batrisyia pi merempit. Sukalah diorang.


Aksi bawak motor memang tak tahan. Kalah adnan sempit. ehehe…
ps : Entri cuti-cuti di Bukit Merah Laketown Resort ini mempunyai 4 bahagian : Bukit Merah Laketown Resort, Pulau Orang Utan, Hotel Suria Service Apartments & Ecopark.

abg ipar akupon katanya nak pegi sana sabtu lepas…. ko jumpa dorg tak???
keh3.. mcm lah dorg pakai name tag “abg ipar pn kompius”
kalau diorang pakai tag “abg ipar pn kompius” pun, aku tetap tak jumpa sebab aku pergi hari selasa.hehe..
p/s : aku harap ciken pop tak berjangkit melalui komen. haha
aku naik chairlift tu.. gayattttttttt dowh! :sick:
err tp skang ni dah kurang gayat skit.. hari tu aku naik chairlift ni 2 kali lagi tp kat tempat lain la..
ko mmg, naik lift pun gayat, ni kan naik chairlift.hik3..
p/s: ko ade buat entri tak pasal chairlift tu? nak tengok gambar.
Best gila la….nak g…nak g….. :w00t:
pergi jgn tak pergi
kenapa ko tak cakap pegi bukit merah?guna ic aku..org Kerian, boleh dapat tiket waterpark murah ooo…rumah aku tak jauh dari situ jgk…hehehe
laa..naper ko tak bagitau awal².
rumah ko tak jauh dari situ? hmmm.. aku tau rumah ko kat maner.tunggu next entri.haha
aku dah g bkt merah few years back, aku satu family naik chairlift, sumpah gayat, dah la senget benget, aku rasa mcm nak jatuh je… nasib baik tak… best kat bkt merah ni, mcm2 ada, org utan, mandi manda.. aku dulu kene rm25 je mungkin sbb tak amik ecopark. atau mungkin da naik hrga kot.
mmg di recommend utk org yang nak bercuti sefamily.
aku tengok dari bawah pun rasa macam gayat. dahlah takde seatbelt dan open kan.
tu aa best kan BMLR ni kan.
bertahun aku lalu situ selama balik semanggol, tak penah pulak terpikir nak pegi situ… haha~
cam bess… lenkali nak ajak incik Firdaus lah.. Itupun kalau teringat… Hohohohoh
sama aa ngan aku. bertahun lalu tapi tak pernah singgah sehinggalah baru² ni. lepas ni dah tau dah, ondeway blk KL dari kedah, aku akan singgah lagi aa. syok tmpt tu.
Tapi aku kalau balik kedah memang tak lalu situ pongs~
dan kalau balik semanggol dengan abah aku, memang tak lalu, kalu dengan firdaus balik semanggol baru lalu, sebab tatau jalan dalam… haha~
ahahahah
expresi qariena masa aktiviti tu sungguh ganas okkkk
tp watashi ttp suka
ahakss
pstt-perlu ke ko bgtau aktiviti mlm utk sup ekor tu
ahahahaha
amboi..mentang² dah kawin, nampak jer perkataan aktiviti malam wpun aku dah potong ayat tu.hehe
Pingback: Pulau Orang Utan @ Bukit Merah Laketown Resort | Penyubiru's Blog
Tempat yang menarik. Ada something for everyone……kalau adrenaline junkie bolehlah try chairlift tu……
tu la.. nampak cam gayat jer chairlift tu
Pingback: Suria Service Apartments @ Bukit Merah Laketown | Penyubiru's Blog
Tawaran hebat !! Homestay Suria Apartment Dalam Kawasan Bukit Merh Laketown Resort. Serendah RM120 untuk satu malam.
thanks sebab ambik entri saya dijadikan testimoni tapi kalau boleh janganlah print screen,elok di link kan terus ke blog saya. thanks
Pingback: Ecopark @ Bukit Merah Laketown Resort | Penyubiru's Blog
tinggal kat mne?berapa bayaran?
kami menginap kat hotel suria service apartment. saya ada buat entry tentang hotel tu. link tu ada kat bawah entri tu.