Semalam aku ada cerita pasal kekeliruan aku membeli susu cair disebabkan kecelaruan label pada tin susu. So, bukan salah aku aa tak kenal susu cair tu, salah label. haha..
Susu cair tu aku beli untuk buat dadih. Disebabkan wife aku tak sempat nak buat dadih, jadi terpaksalah aku jadi bidan terjun buat dadih pagi semalam. Sekali bila dah buat, rupa-rupanya senang jer.

Mula-mula sediakan bahan-bahan seperti di atas. Satu tin susu cair a.k.a susu krimer sejat, satu bungkus serbuk dadih, gula (tiada dalam gambar di atas), bekas tuk isi dadih.

Bila dah cukup bahan, baru boleh mula buat. Mula-mula didihkan 3000 ml air. Dalam gambar di atas tu, satu jug tu 1000ml, jadi aku kena taruk 3 jug bersamaan 3000 ml air.

Lepas tu masukkan 100 gram gula. Kena sukat betul-betul bagi memastikan dadih anda sesedap rasa. 100 gram gula tu masukkan dalam periuk yang berisi air tadi.

Kemudian, masukkan satu tin susu cair a.k.a susu krimer sejat dalam periuk berisi air tadi. Bila dah selesai campurkan ketiga-tiga bahan tadi (air + gula + susu cair), tunggu diorang mendidih kepanasan. Kalau nak cepat mendidih, korang kuatkan la api dapur tu tapi tak di galakkan sebab aku berpegang pada prinsip biar cepat asal selamat. :tongue:

Sementara tunggu air dalam periuk tadi mendidih, mari kita berkenalan dulu dengan serbuk dadih. Serbuk dadih ni bermacam perisa. Aku beli yang berperisa coklat sebab anak-anak aku dan wife aku suka coklat. Aku ekceli suka perisa strawberry, tetapi suara aku hanya 1/4 sahaja, so terpaksa ikut majoriti. huhu
Ok. Dalam bungkusan serbuk dadih tu ada sepeket serbuk dadih & sepeket gula buah-buahan. So, yang peket kecil tu adalah gula buah-buahan yer, bukan garam. Harap maklum.

Bila air dalam periuk tadi dah mendidih. Apa lagi.. celup la tangan anda sebagai tanda bermulanya acara mandi air panas.hehe.. ok. gurau jer. Jangan korang ikut plak yang bab tu.
Bila air dah mendidih, padamkan api. Bahagian memasak menggunakan api sampai setakat ini sahaja. Jadi, korang dah boleh kemas dapur dan off kan gas LPG.
Kemudian, masukkan serbuk dadih tadi kedalam periuk tersebut. (lihat gambar di atas. macho sungguh tangan di atas yer..
)

Lepas tu kacau hingga sebati.Kalau tak sebati, nanti kan dadih anda rasa coklat sikit, rasa air masak skit plak. Mana tahu kan. hehe.. :biggrin:

Lepas dah kacau baik punyer, baru masukkan gula buah-buahan. Lepas tu kacau lagi hingga sebati.

Agak-agak dah boring kacau dah. Boleh la mula menuang dadih tadi ke dalam bekas dadih. Bekas dadih ni subjektif. Kalau taknak pakai macam dalam gambar di atas, boleh aje pakai cawan-cawan plastik yang terdapat di dapur jiran korang.

Tadaa!! Dah siap! Tapi tunggu dulu…masih belum boleh makan lagi. Kena sejukkan dulu dan masukkan dalam peti ais. Simpan dalam peti ais sampai dadih yang cair tu jadi dadih yang pejal (beku). Lepas tu barulah syok makan. Sedap hingga menjilat sudu… :biggrin:
Amacam? Senang je kan buat dadih. Kalau aku tau senang camni, dah lama aku jadi penjual dadih kat depan sekolah. hehe :biggrin:
Nak resipi? Tak payah salin sebab resipi buat dadih ni ada kat belakang blog bungkusan serbuk dadih tu.

Ni la resipi buat dadih yang aku ikut tu.
Ok. Selamat mencuba!
sonang ajo ni…
akan dicuba, heheee
cuba jgn tak cuba. senang jer.. sesuai dibuat kalu ade kekawan nak dtg umah.
haha..pernah juga buat sekali..ada jugak beli yg tak payah buh susu cair..memang senang gila..
http://mrsfiza212.blogspot.com/2010/12/percubaan-membuat-dadih.html
oo..ade jugak yg tak payah susu cair ek. mesti serbuk dadih tu dah include sekali susu tepung kut.
So far tak pernah buat lagi, makan selalu lah! ;p.
nanti anak ko dah pandai makan dadih nnt, tentu ko kena blajar buat.hehe
senang je…cuba wat gulai ke kari ke..kagum jgk aku
gulai?kari? itu lagi senang. beli jer yg dalam tin punyer, pahtu panaskan. siap! hehe
aku xtau la.. minggu ni memang dlm kepala otak asyik nk buat dadih untuk makan byk2.. nk beli rugi je rase cos 1 cup tu rm1. dahle aku mane cukup 1. hehehe…
okeh, by this week gak aku kena cari serbuk dadih ni nk buat… hehehe… hopefully before beranak dpt mkn dadih puas2…
p.s: aku pn suke dadih yg perisa stoberi..
aku syak anak ko yg mengidam tu.elok ko buat cepat². bukan susah pun. ko buat perisa susu, nanti anak ko putih cam susu.hehe
emmm..sedapnya dadih..hari tu tersalah beli serbuk, terbeli yg jeli pny jenama Nona..mmg tak best lgsung..
Salaam. Dadih ni memang sedap dimakan terutama selepas sembahyang jumaat. Seringgit ok la. Harga lagi rendah, lagi banyak orang beli. Boleh berniaga dengan dadih ni.
E buku Rahsia dadih
thanks sudi singgah di sini dan share info menarik
sama-sama -smile-
h0ho senang je cre dye ish2
malam nie bwu nk wat..hehehhehe
good luck!
terima kasih atas ajaran ini..;) huhu..
sgt mmbantu…
sama-sama. boleh aa bukak bisnes jual dadih pahni yer…hehe
Hehe..procedure yg diberikan sgt membantu saya…haha…tenkiu…!!!
sama-sama
saya teringin nk buat dadih..
thanks sudi share..
ptg ni dah boleh beli bhan2 hihi
senang jew kan…nak cuba buat untuk wife la…dia suka dadih
selamat berjaya! mesti wife bro semakin sayang.hehe..
klau xbbuh prisa bleh x????
bbuh prisa buah-buahan je yg pek kcik 2……
jd x?????
bbuh prisa buah-buahan je bleh yg dlm pek kcik 2????
xbbbuh prisa len….
assalam…
nk tanya gula buah buahan tu ad jual x?
wasalam.. gula buah buahan tu ada sekali dalam bungkusan serbuk dadih tu.
sy tau kt dlm tu dh ad..sy nk bli gula buah2an jer..ad jual x kt mn2?
dadih lau dh msk bole tahan brape hr?
ooo..kat mana jual tu saya tak pasti maybe kedai jual barangan kek ada kut.. berapa lama dadih tu boleh tahan saya tak pasti pula..sebab saya buat ni tuk makan kar rumah jer, baru 2 hari dah habis makan.
ok tanx MR PENYUBIRU..
baru buat sekali dah berniaga pasar mlm.boleh tempah untuk raya.sape cepat dia dapat.wei wei walawie baikkkkkk punyerrrr dadihhh.
bagus2.. saya suka cara anda bercerita.. ilmu buat dadih pun dapat jgk. hehe.. paling lawak, resepi kat belakang peket tu. haha. makaseh bebanyak2
hahahahahahahahahha……. baru ari ni aq cube wat dadih …. rupenye senang jew….. mule2.. abag aq wat.. pas tu aq lak terikut..