
Nota : Entri ini sekadar berkongsi pengalaman aku menjana pendapatan blog menggunakan iklan Advertlets.
Advertlets ni sama macam Nuffnang (jika korang tau apa itu Nuffnang aa). Di mana, apabila anda sudah mendaftarkan blog anda pada Advertlets, maka anda boleh meletakkan kod iklan Advertlets kat blog dan seterusnya menjana pendapatan.
Berdasarkan pengalaman aku menggunakan Advertlets, sebaik sahaja kod iklan diletakkan, iklan akan terus terpampang pada blog dan seterusnya earning pun berjalan dengan bermula 00.001 sen. Earning advertlets adalah dikira berdasarkan per impression (CPM) atau per pageviews dan juga per klik (CPC). Tapi kalau takde langsung orang klik iklan tu pun, earning still berjalan seperti biasa. Lagi tinggi trafik atau pageviews sesuatu blog lagi mencanak la earnings tu naik.
Berbeza dengan Nuffnang, jika dapat Buffered Earning a.k.a BE (tak tau gugel,bersepah ada kat internet) barulah setiap pageviews blog anda bertukar menjadi duit. Jika tak dapat B.E , memang agak sukar tuk menjana earning sebab kena tunggu ada orang klik iklan yang sekejap ada sekejap tak ada tu. Dan berdasarkan pengalaman aku menggunakan Nuffnang, agak sukar tuk mendapat earnings berdasarkan CPC.
Ini screenshot sebahagian earnings advertlets per day. Earnings Advertlets dikemaskini setiap masa selagi iklan Advertlets terpampang di blog anda.
Earnings Advertlets memang masyuk tetapi nak tunggu pembayaran cashout masyuk dalam akaun bank memang lambat. Itu aku akui. Jika ditaip keyword Advertlets kat google, memang banyak review-review yang menghentam Advertlets. Semuanya disebabkan proses pembayaran yang lambat.
Tempoh proses pembayaran sesuatu cashout adalah dalam 30-45 hari. Tetapi hakikatnya lebih dari itu. Macam aku sendiri, proses pembayaran adalah selama 90 hari! ya 90 hari! atau 3 bulan. Nampak lama kan. Tetapi sebenarnya lama untuk 3 bulan pertama jer, masuk bulan keempat, bayaran bulan pertama tadi dah dapat. Dan begitulah seterusnya setiap bulan. Jadi, tiap-tiap bulan aku dapat bayaran dari Advertlets sebab aku cashout tiap-tiap bulan. Err..apa aku tulis ni.. cam pening jer ayat ni.. tapi tu lah yang ku cuba sampaikan – walaupun proses pembayaran 3 bulan tapi aku dapat bayaran tiap-tiap bulan.
Ini sebahagian screenshot pembayaran yang aku dapat dari Advertlets. Sekarang ni tengah tunggu pembayaran untuk cashout bulan Feb 2011 punya. Biasanya diorang akan bank-in sebelum 15hb setiap bulan terus ke akaun bank aku.
So, itulah dia pengalaman aku menggunakan Advertlets walaupun ramai mengatakan ianya scams. Belum cuba belum tahu kan.
p/s : Ekceli nak tulis panjang lagi tapi ada hal plak. Nanti ada masa aku update lagi kat entri ni.
Update Terkini Pembayaran Advertlets
Kemaskini Terkini (9 April 2012) : Aku dah tak pakai Advertlets dah sebab diorang dah mula tak bayar payment aku sejak Aug 2011.
Dilihat sebanyak : 2808



dah berapa bulan ni bersama advertlets?
sejak 2009.
camne aku nak reg?
ko masuk lah laman advertlets pahtu register aa. senang jer.. Uwais pun bleh buat takkan ko tak bleh kut.hik3..
lambat bayar tapi ttp boleh x pe .. klau dok leh nangis sorang or .. hehe
yup. kalu dok bayor sedih la jugok kan tapi seb baik la bro pelbagaikan iklan.
waaaaaaaa…. kaya rupanya encik punya neh ye.
encik punya ni sapa plak?? hehe.. mana ada kaya jard dan ko lagi kaya dapat henpon dari maxis lagi. lepas tu jual tuk dpt dslr. aku dslr pun tak mampu beli.huhu..
fuh, masyukkk gak ko ek! :w00t:
err..adalah lah skit..
wah..
gler bes..
cmne nak dftr ea?
masuk laman advertlets dan kemudian register. senang jer. tapi sblm tu elok buat research dulu sblm bertukar medium pengiklanan ni.
Not bad..at least every month poket tak kering..ngehngeh :biggrin:
betul tu.. bleh la tampung mana² yg kurang kan..
tetiba rasa nak tempek Adverlets balik kat blog tu..
hiks
advertlets tak exclusive, innity pun sama, so bleh la letak togeder geder kan.. hehe
Bukan Advertlets ada Advertletss Titan ke? Innity jer takde.
yup. pernah dgr gak. tapi ada beza ke dari segi earning & proses pembayaran? kalu nuffnang, ada beza kan.
baru hari ini saya tahu ada pengiklan lain selain dari nuff dan manga ad. kalu begitu saya nak berhijrah dari nuff.
terima kasih kerana beritahu .. tapi kenapa lambat sangat beritahu ?
sebenarnya banyak lagi tapi yg sentiasa menjadi sebutan nuffnang. kalau trafik encik mantap trylah innity.com. yang ni lagi masyuk.. (harap² saya tak lambat bagitau yg ni.hehe)
wahhhh kalau blog tak glamor macam blog ai ni lagi elok pakai advertlets la ek?
kalau sanggup melayan karenah advertlets, boleh aje pakai.
saya pon baru je join advertlets ni baru 2 hari memang betol earning die lagi senang berbanding nuffnang. Pelajar 17 Tahun Dagang Tubuh Cuma RM10
earning advertlets mmg masyuk cuma tang pembayaran tu je la yg lambat.
saya takpernah guna nuff sebab ada kawan guna bertaun duit baru 50sen,saya tetap setia ngan advertlets ni,betuk kata encik memula memang lambat pembayarannya.
betul tu. kena banyak bersabar ngan advertlets ni bila tiba time pembayaran.
lebat gak hasilnya bro.
adalah lah skit bang…
Good way to generate some sort of income….I like your blog bro. Interesting and informative.
many thanks. i very appreciate your comment.
hahaa rasa nk tempek adverlets lah pulak huhu
baru je buat entri psl advertlets slps kebosanan thdp nuffnang..ehehe..
saya juga sudah gunakan advertlets…
welcome to de club.
Dulu pernah apply jugak adsverslet ni, tapi adsverslet ni senyap ni, macam gagal je application, senyap sunyi.
Kalu dapat, nak tampal kat blog kasi nampak cantik sket.
kena emel diorang tanya. emel bos diorang terus, mr josh lim.
wahh..banyaknya. banyaknya…
terima kasih penyubiru..
statement u ni meyakinkan kakyong utk terus letak adverlet di blog…
sabar itu manis kan.. jd tak kesah lah lambat sikit..
:cheerful:
betul..sabar itu manis.
uish…macam besh jer…nak pakai adverlet la pulak…thanks…penyu…
mmg best tapi kalau sabor melayan karenah mereka, teruskan..
salam kenal bro..tercari2 info pasal advert last2 masuk sini plak..hehe..er..aku nak tnya ni,bro sehari berape traffik yer?…owh terus folo u blog..kalo sudi folo lah balik yer…tanks info ni.
Saya nak cuba juga. Macam yg Penyubiru cakap la, selama ni saya hanya membaca artikel yg menghentam Adverlets sja….
err..dah xpakai advertlets pakai apa lak?habis 2 sejak ogos 2011 dia xbayaq lu xclaim ka bro?
pakai nuffnang semula..