Kalumpang Resort @ Hulu Selangor

Hari jumaat malam baru ni, aku & wife serta anak-anak pergi bercuti di Kalumpang Resort & Training Centre kat Hulu Selangor. Apa kejadahnya bercuti kat training centre ni? haha..

Sebenarnya tempat tu adalah sebuah resort dan juga tempat training centre bagi organisasi-organisasi kerajaan mahupun NGO yang mahu membuat aktiviti seminar atau team building. Jabatan wife aku pula ada buat seminar kat situ, kebetulan hujung minggu so kami decide pergi bersama-sama. Orang kata sambil menyelam sambil intai orang minum air.

Kalumpang Resort ni macam tempat Sungai Congkak atau Sungai Gabai. Ada jeram yang mana memang begitu menggoda sekali untuk anda terjun mandi. Untuk ke Kalumpang Resort, kami melalui PLUS dan exit Tanjung Malim. Dari situ, kami follow map yang disediakan di laman Kalumpang Resort & Training Centre.

Kalumpang Resort Map

Peta Kalumpang Resort (Kalumpang Resort Map)

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Jika dilihat pada gambar di atas, aku rasa itulah harga bayaran masuk nye kut.

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Mula-mula masuk, anda akan disambut dengan fountain dan seekor monyet. Perasan tak ada kertas putih yang ditampal di tiang kedai sebenier tu? Mari kita lihat lebih dekat lagi apa kandungan kertas tersebut.

Kalumpang Resort Hulu Selangor

“Awas!! Monyet ini suka ambil barang.. K” hehe.. aku tersenyum jer baca notis pada kertas tersebut.

 

Anak-anak aku dah jauh kedepan.

 

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Papan tanda penunjuk arah. Nama-nama burung yang dicatatkan tu bukan menunjukkan ada sangkar burung di situ tetapi nama-nama burung itu adalah nama chalet. Kami menginap di chalet Kasawari.

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Sepanjang perjalanan ini.. eh! tersasul lagu Zaiton Sameon pulak. Sepanjang perjalanan menuju ke jeram tu, akan nampak ada kolam mandi. Ironinya, jeram dah ada buat apa lagi kolam mandi kan. Tapi kolam mandi tu tuk kanak-kanak. Kalau anda rasa diri anda masih lagi kanak-kanak, ok jer join. :biggrin:

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Ok. Inilah dia chalet kasawari. Kami menginap di sini satu malam. Harganya RM160. Adakah harganya setanding dengan chalet tersebut? Mari kita terjah..

Katil single dua! (Maaf, cadar agak berselerak sebab baru lepas buat rakaman video “tu”. hehe)

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Ada kipas, ada aircond. Dan lampu. Cantek!

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Ada TV, ada almari. TV tu ada ASTRO tau. Jangan ingat duk kat hulu tak dapat siaran ASTRO. Tapi line Maxis memang tak berapa clear aa.

 

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Dapur. Ada dapur gas, tong gas, pinggang mangkuk dan cerek. Adeh! naperlah dia tak bagi cerek elektrik jer. Finishing dapur dia agak tak kemas. Tapi boleh la.

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Bilik air. Tuala tidak disediakan. Jadi pastikan anda bawa tuala jika menginap di sini. Jangan jadi macam kami, tak bawa tuala sebab ingat dah disediakan tuala. Terpaksa share tuala anak-anak aku. Taulah tuala budak-budak kan. Agak seksi disitu. hehe.. :smile:

So, macamana? Adakah RM160 tu berbaloi untuk chalet seperti di atas. hmm.. bagi aku macam mahal skit.

Apa-apa pun, mari kita terjah jeram kat Kalumpang Resort ni pula.

 

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Amacam? best tak? Qariena sampai lalok dibuatnya. Itu menunjukkan tempat ni best. :biggrin:

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Aku bagi diorang panaskan badan dulu sebelum mandi. Sebab masa ni baru pukul 8 pagi. Gila apa nak mandi waktu pagi cenggini. Sejuk bai..

Kalumpang Resort Hulu Selangor

“Bila boleh mandi ni.. dah tak sabar ni…” Agaknya, itulah yang bermain di fikiran anak-anak aku kut. :smile:

 

Saje nak enterframe jugak. Soalan cepuemas di sini – batu sungai yang aku pegang tu kecil ke besar? haha..

Ok. Bersedia untuk gambar ala-ala artis baru majalah mangga bergambar tepi kolam renang.

 

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Fuhh..ayunya posing dalam air. Anak dara sapalah tu yer… hehe :tongue:

 

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Setakat tu jer lah gambar-gambar keriangan mandi-manda kami. Biasalah, semua tak sabar nak mandi. Lagipun, kamera kami tak boleh kena air, nanti rosak plak. Masa kami mandi ni, jam 11 lebih. Tapi airnya.. mak aihh.. punyerlah sejuk. Memang best. Tapi tak dapat mandi lama-lama sebab tengah syok mandi, Qariena boleh plak terberak dalam seluar. Adeh! Terpaksa balik ke bilik dengan kadar segera, kalu tak nanti ada “benda¬† kuning keemasan terapung” mengalir kat jeram tu, tak pasal-pasal semua orang cepat¬≤ naik ke darat seolah-olah macam ada buaya. hehe.. :biggrin:

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Lepas dah mandi-manda. Kami bersiap dan check-out sebab masa tu dah kul 12 tengahari. Lepas dah chek-out, kami jalan-jalan sekitar situ. Ada mini zoo. Tak banyak sangat binatang, ada iguana (tu yg anak-anak aku tengok tu), ada ayam,merak,itik & monyet .

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Ini surau. Menariknya tentang surau ni adalah tempat ambik wudhuknya.

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Tempat ambik wudhuk surau ni guna air terus dari bukit. So, airnya sentiasa mengalir keluar 24/7 selagi bukit tu ada air aa. Penulis turut mencuba merasa air tersebut. Sejuk!

Lepas dah puas merayau-rayau dan bergambar, kami pun beredar dari situ.

 

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Selamat jalan jumpa lagi. Sebelum balik tu, aku difahamkan buah durian kat situ murah-murah. Harga durian kira biji dari serendah RM2 pun ada. Kiri-kanan laluan kat sini memang dipenuhi dusun durian.

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Kami berhenti kat tepi jalan apabila nampak orang ramai sedang berkerumun membeli durian. So, kami pun taknak lepaskan peluang. Join the club aa. Aku tengok seme pakat borong. Aku beli sekadar tuk makan 4 beranak je la.

 

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Inilah hasilnya. Beli 4 biji jer durian kecik. Cukuplah sorang sebijik. hehe..4 biji baru RM18. Kira murah aa sebab sebelum ni aku pernah beli durian kat Damansara Damai ni, satu kilo RM8. Dua biji dah dekat RM30. huhu..

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Yaa..tu diaa aksi mengopek durian ala menahan buasir. Durian kecik jer tapi muka merah giler meneran. hehe.. :biggrin:

Kalumpang Resort Hulu Selangor

Inilah sebahagian hasil kopekkan aku. Fuhh.. rasanya memang sedap. Durian kampung fresh dari kebun katakan. Mari kita dengar komen peminat durian yang dari dalam kereta lagi tak sabar-sabar nak makan.

 

Kalumpang Resort Hulu Selangor

“Terbaeekkkkkk…” (baca dgn intonasi macam BoboiBoy :smile: )

 

Ulasan : Kalumpang Resort & Training Centre ni memang tempat menarik untuk dilawati. Disebabkan resort ni di jaga rapi oleh pihak pengurusan resort, maka tempat ni kelihatan bersih. Jeram pun best. Suasana segar. Sesuai tuk seisi keluarga yang mahu bercuti jauh dari kota dan merasa kenikmatan alam semulajadi. Lepas tu, harga buah durian pun murah. Sampai skang, kereta Ina aku masih berbau durian. Overall… Terbaek! :cool:

Dilihat sebanyak : 45932

29 thoughts on “Kalumpang Resort @ Hulu Selangor

    • bukan tak siap.mmg finishing dia nampak susunan batu bata tu. pahtu disapu cat kilat pada batu-bata tu.
      aku pun rasa mahal tapi seb baik bleh claim. ngeh3..

  1. apesal ko tak posing gaya artis dalam majalah mangga?nak jgk aku tgk..hahahaha!!

    ah!tak true ah…nak koyak kulit durian tu sampai merah muka..aku skali smack down je.hahaha..

    btw, aku bukan makan durian.sorry!

  2. aku dah g resort ni…mmg best..air pun bersih n deras…utk kanak2 pun sesuai…teambuilding lg la sesuai…bilik dia ok2 jer..aku dpt bilik dlm hutan n berdepan dgn sungai…terus terjun je…tepi2 bilik pokok durian…katanye time musim durian kita boleh kutip je durian yg gugur…very the vast…

  3. saya pernah menginapkan sana,tapi masa tu x dibenarkan masak la pulak,dapur pun xde…tapi kalau nak buat bbq diizinkan… biliknya ok la…kami sewa betul2 tepi sg.sebelum jambatan tu..nama bilik tu dah lupa la pulak..

  4. Last week baru jer g kt kalumpang resort….
    Drive dari Penang mau gak 3jam…letih gak tp
    bla da smpi kt tmpt tu tgk jer jeram tu rasa letih smua ilang…tempt tu mmg ok klau nk release tension…tp harga bilek xbape nk ok…1 night rm230…rasa mahal…xprnh g kt sna tp awek rekomen Cuba lepak kt ctu…Kira ok laa tmpt tu…

  5. saye akan pegi teambuilding 3 hari kat sini pd mggu depan…x sabar nk mandi air jeram…mggu lps mandi air laut di tioman…cuace panas…yg ni mesti segar lagi menyegarkan… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>