Keropok Lekor BTB @ Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu

Negeri Terengganu memang terkenal dengan keropok lekornya. Antara tempat di Kuala Terengganu yang sering menjadi tumpuan pengemar keropok lekor dari seluruh Malaysia adalah keropok lekor Losong (Losong adalah nama tempat di Kuala Terengganu).

Selain dari keropok lekor Losong, terdapat banyak lagi tempat-tempat lain yang menjual keropok lekor. Antara salah satu tempat yang paling femes dan dikatakan antara keropok lekor yang paling sedap di Terengganu adalah keropok lekor BTB. Nak tahu femes ke tak, cer gugel cer gugel… :smile:

Hujung minggu yang baru berlalu ni, aku balik kampung dan sempat singgah membeli keropok lekor BTB ni. Ini adalah kali pertama aku singgah di kedai keropok lekor BTB. Sebelum ni aku biasa beli keropok lekok Losong jer.

Keropok Lekor BTB

Keropok lekor B.T.B 2209 terletak di Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu. B.T.B adalah singkatan dari Bukit Tok Beng, manakala 2209 pula tidak pula aku ketahui maksudnya. Mungkin angka 2209 itu melambangkan suatu tarikh istimewa atau nombor lot kedai atau tanah.

Keropok Lekor BTB

Lokasi keropok lekor BTB ni tidak jauh dari Bandar Kuala Terengganu. Jika anda dari Kuala Terengganu, anda perlu melalui Jambatan Sultan Mahmud dan ikut signboard ke Seberang Takir & Lapangan Terbang Telaga Batin. Ala.. klik saje gambar map keropok lekor BTB di atas untuk terus ke aplikasi google maps.

Keropok Lekor BTB

Aku rasa keropok lekor BTB ni adalah satu-satunya kedai keropok lekor yang menyediakan sistem nombor giliran berdigital. Ala..no giliran macam dekat bank tu cuma anda perlu tekan butang A sahaja untuk membeli keropok lekor. Perlu diingat, walaupun sistem no giliran sama macam bank tapi pembayaran bil letrik atau pengeluaran wang ASB tidak disediakan di situ yer. :smile:

Keropok Lekor BTB

Aku sampai jer, tanpa teragak-agak terus ambil no giliran. Dari nombor giliran tu, ada kira-kira 13 orang lagi sedang menunggu giliran. Sebelum aku terlupa, no giliran ini untuk anda yang hendak membeli keropok lekor rebus sahaja.

Keropok Lekor BTB

Aku malu-malu nak ambil gambar persekitaran kat kedai keropok lekor BTB ni. Biasalah..aku kan lelaki pemalu abad ini. hehe.. Aku syak gambar di atas adalah tempat pekerja diorang masak atau rebus keropok lekor. Dan aku syak juga perempuan bertudung yang duduk atas sofa tu bukan penjaga kayu api tu.

Keropok Lekor BTB

Femes tak femes, tengoklah kereta penuh kat tempat parking. Berlapis-lapis parking. Tempat makan kat luar tu kosong sebab waktu tu cuaca tengah panas. Gila apa nak duduk tengah panas makan keropok lekor goreng panas-panas. Memang bikin panas aaa.

Keropok Lekor BTB

Lagi gambar keadaan ruang parking kereta. Sentiasa ada kenderaan keluar masuk.

Keropok Lekor BTB

Di sebelah kiri ruang keropok lekor rebus, terdapat ruang jual keropok lekor goreng tanpa rebus. Maknanya, selepas keropok digetel, terus dimasukkan dalam kuali yang dipenuhi minyak panas untuk digoreng. Untuk makluman, keropok lekor goreng tanpa rebus ini adalah kegemaranku. Bila aku terpandang jer bahagian keropok goreng ni, terus aku berubah fikiran dan beratur untuk membeli keropok goreng. Niat nak beli keropok rebus tadi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

Keropok Lekor BTB

Nampak tak pekerja-pekerja sedang mengetel keropok kat belakang tu. Aku lihat semua pekerjanya muda-muda remaja kesemuanya. Aku anggarkan masih dalam belasan tahun dan 20-an.

Keropok Lekor BTB

Ini keropok lekor goreng (separa goreng) yang telah siap dibungkus. Satu beg plastik yang mengandungi 40 batang keropok lekor itu berharga RM10. Maknanya 4 batang = RM 1. Aku beli keropok lekor dalam beg plastik ni la, senang nak bawak balik KL dan masukkan dalam peti ais.

Keropok Lekor BTB

Ini pula keropok lekor goreng yang baru sahaja di angkat. Kecur air liur aku dibuatnya. Memang nampak begitu menyelerakan. Kembang dan besar.

Untuk membeli keropok lekor goreng, anda tidak perlu ambil no giliran tapi perlu beratur di kaunter tersebut. Jika nak makan keropok lekor goreng di situ, tak perlu beratur order saje.

Keropok lekor BTB atau keropok lekor dari Terengganu memang diperkaya dengan ikan segar dan sedikit sagu. Jika anda suka keropok lekor yang jenis banyak sagu (biasa dijual di pasar malam kat KL ni), anda mungkin tak berapa suka dengan keropok lekor Terengganu sama macam wife aku. Wife aku lebih suka keropok lekor yang banyak sagu, aku pula suka yang banyak ikan. Citarasa kami berbeza tapi kami bahagia. ce wah…hehe.. :tongue:

Sedap sangat ke keropok lekor BTB ni sampai kena ada sistem nombor giliran ni?

Jawapan ikhlas dari aku…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Keropok Lekor BTB

Ya! memang sedap giler! Sampai terangkat! :cool:

p/s : Antara keropok lekor Losong dan keropok lekor BTB, aku pilih keropok lekor BTB. Terbaekk!

p/s lagik : Sapa yang ada akaun facebook, mintak tolong LIKE komen aku kat video ni yer – what is web hosting? thanks in advance :smile:

https://www.facebook.com/penyubiru/posts/2015282386932#!/video/video.php?v=10150188097218254&oid=110803132322036&comments
Dilihat sebanyak : 26491

55 thoughts on “Keropok Lekor BTB @ Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu

  1. maknanya next visit aku ke tganu pas nih adalah kopok lekor BTB.. yeay! :wub:

    lapor wehhh.. baca ko citer nih, aku adalah penggemar kopok lekor byk ikannnn…

    • nnt ko pi ganu aku nak kirim kopok BTB ek. hehe..

      aku baru citer ko dah lapor, seb baik aku tak tunjuk gambar keropok. kalu tak tentu meroyan ko kat blog aku ni.haha..

  2. oh semasa bee ke terengganu , kami beli kopok lekor losong jer..suka yg banyak ikan juga ..hehe tak tahan guna no mcm tu dah rupa tunggu giliran di pejabat2 kerajaan tu :heart:

  3. aku belasah je mana2 pun. tp aku suka hok rebus. cicah lak sos yg mantap. phewwwww mak mertua mintak sket pon x dgr kot. owhh patutlah x dgr, aku x de mak mertua rupanya. ok ok salah. hahahaahahh

    • aku dengar anak tauke keropok lekor tu belajar kat shah alam. ko cubalah tackle dia,untung¬≤ ko dpt mertua tauke keropok.kalu mertu mintak ko buat x dengar pun takpe sebab dia tauke.hehe

  4. tak dinafikan mmg keropok bukit tok beng ni yg paling best setakat ni. losong punya kelaut dah. x sedap langsung, nama je glamer. kalu org luar trg mmg diorang akan cari losong tp kalu dia tau ada lg yg sedap mesti dia menyesal..huhuhuu

    • dari segi keglemeran, keropok lekor losong lah menang. tapi keglemeran tu sebab losong tu adalah tempat di mana terdapatnya banyak gerai jual keropok lekor. keropok lekor BTB ni plak hanyalah sebuah kedai. Tapi aku percaya, keropok lekor BTB mempunyai peminatnya yg tersendiri. ce wah.. :D

  5. woahh! tgh google pasal kopok lekor tok beng. mmg kat tgganu nih, cari info pasal kopok lekor yg paling hangat panas kat malaysia! pheww, thnks for info. esok nak pi cari bawak balik penang. sumpah esok aku cari sampai ke lubang cacingggggg!!

  6. Pingback: Review Tentang Keropok Lekor Bukit Tok Beng « Blog Pengedar

  7. Pingback: Kori Keropok Lekor Losong 2K2L | Penyubiru's Blog

  8. terbaekk aa!!!!
    aku klau nk mkan, x pyoh susoh2 g kdai…..
    ade kawan ayoh ambe kje c2….
    juz call, n sruh die anta je,,,,
    mat leh….
    hihiii..

  9. Pingback: Tempat makan best di Terengganu | Tempat Menarik di Malaysia !!

  10. BTB 2209 adalah sgkatan drpd bukit tok beng n 2209 adlah nom pndftaran kereta tuan punye kdai kropok btb tu iaitu HAJI NAZIR…heheehehe..pkerja2 di stu mmg msih blasan thun trmasuk sy y jg bekerja di stu tp kbnyakannye 20 an…xsgke gmbr sy ad dlm nie ekk…pape pun, BTB mmg terbaik !!

  11. keropok BTB2209 memang terbaik…pakcik ambe pernah bekerja dan berguru di sana dulu. Kini beliau telah membuka perniagaan keropok lekornya sendiri di Besut Terengganu…tapi belum sampai tahap kena ambik nombor giliranlah…huhu

  12. Mmg diakui, keropok lekor terenagganu mmenag sedap. Sekarang ini, saya juga mengusahakan keropok lekor terengganu dan beroperasi di Johor Bahru. Keaslian keropok lekor terengganu dikekalkan dalam pengeluaran keropok lekor saya ini. Jika berminat, sila hubungi saya. Terima kasih.

  13. Saya baru balik dari KT.Anak2 pesan suruh bawa balik krepok leko BTB banyok.. Saya bawa beg besar kosong untuk isi krepok. Naik Air Asia had luggage 15 Kg jah. Sampai hotel kat KT terus sms tempah supaya siap bungkus saya ambil on the way ke airport. Nasib baik bawa beg besor. separuh bungkusan hand luggage. timbang kat airport berat beg 14.9 Kg. Sapa KL dok dang sari. Abih semo kropok laku.

  14. saya dari mahasiswi umt ingin mnemu bual pihak tuan/puan untuk menjayakan projek kami ini..ia merupakan kerja khusus dalam kursus ini..dengan ini,kami memilih tuan/puan untuk dijadikan mentor kmi..kalo x kberatan,harap tuan/puan mmberi kerjasama kepada ahli kmpulan kami.. sebarang mklum blas,boleh email trus.. harap tuan/puan ada masa lapang untuk meluangkan masa bersama kami..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>