Pengalaman Demam Denggi

Pengalaman Demam Denggi

Alhamdulillah… setelah berehat panjang akibat demam denggi, hari ini baru aku mampu kembali berblog. Kesihatan aku dah bertambah baik, petang nanti ada follow-up dengan doktor. Harap semuanya berjalan dengan baik.

Ini adalah pengalaman pertama aku kena demam denggi dan juga pengalaman pertama aku masuk wad di hospital. Semua perasaaan takut selama ini terpaksa ditolak tepi. Redha jer.

Aku mula demam pada hari petang sabtu (28 mei 2011). Masa tu aku kat Kedah sebab ada kenduri kahwin cousin wife aku. Pada mulanya aku ingat demam panas biasa sahaja. Lepas pekena panadol, sangkaku demam ku akan kebah. Malangnya, pagi besoknya (ahad) badan aku still demam dan amat letih dan penat sekali. Kemudian wife aku bawak ke klinik di Pekan Jitra. Doktor diagnos aku sebagai demam biasa dan bagi ubat-ubat untuk penyakit demam. Lepas makan ubat-ubat tersebut badan aku kembali ok dan demam dah kebah. Malam tu keluar makan malam bersama family in-law.

Hari isnin, bertolak balik ke KL. Walaupun badan tak berapa sihat sepenuhnya (masa ni selera makan aku dah kurang), tapi aku gagahkan diri memandu kereta balik ke KL.

Malam tu, demam datang lagi. Pagi selasa, aku ke klinik lagi. Bila aku tanya doktor adakah aku kena demam denggi, doktor kata bukan sebab tiada tanda ruam-ruam merah pada bahagian tangan dan leher. hmm..kalau bukan denggi syukurlah.

Petang selasa tu badan aku masih tak berapa sihat dan aku mula muntah-muntah selepas makan.

Pagi rabu, wife aku bawa ke hospital pakar (KPJ Damansara Specialist). Kali ini doktor yang merawat aku lebih teliti. Darah aku diambil. Kemudian badan aku dimasukkan air (aku tak pasti nama air tu tapi air ni digunakan untuk kes-kes muntah & cirit-birit).

Hasil ujian darah dah diketahui. Sah aku demam denggi. Aku memang terkejut sebab tak sangka aku menjadi sebahagian dari statistik demam denggi. Masa tu bacaan platelet darah aku 134. Doktor suruh aku berehat di rumah dan datang semula keesokkan harinya untuk ujian darah lagi. Jika ujian darah tersebut nanti menunjukkan bacaan platelet turun bawah 100, aku akan ditahan dan dimasukkan ke wad.

Balik rumah aku berehat dan aku mintak tolong wife aku masakkan sup ketam dan belikan 100 plus (berdasarkan nasihat beberapa blogger dan kekawan). Walaupun kedua-dua makanan tersebut menyelerakan, tapi hakikatnya bila kita tak sihat dan hilang selera makan, nak telan dan minum pun agak sukar. Semuanya jadi pahit.

Hari khamis wife aku bawa ke KPJ Damansara Specialist lagi untuk ujian darah. Masa tu aku berharap sangat bacaan platelet aku naik sebab aku dah makan sup ketam. :smile:

Setelah keputusan ujian darah diperolehi, aku memang terkejut sebab bacaan platelet turun ke 112 (semalam 134). Doktor yang merawat aku menasihatkan aku perlu ditahan dan masuk wad. Malangnya waktu tersebut, wad penuh kerana aku difahamkan banyak juga kes demam denggi dirujuk di hospital tersebut. Tiada pilihan lain, wife aku dapatkan hospital yang lain dan kebetulan ada wad kosong di Tropicana Medical Centre (TMC) .

Tengahari tu, wife aku bawa ke hospital TMC dan aku ditahan di wad tersebut. Tangan kanan aku dicucuk jarum dan dimasukkan air. Lagi sekali darah aku diambil untuk ujian. Dan sekali lagi diambil untuk ujian yang lain pula. Masa tu aku dah tak kisah dah kena cucuk jarum (walaupun aku memang fobia kena cucuk jarum). Nasib baik wife aku ada di sisi setiap kali darah aku diambil. Lega dan tenang sedikit. Thanks sayang. :smile:

Bacaan terbaru platelet darah aku turun lagi ke 88 (pagi tu 112). Gila terkejut aku, baru jer waktu pagi 112, sekarang dah tengahari (kira-kira 3 jam) dah turun ke 88. Masa tu aku memang takut aa. Apalagi bila aku fikirkan penyakit demam denggi ni boleh bawa maut.

Malam tu, wife aku bawak sup ketam lagi. 100 plus aku dah tak bleh minum, tapi aku minum air gatorade. Air gatorade ni tiada gas dan kurang gula. Malam tu aku tak boleh tidur sebab risau.

Pagi jumaat, darah aku diambil lagi. Doktor yang merawat aku memberitahu keputusan ujian darah semalam menunjukkan hati aku bengkak dan aku tidak boleh makan seafood untuk tempoh tersebut. Makan sup ketam pun tak boleh dan doktor gelak jer bila kami bagitau sup ketam boleh sembuhkan demam denggi. Doktor kata sup ketam tidak boleh menyembuhkan demam denggi. Rawatan demam denggi hanya perlu dimasukkan air dan kena banyak minum air. Kami pun akur jer dan banyakkan minum air.

Alhamdulillah, keputusan ujian darah aku untuk pagi jumaat tu menunjukkan tanda positif. Bacaan platelet naik 100 (semalam 88). Aku kembali lega tetapi tetap risau sebab nurse cakap bacaan platelet ada naik dan turunnya.

Petang jumaat, darah aku diambil lagi. Memang untuk kes demam denggi, darah akan diambil 2 kali sehari iaitu pagi & petang. Sejak aku mula masuk wad, Alhamdulillah selera makan aku kembali seperti biasa.

Keputusan ujian darah petang jumaat tu menunjukkan peningkatan lagi. Bacaan platelet naik lagi ke 112. Doktor yang merawat aku memberitahu aku dah boleh discharge (keluar hospital) keesokan harinya.

Pagi sabtu, sekali lagi darah aku diambil. Masa ni badan aku dah kembali sihat. (dah nak balik katakan). Bacaan platelet aku menujukkan 134. Alhamdulillah….

Tengahari sabtu tu aku discharge.

Alhamdulillah…aku bersyukur sangat sembuh dari penyakit demam denggi ni. Sapa yang pernah kena demam denggi memang taulah macamana seksanya. Lagi bertambah seksa jika anda seorang yang takut jarum. Masa tu anda tiada pilihan lain selain pasrah saje lengan anda dicucuk jarum untuk diambil darah. Redha jer. Aku beruntung sebab ada isteri aku yang menemani aku sepanjang masa. Masa aku kat hospital, anak-anak aku tinggal di nurseri.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan FB Penyubiru yang mendokan agar kesihatan aku cepat sembuh dan juga nasihat & tips² yang diberikan. Terima kasih berbanyak.Tidak lupa juga kepada sanak saudara dan rakan-rakan opis yang datang melawat ketika aku dimasukkan ke hospital. Dan yang paling utama, terima kasih berbanyak buat isteri tercinta yang menjaga aku siang dan malam kat hospital.

p/s : platelet membantu dalam pembekuan darah. Jika platelet semakin berkurang, darah kurang membeku dan mudah berlaku pendarahan yang mana jika ianya beterusan boleh membawa maut.

Dilihat sebanyak : 28826

46 thoughts on “Pengalaman Demam Denggi

  1. bang penyu, family saya pernah kena denggi 3 orang serentak, arwah mak kat PPUM, abah dengan adik kat Hospital Klang…saya juga arwah mak, kakak jaga ayah dan mak saudara ambil cuti jaga adik…time memang sukar…semoga cepat sembuh yer

  2. alhamdulilah sudah beransur sembuh…hanya mereka yang selalu kena cucuk dengan jarum saja yang tahu betapa ngerinya..tapi alah tegal biasakan..

    risa dah trauma dok kat wad selama 31 hari…rase fobia sangat…huhu…

    moga cepat sembuh yea…

  3. haihhhhhhh klu aku pun agaknye mcm ko kot. aku pun takut jarum gak huhuhuh. alhamdulillah dah sihat. member aku yg nurse pun penah kene denggi. dia kata dia rehat kt umah n togok 100plus dgn air masak byk2. itu je ubatnye kata dia la…

    apepun, syukur alhamdulillah..

    • ala..sakit cam gigit semut jer.haha.. aku malas nak citer detail kesakitan kena cucuk jarum tu,takut nnt ko fobia smp pengsan.hehe

      betul tu. aku rasa ubat dia minum air banyak², lagi bagus air isotonik cam 100plus atau gatorade.

  4. baru balik dr kampung..rupanya ada kawan blogger yang sedang tak sihat , harap² cepatlah sembuh dan kuat macam selalu untuk layan 2 anak dara + mak nya..hehe..takut jugak demam denggi ni..harap? dijauhkan lah

  5. Pingback: Slip Disc | Penyubiru's Blog

  6. assalamualaikum….
    ingin berkongsi pengalaman….anak saya berumur 13thn….baru dpt tau kena demam denggi…mula demam seminggu lps…bila 2x amik darah di klinik panel…platelet turun sgt saya terus mintak surat dr dktr transfer ke hspital selayang…dan dimasukkan ke wad 1-3/12/2011…mmg betul dktr bagi tau demam denggi tiada ubat hanya dengan banyk minum air…insyaallah lps 1 minggu ni saya akan bawk anak utk rawatan susulan spt nasihat dktr…mudah2an anak saya cpt sembuh….dengan IZINnya juga….saya sbg ibu tak sanggup melihat anak dicucuk setiap hari….hanya DIA saja yang mengetahui….

    • terima kasih kerana berkongsi pengalaman di sini. setiap orang tentunya mempunyai pengalaman unik yg mungkin dpt memberi ilmu yg baru utk diri sendiri dan org lain. moga anak anda sembuh seperti sediakala dgn izinNya.

  7. sy nk tnya bpew lma nk ambil masa untuk baik dri denggi ya??bru2 ni dr suspek tung sy kna denggi.,. dia sty ada skat hospital tp blm ada perubahan lg… kalu minum 100+ tu ok kew?? ada yg kata makn pucuk betik?? minum air dah bnyak tp mcm xda perubhn lg jeww..

  8. prnh jgk kna dmam denggi brdarah pletlet jtuh drpda 100 ke 24 je msuk ICU 4 ari nsib baik dpt kluar dri ICU alhamdulillah dh sht msa kt hospital x brhnti2 kna cucuk ngan jarum smpai dh bosn….first dmam g klinik kna cucuk kat blakg dh k lh tba2 brterusn 5 ari dmam g hspital.dok kt hspital 6ari bru kuar….pglmn yg x dpt dlupkn denggi brdarh shgga trkna paru2 berair…

  9. Saya baru kluar wad smlm. Platelet saya smlm 130. Harini rabu. Rabu minggu lepas belah mlm yg saya tetiba demam.
    Rasa phobia nak kluar rumah. Sakitnya Allah je yg tau. 100plus dah 10 botol. Walaupun dah kluar wad badan saya masih weak lg. Jumaat nanti check darah balik. Tlg doakan saya.

  10. Salam.husband sy sejak raya prtama smpai ni dah 5 hari msuk wad +ve denggi.tp plus dgn hati mmbngkak so dmam pnas xtrun coz xleh mkn pcm.da bg sup ketam,pcuk betik,100plus,mcm2 tp platele trun mpai 50 da ptg td.isau sgt.bila tnya doc,jwpnnya air yg bnyk tu je.tp husband da mnum bnyk tetap trun platelet.sy sarat 6bln ada ank kcik 2thn then kami diduga mcmni.msuk gomen je,so ada cdgn atau petua len x?

  11. Nk share pengalaman mna la tau klau ada org nk buat rujukan.
    Aku bru kua wad sbb denggi.
    Awalnya skit kpala kuat sgt pastu dmm mngejut dkat 40c. Mmg sejuk dia lain mcm, sjuk yg smpai rsa sakit. Mkn pnadol turus jap dmm. Pas tu naik blik. Dah 4 hri dmm p klinik krajaan check drah. Tngk2 pletlet turun 124. MA suruh p hsptal sg bluh, untuk moniter platlet slama bbrpa jam tp xmsok wad. Tp mmg xla aku nk p, dnga hsptal tros rsa shat. Hilang dmm jap. Dnga kat prnts aku mmg diorng rsau suruh msok hsptal private. Msa tu check pletlet naik 126. Mungkin sbb aku xnk dok hsptal sbb tu dia naik kot. Tp ttp diorng than aku msok wad jugak. Start saat tu mmg kna cucuk air ja kerja.
    Esoknya platlet turun lg 104. Dah rsau dah. Dan hari ke hari mkin turun smpai 63. 6 hri dok kat wad pas tu naik 98. Tros doc bg klua.
    Spnjng dok kat wad tu mcm2 prnts aku bg.
    1. Paksa minum air bnyk gila
    2. Jus pucuk betik(yg ni mmg terok. Lg pahit dri smua ubat yg penah rasa. Pahit sgt smpai tekak xnk trima.
    3. Susu alpha liphid
    4. Sup ketam( tp aku xminum sbb xlalu. Bau pon dah nak muntah)
    5. Air anugrah
    So aku ikot la ckp diorng minum tu semua kecuali sup ketam. Tp xnaik2 platlet makin trun dri hri ke hari. Risau, tkot ja mati time tu. Mkin hri dmm mkin ok tp badan makin lemah. Bdiri pon rsa xsedap. Lama skit brdiri pening kepala. Mmg frust sbb platlet turun xdpt kua hsptal. Dah bosan sgt dok situ hari2 tngk cartoon network ja.
    Hari last kat hsptal bapak aku beli satu bnda ni. Mineral cas. Dia capsul pecahkan capsul tu dlm air. Pastu air tu jd payau xsedap busuk. Tp minum jugak la sbb dlm internet ada baca org ckp bagus air tu. So hritu aku minum 2.5 liter air mineral cas tu. Esok tu tros platlet aku naik dri 63 – 98. Btw, msa tu aku dah stop jus betik dan lain2 sbb bnda tu xsdap dan tngk mcm xda efek pon. Sronok xkira la time tu sbb doc bg balik. Hahaha. Bukan nk promot. Tp rasa mineral cas tu mmg bagos la. So klau sapa2 kena denggi, try la benda tu. Klau nak bnda tu bgtau la sbb abah aku ada no org yg jual tu. Aku mmg xtau nak cri kat mna. Klau nak nnt aku bg no dia.
    So skrng dah dekat seminggu balik ddk rumah. Tp still smpai harini masih xok. Bdiri lama skit, pening. Bdiri lama bnyk, guna tnaga bnyk skit mmg tros skit kt tngkok pas tu skit kpala thap super smpai kna mkn pnadol. Padahal dah dkat 2minggu tp msih mcm ni. Leceh btol. Nak kerja xleh nak buat apa pon xboleh. Rugi cuti sem aku.
    Kes tulis ni pon sbb td skit kpala n dah ok skit lpas mkn pnadol. Bca kat internet pasal pngalaman dnggi org lain sbb rsau smpai hrini msih skit kpala bla bdri lma2 rupa2nya org len pon mcm tu so dah xrsau la. Tkot jugak drah tinggi ka muda2 ni.

    Ending dia, mmg aku nk recommend la capsul mineral cas tu untuk sapa2 yg kena denggi. Try la. Sbb cuma org yg penah kena ja tau mcm mna seksa dia. Sbb tu jugak la aku nak share bnda ni. Mna tau bnda ni beguna untk aku n beguna jugak untk org lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *