Ular Sebagai Pelaris Jualan

Istilah pelaris jualan memang tidak asing bagi kita. Pelaris jualan digunakan untuk melariskan perniagaan dan biasanya melibatkan perniagaan seperti restoran makanan, kedai runcit atau kedai perkhidmatan dan sebagainya. Biasanya pelaris jualan dikaitkan dengan amalan mistik dan khurafat tapi ada juga yang tidak.

Biasanya mentaliti kita, kalau nampak sesuatu perniagaan macam gerai goreng pisang makcik kat tepi jalan tu laris dan ramai orang atau restoran makanan tu selalu ramai orang berbanding restoran sebelahnya, tentu kita akan fikir gerai atau restoran tu guna pelaris. (Aku tak fikir camtu, cuma ada sesetengah orang fikir camtu) :tongue:

Antara pelaris jualan yang biasa aku dengar dan mungkin juga kamu biasa dengar adalah meletakkan poster ayat seribu dinar. Ada sesetengah restoran tu siap frame cantik-cantik dan gantung di dinding restoran. Jika kamu ke negeri utara Kedah pula, tentu biasa lihat gambar Sultan Kedah Sultan Abdul Hamid versi hitam putih (gambar di bawah) terpampang di kaunter pembayaran atau di depan pintu kedai. Gambar itu bukan diletak saje-saje tu tapi merupakan pelaris jualan.

sultan kedah pelaris jualan

Menurut cerita yang aku dengar, Sultan Abdul Hamid adalah sultan yang kuat dari segi ilmu agamanya dan mempunyai karomah. Pernah satu ketika  Sultan Abdul Hamid singgah di sebuah kedai makan dan selepas Sultan Abdul Hamid beredar, kedai makan itu tiba-tiba menjadi laris peniagaannya. Berita itu tersebar dari mulut ke mulut dan daripada kejadian tersebutlah, ada orang percaya dengan meletak gambar Sultan Abdul Hamid dapat menjadi pelaris di kedai mereka. isk..isk..ada unsur-unsur syirik tu.

Ok. Sebenarnya aku nak cerita yang aku ada terbaca dalam Mastika keluaran terbaru (Jun 2011) yang ada peniaga restoran menggunakan ular hidup sebagai pelaris jualan. Ini kisah benar (kalau Mastika tipu, aku pun tipu la).  Ular hidup itu dikatakan dibela dan disimpan di dalam satu bekas. Di dalam bekas ular itu pula diletakkan air. Dan air bekas ular itu pula digunakan untuk menyediakan makanan seperti memasak dan membuat air minuman. Makanan dan minuman itu pula dijual kepada pelanggan restorannya. Yark! Restoran peniaga tersebut memang laris dan sentiasa dikunjungi pelanggan.

Apa yang menariknya, peniaga tersebut menerima balasannya ketika berada di Tanah Suci ketika mengerjakan Haji iaitu beliau tidak boleh berjalan dan hanya mampu mengesot ketika melakukan Tawaf. Mengesot seperti ular ?

Kalau setakat gantung ayat seribu dinar atau ayat Al-Quran tu ok lagi, tapi kalau dah guna benda kotor ni, tak boleh diterima akal aa. Aku tak sangka ada orang sanggup gunakan benda kotor untuk pelanggan-pelanggannya. Yark! Aku harap restoran-restoran yang pernah aku kunjungi tak buat perkara camni. Tertiba rasa kembang tekak aku ni. :sick:

Diorang tak tahu ke, pelaris jualan yang paling bagus dan mujarab sebenarnya adalah dengan banyakkan bersedekah atau menderma. Amalan bersedekah inilah yang diamalkan oleh Rasulullah, para sahabat malah ahli perniagaan terkemuka di negara kita, Syed Mokhtar al-Bukhari. The more you give the more you get. (sumber)

Tonton video dari Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman berkenaan hukum mengantung ayat seribu dinar. Moga dapat ilmu dari video di bawah ini.

Ini pulak petua atau cara untuk mengetahui sesebuah restoran menggunakan pelaris jin atau tidak. Boleh baca di sini.

Semoga kita semua dijauhkan dari restoran yang mengamalkan pelaris pengotor sebegini.

p/s : err..ada ke orang guna pelaris tuk naikkan trafik blog? hehe :tongue:

Dilihat sebanyak : 6885

21 thoughts on “Ular Sebagai Pelaris Jualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *