Kerepek Banting @ 7F Fazz Enterprise

kerepek fazz enterprise banting

Ini cerita pagi jumaat hari itu. Aku dan 2 orang kawan aku telah menyerbu 7F Fazz Enterprise kat Banting Selangor. Bagi peminat kerepek, nama Fazz Enterprise ni tentu tidak asing bagi mereka. Orang kata (bukan aku kata), kat Banting ni terkenal dengan segala jenis kerepek dan murah-murah harga kerepeknya. Ramai penjual kerepek kat bandar-bandar mendapatkan bekalan kerepek mereka di Banting. Dan antara pengusaha kerepek yang popular di Banting ni dan namanya menjadi sebutan adalah 7FFazz Enterprise yang aku pergi ni lah.

Ini adalah kunjungan aku yang pertama (Biasanya kalu pertama kali aku sampai di seseuatu tempat menarik, memang aku akan masuk dalam blog). Perjalanan dari ofis aku di Subang hingga ke Banting ni lebih kurang ambik masa 1 jam lah jugak. Jarak perjalanan aku rasa dalam 60-70 km kut.

kerepek fazz enterprise banting

Ini waktu urusniaga Fazz Enterprise pada bulan Ramadhan ni. Aku sajer paparkan kut-kut ada yang nak pergi serbu Fazz Enterprise lepas baca entri ni. Sekurang-kurangnya korang tahu pukul berapa nak serbu kan. hehe :D

kerepek fazz enterprise banting

Mula-mula masuk dalam kedai Fazz Enterprise ni, aku begitu teruja. Mana taknya, kedai tu penuh dengan pelbagai kerepek. Aku dah jadi tak keruan nak beli kerepek apa. Last-last aku snap gambar jer dulu. Gambar plak banyak yang blur, tangan gigil campur segan sebab ramai aweks-aweks memandang. Mesti diorang fikir “1st time sampai lah tu…” hehe :lol:

kerepek fazz enterprise banting

Ini menu utama kerepek yang diorang supply kut. Tapi sebenarnya banyak lagi kerepek yang takde dalam menu tu.

kerepek fazz enterprise banting

Ramai juga pelanggan-pelanggan dalam kedai Fazz Enterprise ni. Paket-paket plastik besar berisi kerepek dan bakul yang penuh ngan kerepek kat atas lantai tu maknanya dah ada orang yang punya. Korang jangan pandai-pandai ambik kerepek kat dalam bakul hijau tu plak. Paket plastik besar tu 5 kilo kalu tak silap dan harganya aku tak check plak. Aku syak yang beli 5 kilo tu adalah penjual-penjual kerepek dan mereka akan repacking semula dan jual di tempat mereka.

kerepek fazz enterprise banting

Pelbagai jenis kerepek. Kawan aku cakap harganya lebih murah dari yang jual di KL. Aku tak dapat sahkan sebab aku tak pernah ambik tahu pasal perbezaan harga kerepek ni. Rasa nak makan, beli jer.

kerepek fazz enterprise banting

Ada satu bahagian dalam kedai Fazz Enterprise ni penuh dengan kuih raya. Ada yang buatan Fazz Enterprise, ada yang dari pembekal lain. Aku dapat tau berdasarkan sticker pada bekas kuih tu.

kerepek fazz enterprise banting

Ni kawan aku tengah membolot kesemua kerepek yang ada di rak. Pengerakannya terlalu pantas hingga gambar yang aku snap jadi blur. hehe. Dah nak masuk bakul ketiga dah.

kerepek fazz enterprise banting

Aku baru tahu kuih bangkit ni ada pelbagai jenis.

kerepek fazz enterprise banting

Kuih sepit. Ada sepit kon, sepit gulung, sepit lipat tapi semuanya berasal dari kuih yang sama. Walau apapun namanya,kita adalah satu malaysia.(Tertiba). hehe.. :lol:

kerepek fazz enterprise banting

Difahamkan, ini adalah pembelian round pertama.

kerepek fazz enterprise banting

Ini pula adalah bakul kerepek aku. Aku rasa kuih raya lagi banyak dari kerepek. hehe

kerepek fazz enterprise banting

Ni kawan aku yang lagi sorang. Aku paksa dia jadi model kat depan kaunter pembayaran. Awek cashier tu tengah kira barangan yang aku beli. Untuk makluman, kat dalam kedai tu ada 3 kaunter pembayaran.

kerepek fazz enterprise banting

Semua sekali pembelian aku berjumlah RM122.80 setelah ditolak diskaun. Ade diskaun tu jangan tak tahu. Berbaloi lah tuk perjalanan aku yang datang dari jauh ni.

kerepek fazz enterprise banting

Tengoklah kekawan aku tu. Kiri-kanan penuh dengan beg plastik kerepek yang besar.

kerepek fazz enterprise banting

Penuh belakang kereta aku. Ini barulah dinamakan memborong kerepek. Tapi semua tu bukannya kepunyaan kami bertiga saja, tapi kekawan ofis yang tak dapat join pun kirim sekali.

Untuk makluman, diorang ada sediakan sampel tuk setiap kerepek yang diorang jual. So, kita boleh rasa dulu sebelum membeli. Tapi memandangkan bulan puasa, tak dapatlah aku merasa sampel tu.

Berdasarkan respond dari kawan aku yang dah biasa beli kerepek kat Fazz Enterprise ni, diorang cakap kerepek diorang sedap-sedap. Dan malam tu, selepas berbuka, aku try makan salah satu kerepek yang aku beli iaitu kerepek jejari ubi (bukan jejariruncing.blosgpot.com yer), Sebenarnya kerepek tu tuk dijamu ketika raya nanti tapi tak tahan ngan godaan, aku bukak jugak satu. Hehe.. Dan rasanya memang sedap. Berbaloi lah beli. Rasa rugi plak beli kerepek sikit sangat sebab aku rasa macam tak sempat dihidangkan tuk raya jer ni. hehe :lol:

p/s : Entri ini sekadar berkongsi pengalaman, aku tak dapat bayaran dari Fazz Enterprise pun.

Jangan Klik : Kalau anda dapat RM10K, anda nak buat apa?

Dilihat sebanyak : 22643

44 thoughts on “Kerepek Banting @ 7F Fazz Enterprise

  1. Mak aku hari-hari pi Banting, maklum, skolah kat sana… Hoho~ Nanti bagi duit je kat beliau, beliau belikann kerepeknyaaa~~

    Selain Banting, kat Kuala Selangor pun ada jugak tempat kerepek murah nih… Eh, Kuala Selangor ke kat Sungai Besar ntah. Lupa plak haku… Hehe~ Check ngan YB ah.

  2. dari subang ke banting smp 1 jam? lalu jln mana tu bro? huhuhuhuhuhu… banting mmg terkenal dengan kerepek… masa aku kawin dulu aku borong kerepek kat kilang kerepek ni jugakla… hehehe

  3. Bro, aku try email FAZZ Ent guna hotmail tu tapi bounce…undelivered. Tak leh jadik. Hari ni jugak aku nak serang FAZZEnt. Aku dr Kajang ni..tak tahan dah dengor kesedapan kerepek kat situ!

  4. Huh…duduk dan kerja 7 tahun pun..hanya 3 kali je p sini..sebab banyak sangat kedai jual kerepek ni…tp bila dah pindah ke N9…..3 bulan sekali merayau ke kawasan kedai ni….apa pun semua kedai borong kerepek ni ok..Ros Enterprise pesaing dia pun ok…

  5. Salam.. walaupun entri ni entri lama tetap nak komen gak. uhuhu..
    Nama kedai tu sama la plak dgn nama saya. apakah ada share? haha absolutely mmg xde share. nak tau la kedai tu kat banting area mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>