
Plaza GM yang terletak di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur merupakan plaza borong yang terbesar di Malaysia. Aku pun baru tau setelah menjenguk laman web plaza GM ni.
Kenapa tiba-tiba aku buka cerita tentang Plaza GM ni? Sebab 2 minggu lepas, aku baru jer buat pertama kalinya singgah di Plaza GM. Itupun setelah saban hari aku asyik dengar cerita dari kawan ofis aku tentang ke”best”an Plaza GM ni.
“Macam-macam ada…”
“Harga murah giler…”
“Spender Barangan Angry Birds pun ada…”
Ok. Bila aku dengar Angry Birds jer, terus aku jadik angry! Erk! bukan… terus aku pun terpengaruh dan semangat berkobar-kobar tuk ke sana. Satu perancangan pun dibuat, dan akhirnya aku berjaya juga buat pertama kalinya menjejakkan kaki di Plaza GM dengan 2 orang lagi kawan aku. (Kawan yang racun aku tu la..).
Pengalaman pertama haruslah masuk blog kan.

Kancil ungu tu bukan kereta kami sebab aku tumpang naik motor ngan kawan aku jer. Senang cilok dan tak jem. Aku ambik gambar di atas sebab ada sign “Plaza GM” dan sign parking kereta.

Menurut kawan aku, kawasan parking kereta terletak di tingkat 7 (ke ting 8, tak sure). Untuk ke tingkat 7 pula, kena naik lift. Ya, kereta-kereta dalam gambar di atas sedang menunggu pintu lift terbuka. Satu lift boleh muat satu kereta dan lift tersebut adalah automatik, anda tak perlu tekan butang apa-apa.

Ini di tingkat satu. Mula-mula aku sampai di tingkat satu, “Wow! banyaknye jam..” Kiri kanan semua kedai jam.. kawan aku cakap “kalau nak tahu, inilah syurga jam..”

Jam budak-budak dengan macam-macam pilihan. Mak budak dan bapak budak nak pakai pun boleh jer.

Bermacam-macam pilihan tali pinggang (terpaksa cek kamus tuk pastikan ejaan pinggang tu betul,maklumlah orang ganu..hehe
)

Beg duit! Semuanya beg duit berjenama… (imitation la tapi)

Kawan aku ni dah rambang mata dengan aneka pilihan spek mata.

Minyak wangi berjenama pun ada…

Ini pula bahagian “syurga” tuk perempuan. “syurga” beg… Setakat beg LV tu, selamber la diorang jual..

T-shirt Angry Birds!

Sebenarnya barangan Angry Birds bukan hanya TShirt jer di Plaza GM ni, anda boleh lihat bermacam-macam barangan di”Angry Birds” kan. Dengan hanya mencetak logo atau menampal watak Angry Birds, barangan tersebut automatik menjadi barangan Angry Birds.

Mainan Angry Birds!

Aku tak pasti ini di tingkat berapa, tapi di tingkat ini pula ada pelbagai pakaian untuk kanak-kanak. Berjenama terkenal tau..

Tudung pun ada dijual tapi tak banyak pilihan sangat. Cewah..macamlah aku tau sangat pasal tudung ni.. dan pilihan yang ada..

Inilah kedai yang aku cari-cari sebenarnya. Kedai jual replika kapal terbang. Macam-macam replika kapal terbang dari pelbagai syarikat penerbangan ada.

Ini saiz besar.

Ini pula saiz kecik.

Sajer taruk gambar ni sebab tertiba kami tertarik pula dengan kecomelan tshirt ni. Dan akhirnya kami terjebak, beli tshirt ni sorang dua helai. hehe
Apa yang perlu korang tahu tentang barangan di Plaza GM ni adalah, kebanyakkan barangan yang dijual adalah bukan original (imitation) tapi bukanlah semua, ada juga barangan original dan berjenama sendiri. Barangan imitation ni pula ada gred gred tertentu. Kualiti gred yang bagus hampir menyamai barangan original dan sudah tentu harganya mahal sedikit dari gred yang tak bagus.
Dan satu perkara lagi yang perlu korang tahu, barang-barang di atas dijual secara borong. Dah nama pun plaza borong kan. Dan sebenarnya barangan tersebut adalah untuk dijual kepada peniaga-peniaga.
Jika korang yang bukan peniaga ni nak beli juga dengan harga borong, perlu beli dalam kuantiti tertentu (3,6 atau 12 biji) dan barulah korang akan mendapat barangan tersebut dengan harga borong. Sebab tu aku pergi dalam kumpulan sebab senang nak berpakat tuk beli apa-apa barangan yang berkenan.
Apa yang aku dapat simpulkan, untuk mereka yang ada ramai anak, nak beli baju tuk anak-anak, boleh berjimat di situ. Kalau nak buat birthday party dan nak cari barang tuk goodies bag, boleh berjimat di situ. Kalau nak meniaga kecil-kecilan di ofis, pun boleh mendapatkan barangan di situ.
Next time kalu ke Plaza GM lagi, aku target nak borong replika kapal terbang tu. Murah!
Plaza GM terbaek!
update : Aku dah pergi ke GM Klang !
wa….best jugak ye…nasib le slalu jem teruk kat situ..kalu x, sure aku paksa laki aku singgah hari2 time balik keje..huhu
tu la…sebabkan jem yg buatkan pikir 2,3 kali nak pergi sana. seb baik ada member bawak motor..
mcm mane kalau nk beli kalau tnggal jauh ? boleh pos tak
errr..nak join beli replika tu boleh????
terbaik punya review dari abg penyu..harus nak terjah jugak..tapi tak sangguplah pulak nak berjem..hehe..naik lif pulak tu keta
kalu tak mau jem ngan kereta, pergilah dgn motor atau LRT (turun chow kit).
keta naik lif?
scary!!!!
yup mmg scary. termasuk aku.haha
round semua tingkat sampai tingkat satu ker? Bapak pergi dua tiga tingkat pun dah rambang mata..heheh
yup. semua tingkat aku round. banyak pilihan lagi…mmg rambang mata
SALAM,
TERINGIN JUGAK NAK PERGI TAPI KEAADAAN TAK BERAPA MENGIZINKAN .
jika diizinkanNya, sampai juga nanti tu..
rahsia peniaga ni…hehehehe
orang kata kat jalan kenanga lagi banyak tapi aku tak pernah pergi sana lagi
yup…rahsia peniaga..tapi ramai dah tahu dah..:D
jln kenangan ? 1st time dgr ni..
Jalan kenanga
jalan kenanga tu kat area mna ek boleh tlg bg info sikit? 0178999187 rizalman
Kenanga Wholesale Centre (KWC). Berdekatan Stesen LRT Hang Tuah. tak penah sampai lagi tapi kawan kata kat KWC ni… tak semua kedai open lagi sebab maybe baru kot.
skrg dah banyak bukak..ada 17 tingkat semuanye…byk baju2 org pompuan..org laki ada jugak..budak2
mmg betul…Jln Kenanga pun byk dan harga pun murah
Dtg lah, utk melihat dgn lbh dekat.. Berhampiran dgn Pudu Jail. Dari situ dh nmpk dah bangunan yg tersergam. Kenanga Wholesale City..
GM Klang pun lebih kurang la.. mmg gboleh jadi gila bagi mereka yg suka perabis duit kalo datang ke GM.. pada sesiapa yg buat bisnes kecil2 pun boleh borang kat GM ni ajer…
p/s: seb baik aku bukan kaki perabis duit… hehehehe
ada org kata GM Klang lagi besar dan lagi best. tak pernah pergi lagi situ.
mak oi.. banyaknya.. banyak kali jugak dengar pasal plaza Gm ni.. ttapi tk berpeluang lagi nk pergi.. bile baca ni terus tmbah semangat nk pergi..!
fuhh…mmg teruja kalau berada di sana. seme bende nak dibelinya nanti..
mmg teruja gi Plaza GM tu…tapi nak kena berpakat dgn kekawan pa yg kita nak beli tu yg susah…that why walaupun Plaza GM tu tak jauh dr opis, tak teruja pun risa dan kekawan nak gi…coz tak sekepala nak membeli…huhu…
sesetengah kedai benarkan kita beli satu barangan tetapi harga mahal skit dari harga borong tapi still murah dari harga kalau kita beli kat luar.
betul… beli satu2 mahal sikit. contoh kalau henbeg tu… satu rm70-80.. tapi borong (minimum 3 biji) rm35… boleh le pakat2…
wahh..banyak barang baik boleh dijual nih..
yup. sesuai tuk mereka yg nak berniaga kecil kecilan..
angry birds….mak oiii dkt floor berapa? apa nama kedai tu. teman nie nk cr brg2 angry birds(goodie beg, stationery) utk birthday party ank teman, kebetulan tema party tu angry birds( nie bkn ank yg suka tp maknya yg terlebih suka lak…) boleh kongsi kat sini info.
Hari tu seme floor saya tour. Tak ingat la pula floor berapa.tapi yg saya ingat,kedai tu terletak kat korner dan ada jual byk replika kapal terbang besar.harap dpt membantu.
oic. makna nya kedai tu jual sekali replika kapal terbang tu lah ye. hahahaha…..nmpk gaya kena explore semua kedai la nie yer. thanks for the info. hr ahad bkk tak?
hari ahad tak pasti pulak bukak ke tak.
ahad… byk kedai tutup…
kl nak tau.. harga kt jalan kenanga lebih murah dr GM. kebanyakan harga kt situ dh double. tp kt jalan kenanga kena beli borong min 6 helai satu patern, lain2 warna, saiz campur2. kdg2 saiz sama tp warna campur2. yg ok kt gm ni boleh campur apa patern asal min 3 jenis..dgn rega yg dh double. pernah tgk patern n brand sama kt jalan kenanga rega RM8 n kt GM harga borong rm19..
oo..ye ke…timer kasih atas info yg diberi. nanti aku cuba try explore kat jalan kenanga pula
nt bila dh explore jgn lupa bg feedback k. tp kt jln kenanga byk jual pakaian jer..
saya dah baca review blog-blog yg dah pergi jln kenanga. hmm..nampak macam leceh skit aa nak pergi, dgn jem dan byk jual pakaian jer..
owang dah pegi byk kli dah…still jga sesat pening cari tgga eskalator naik n trun.. heheh
tp pe pun.. di sana mmg byk choice, kira sehari jga la saye shopping dalm gm tu, sampai tak sedar gm dah nk tutup.
plaza GM tutup kul bpe ek?
Nama pun dah GM = Gila Membeli..hehe
Best jgk pegi GM ni..so banyak la GM ni ye? Teringin jgk nak pegi dan nak buat bisnes kecik-kecilan..Kat jln Chow kit, Jln Kenanga dan Klang..tp mana yg paling best antara yg 3 ni..kat negeri lain takde ke?
Klang ok kot tak jem sgt..dgr kete naik lif takut gak..hahah..
murah gak replika kapal terbang yang kecik tu….selalunya kat kedai2 jual paling murah pon bole dpt rm25 satu
memang tak rugi ke sana….
Pingback: Ada Apa di GM Klang | Penyubiru's Blog
kalau pegi jalan kaki dari stesen monorel chow kit agaknye brapa lama leh sampai ke plaza GM tu??
ala 10 minit dah sampai klu dr monorel tu.
kalu tlg poskan boleh tak replika kapal terbang 2
bgs2..bln dpn smpai la ambe dinung.. blh wat jual time pose.. push bag ad jualdop dinung boh??