Orang kata, tak dapat kepala, telinga dipulasnya. Tak dapat gading bertuah, tanduk kambing pun jadilah. Tak dapat pergi Gold Coast Australia, Gold Coast Morib pun jadilah.
So, ini sambungan entry aku pergi Morib hari tu. Selepas menginap di Hotel Impian Morib pada hari jumaat, petang sabtu aku check out dan check in pula di Gold Coast Morib Resort. Lokasi Gold Coast Morib Resort lebih kurang 3-4km dari Hotel Impian Morib menghala ke Tanjung Sepat. Tak jauh mana lebih kurang dalam 5 minit perjalanan dengan kelajuan 80km/j.
Sebelum ini hanya dengar cerita dari surat khabar, kali ni aku berpeluang merasai sendiri pengalaman menginap di Gold Coast Morib Resort. Best ke? Ada apa dengan Gold Coast Morib? Berapa harga bilik ? Semua tu aku akan ceritakan.

Gambar depan Gold Coast Morib Resort. Ini bahagian sebelah kanan. Dan itulah gambar hotel yang aku menginap. 10 tingkat kalau tak silap aku.

Ini pula gambar sebelah kiri. Masih terdapat beberapa bangunan yang sedang dalam proses pembangunan. Sebenarnya Gold Coast Morib Resort ni belum siap sepenuhnya lagi, cuma bangunan hotel dan waterpark sudah dibuka kepada umum.

Ruang lobi untuk check-in. Terdapat pelbagai jenis bilik disediakan. Aku ambil bilik jenis studio. Harga bilik jenis studio adalah RM400++ ! Jangan terkejut, aku tak bayar dengan harga tersebut. Gila mahal kan. Sekarang ini masih dalam promosi dan aku dapat bilik jenis studio dengan harga RM250++ (campur tax 10% + 6% = RM290) untuk sehari semalam. Aku booking dan bayar secara online di website Gold Coast Morib.

Apa yang korang dapat dengan harga sebanyak itu. Dapat sewa bilik sudah semestinya. 2 voucher breakfast untuk dewasa dan 2 pas masuk waterpark untuk dewasa.
Dah dapat access card untuk masuk bilik, jom kita terjah bilik jenis studio yang dikatakan berkonsepkan Bali itu. (owh..Bali dilanda gempa bumi hari ini. Takziah diucapkan.)

Aku dapat bilik di tingkat 7. Lihatlah lantai common area ke bilik hotel. Bersimen biasa jer. Seperti yang aku kata sebelum ini, Gold Coast Morib ni belum siap sepenuhnya lagi.

Ini pandangan pertama apabila masuk ke dalam bilik jenis studio.





Terdapat satu tingkap di antara bilik air dan katil. Konsep Bali katakan.

Di tepi tingkap terletak Jakuzi. Nice!
Gambar seterusnya adalah gambar di dalam bilik air. Cam biasaa…aku memang suka ambil gambar bilik hotel termasuk bilik air. Biar mereka yang mencari maklumat di internet mendapat gambaran jelas keadaan sesebuah bilik. (aku memang selalu recce keadaan sebuah bilik hotel melalui internet sebelum booking).


Qariena dah tak sabar nak mandi jakuzi aa tu. hehe

Semua teruja tengok jakuzi. Maklumlah kat rumah takde. Kat swimming pool tempat aku tinggal ada tapi tak macam kat hotel ni.

Bahagian luar koridor. Aku dapat bilik yang menghadap waterpark as per aku request masa booking online. Yeah! Terbaek!!

Berada di ketinggian tingkat 7 memang agak mengayatkan juga. Tapi waterpark tu tengok dari atas memang mengujakan!

Nice kan!

Waterpark berada di tengah-tengah bangunan hotel.

Ini pula permandangan jika dapat bilik yang menghadap bukan waterpark. Dapat tengok kehijauan hutan. Selera masing-masing.

Dah habis tengok gambar bilik hotel, kita tengok pula keadaan di ground floor hotel. Ada banyak juga kedai. Kedai macam 7 eleven pun ada.

Ini kaunter untuk beli tiket waterpark atau tukar voucher pass masuk waterpark yang aku dapat masuk check-in tadi. Sebelah kaunter tu terdapat ruangan indoor games. Bayar ikut jam berdasarkan games yang kita pilih.

Ini harga tiket masuk ke waterpark Gold Coast. Dewasa RM25 dan kanak-kanak RM15. Qariena yang baru umur 3 tahun pun kena caj jugak RM15. huhu.. Bagi mereka yang menginap di Gold Coast, tiket tu boleh guna selagi anda tak check-out dan selagi anda tak hilangkan wristband yang diberi. Bagi yang tak menginap (walk-in), just datang nak mandi kat waterpark, tiket tu boleh guna satu hari.

Kami tertarik dengan deretan gazebo yang berada di gigi pantai. (pantai ada gigi ke?)

Gazebo ini tuk disewa bagi aktiviti BBQ. Kami bergambar kat depan tu jer sebab tak dibenarkan masuk. Dibuka untuk mereka yang sewa tuk buat BBQ jer.


Lepak ka pantai jap. Seronok main pasir jer. Malas nak pi rendam kaki kat pantai sebab pantainya cam berlumpur dan leceh nak basuh kaki nanti. So, layan main pasir je la.

Saje nak taruk gak gambar ni. Kunun cam seni fotografi aa…cettt..

Tak dapat merasai gazebo di gigi pantai, dapat rasa bergambar di gazebo kat tepi hotel pun jadilah.

Layan breakfast berlatarbelakangkan waterpark.

Inilah gambar wristband yang sempat kami ambil. Gambar ni diambil sebelum kami check out dan potong wristband tu. Sedihlah jugak…huhu
Owh..gambar kami bermandi manda di waterpark tak ada sebab ianya terlalu seksi untuk dipaparkan kepada umum. hehe.. (padahal aku terlupa bawak kamera masa masuk waterpark).

So, sebagai penganti, kami paparkan gambar kami layan jakuzi jer la. hehe. Aktiviti jakuzi ni kami layan selepas puas mandi manda kat waterpark.
Selama kami tinggal di Gold Coast Morib tu, kami sempat mandi-manda di waterpark dua kali (petang sabtu dan pagi ahad). Kira berbaloi aa.
Secara keseluruhannya aku berpuas hati.
Yang aku suka tentang Morib Gold Coast
Ada waterpark yang memang sesuai sangat tuk kami anak beranak ni. Waterpark tidak mengecewakan. Kemudahan masih elok sebab ianya masih baru kan.
Ada jakuzi yang juga amat sesuai tuk kami anak beranak.
1st time layan jakuzi. Dah tahu dah camne nak guna. Lepas ni tak jakun lagi. hehe
Yang aku TAK suka tentang Morib Gold Coast
Mungkin sebab ianya masih baru kut, so common area nampak macam tak best.
Hanya satu lift jer yang berfungsi untuk ke bilik yang aku sewa.
Harga bilik hotel agak mahal bagi aku walaupun dalam promosi apatah lagi tiada peti ais (baf refrigrator) , tiada hair dryer (walaupun aku tak pernah pakai)
Bilik yang aku dapat, almarinya tiada batang penyangkut baju. (lihat gambar dibawah). Aku malas nak komplen sebab aku sedar pun benda tu takde dah waktu malam. Malas nak komplen bagai sebab besoknya dah nak check-out dah.

Cerek elektrik yang disediakan juga tak berfungsi dengan baik. Suis on off pada cerek tu dah rosak tapi nasib baik masih boleh memanaskan air. Cuma tiada fungsi automatik off apabila air dah mendidih. Kena off kan sendiri bila air mendidih.
Ok. Habis sudah review aku menginap di Gold Coast Morib. Review ini atas pengalaman sendiri yang dilalui. Aku tak dapat komisen pun. Sekadar berkongsi pengalaman. Moga ada yang mendapat info sedikit sebanyak.
wallawey… kalo x nginap kat hotel ni boleh tak masuk kat waterpark tu? bole kan? kan? hehehehehehe setakat kat morib je x berbaloi la aku nak sewa hotel bagai.. dokek aje ngan rumah den… hehehehehe
kalu tak nginap pun bleh pergi waterpark tu. kan aku dah mention dalam entry ni. isk..isk.. teruja sangat la tu sampai tak perasan aku tulis.hehe
memang terperinci giler..eh..hehe..kalau tak dapat gambarn lagi tak tahu lah..
memang mahal woo..even after diskaun tuh..hehe
tu la..mahal kan…tapi takpelah,skurangnya dah pernah rasa….
haha..jumpa sini balik time google…baru beli voucher td RM150 2hari 1 mlm..
hehe..antara entri popular.. Rm150 tu kira murah tu..masa check-in,request bilik view water park yer..
bestnya…asik g jalan je ko ni…
ada peluang dpt berjalan, kita jalan je…hehe
dpt bercuti dgn keluarga, kat mana2 pun best kan?
yup. dpt bercuti ngan famili mmg best…
tak pernah sampai morib lagi. baru sampai bagan lalang :p
menarik gak sbb ada water park. so, ada jugak xtvt bebudak.
tempat makan senang cari tak area situ??
tmpt makan tak banyak. kat pantai morib tu ada food court, pahtu kat tepi ada ada 1,2 restoran
wah waterpark tuh yg best tuh. ;)) btl2 round morib ye.
hehe… dah alang-alang berada area situ…round seme aaa..
ada juga plan nak kesana ni
pergi jgn tak pergi…:D
haha..tak jadi aku nak beli salah satu villa diorang yang kat laut tu bila baca survey ko nih..diorang kene buat sesuatu dulu nih..
maybe lepas siap seme prasarana nnt tentu tempat tu lagi menarik kut..
cukup detail lengkap… tapi mahal ya ampun rege bilik… abeh-abeh aku pegi waterpark ajela ot… dekat dah sesangat ngan umah… baru sejam je perjalanan pegi… hahahahah
kalu ko dah duk area situ,pergi waterpark je la…tapi kalu teringin nak berendam dalam jakuzi,kena sewa bilik aaa.hehe
information yang sangat detail… dh saya puas ati smpai x der ape yang nak di tanyer… mengikut perangan nak gi mnggu ni.. dh request utk bilik yang mengadap team park.. hrp2 dapt sbb staff tu kate depend mase check in nanti kalau ada…
Nak pergi sana 9/12/2011 ni atas tajaan Fakulti. Mandi kat waterpark tu kena pakai pakaian renang ke?
kalau ikutkan rules kat situ kena pakai proper swimming dress, tapi masa saya mandi kat situ, ada jugak yang pakai tak ikut rules. cuma yg pasti, kalau pakai tak ikut rules tak bleh main sliding, nnt lifeguard akan tiup wisel.
Boleh tak bawak makanan sendiri dari rumah..?
hari tu saya ada nampak satu famili bawak bekal cam nak berkelah masuk dalam waterpark tu. so saya assume boleh kut..
ee x sbr nk check in ptg nih best ke x lalui je hihihi tq bg info
harap awak sekeluarga seronok berada di sana.
Superb. Komen-komen yang tepat dan ringkas serta ikhlas. Terimakasih atas usaha anda. Saya memang mencari pandangan sebegini sebab saya tak tahu apa yang saya terjebak. Sebabnya saya dah beli satu unit sejak tahun 2008 lagi dan tak pernah jejak pun tempat tu. Rasanya unit saya yang beli tu tak siap pun lagi. Asyik dok bayar membabi buta aje saya ni. Rasanya projek tu akan berjalan sampai habis laa kot. Thank you for your observation and comments
sama-sama.
saya rasakan kawasan tersebut bakal naik tidak lama lagi.
Salam…bro thanks atas gambar2 yg telah awak sertakan. Sedikit sebanyak dpt gak info yg berguna utk saya pergi ke sana minggu ni,.
sama-sama. saya sekadar berkongsi utk kemudahan lain sebab saya pun suka cari info dulu sebelum bercuti ke satu-satu tempat.
Hi,
Saya nak tau dengan itu water park izit sure to wear swimming suite? Atau tak payah pun boleh? THX…
hi..kalu ikutkan memang kena pakai proper swimming suit,tapi saya tengok ada juga yg tidak ikut rules tersebut. tapi yg pastinya, jika tak pakai proper suit,tak boleh guna sliding yg ada staff jaga.nnt diorang akan tiup wisel.kalau setakat mandi jer,diorang tak kacau.
rm290 inclusive of breakfast? any comment ngn bfast? sedap ke tak sedap?
yup. termasuk bfast dan 2 tiket masuk waterpark. bfast tu biasa biasa ajer.
Wah..bestbest,..hehehe berbaloi r kowt g honeymoon for 10 years anniversary,.. nak gi GC Australia x mampu,..ngeeee
mmg kena byr deposit tu guna kad kredit yer kalu booking online?
harga sewa hotel byr online tapi Deposit tu byr masa check in kat kaunter hotel tu.
maaf ya, nak tanya saya baru first time booking cara on line, apa maksudnya bayar sewa hotel tapi deposit tu bayar masa check in kat kaunter. masa check in kena bayar apa lagi ya sebab saya dah bayar masa on line.kalau boleh tolong jelaskan tak berapa faham.tq
bayaran deposit tu kiranya cam bayaran jaminan.masa check out nanti,duit deposit tu akan dikembalikan.
ada promosi skrg ni kat everyday.com.my
http://www.everyday.com.my/coupons/tr/goldcoastmorib2.htm
thanks atas info yg diberikan.
mcm mne ngan management hotel?ok x?sbb ade terbace complain yg ckp nk check in amik mse berjam2…bilik xsiap kmas n mcm2 lg…
masa saya pergi tu,semuanya berjalan dgn baik.maybe tak ramai orang kut time tu.
nice info and photo..selama nih dok cari info pasalhotel nih sebab dah booking 7 bilik bulan 3 nih..tap tu lah staff dia tak fully trained lagi.. nak buat bbq memula kata boleh dengan sewa 180…lepas tu dorang call balik dorang boleh confirm 3 hari sebelum date…sebab tempat membakar tu ada 3 jer…pastu la nih dorang confirm balik no outside food..kena amik ngan dorang dewasa 60 kanak2 16…min 30pax….. mahal weh….tgk gambar nih kat gazebo tu macam boleh je main redah kan.., tak pasal2 or tiup wisel kang. hehehehehe
mak aii… mahalnya kos bbq tu..pandai diorang carik duit.. thanks juga sebab berkongsi cerita.
Busuk lagi tak…hari tu saya pergi masyAllah bau ….taik ayam..kan ada kilang buat dedak ayam kat situ..foodcourt yang terdekat pun…alahai…lalat penuh. Ini semua buat spoil mood nak gi ja…
kalau berada kat area parking tu,bila angin dari kilang dtg,mmg berbau aa, tapi seb baik dpt bilik menghadap waterpark.
Soryy..for me this place is not gud as mentioned..the service at front office unefficient..baru ada a few group msk da gelabah..AM langsung x nmpak btg hidung..kwn i yg register jam 12tghari td pon smpai skang da jam 5 blom dpt kunci bilik..apa ni????i lagi la..mlm bru dpt.kunci..kt mana silap?FO @ hskping?emsntara menunggu…lepak la coffee house..sbb penat tggu kunci blk x dpt2..service kt sini pon suck..order mango juice..hantar pakai bungkus mcm beli air tebu kt psr mlm..standard apa gold.coast ni????serious..memalukan
lately ni byk terima komplen ttg GCM ni.. seb baik masa saya pergi,tak mengalami situasi camni. Harap pihak pengurusan GCM ni ambil perhatian serius atas komplen customer diorang…
Kalau masa dekat water park tu mandi pakai tudung takde masalah kan? Wajib pakai swim suit ke?
tq sudi kongsi info…memang tengah survbei2 tempat ni….teringin nak gi macam best jer…tapi ada juga terbaca komplen2 tu mcm takut ler plak…hehe…tertarik kat water park tu…
sama2..
ada jugak terbaca komplen tu..tapi tu mungkin sebab time cuti kut..org ramai..tapi terpulanglah kan..
dgn bilik ni bole ke kita bawak anak lebih dr 1 (umo 7-12) walau pon breakfast hnya utk 2 org.??
baru balik dari sana last weekend. overall comment ok la..cuma time malam bau yang tak menyenangkan akan datang bersama angin. mula mula ingatkan bau pampers anak dalam bilik..sekali bukak pintu..masya allah bau lagi kuat mcm ada najis je kat depan pintu…sekali sembang ngan guard kat bawah..katanya bau ni datang dari ladang ternakan babi yang x berapa jauh dari hotel..fuhhh…power tul bau dia..sampai dalam bilik yang fully tutup pun boleh tembus…memang semacam la..
masa saya pergi tu tak bau pula, mungkin sebab bilik saya view waterpark kut.
plan nak ke sana next week tapi bila terbaca komen-komen yang diberi rasa takut pulak. maklumlah kita datang dari jauh takut tak berbaloi. bayar mahal sikit pun tak ape asalkan servis bagus. bila sebut pasal bau yang kurang menyenangkan tu hilang rasa ghairah untuk ke sana.
masa kami duduk,dapat bilik view waterpark,takde bau.
byaran deposit mse check in tu brape ye?nk request bilik mgadap water park mse check in tu ke atau mse booking by call?smlm booking tarikh nk pg tp lupe nk request bilik mgandap waterpark…