Hero, Kucing Yang Dipotong Kedua Belah Kaki

mastika kucing potong kakiRasanya para peminat majalah Mastika tentu sudah mendapatkan majalah Mastika keluaran November 2011 iaitu keluaran terbaru sekali. Aku baru beli semalam majalah tersebut.

Majalah Mastika memang menjadi bahan bacaan aku setiap bulan. Tidak pernah terlepas membacanya. Biasanya jarang aku share kan apa yang aku baca dalam Mastika di blog ini. Aku andaikan, semua pembaca blog ini merupakan pembaca Mastika. Tetapi kali ini aku amat tertarik sekali untuk berkongsi satu artikel menarik dan menyentuh hati dalam Mastika keluaran November ini.

Kisah seekor kucing yang dipotong kedua belah kaki hadapannya oleh “seekor manusia” (atau layakkah digelar manusia) kerana dipercayai mencuri ikan di sebuah restoran. Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. Korang boleh bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu. Sedangkan jari kita terluka terkena pisau pun, pedihnya bisa buat tak karuan seketika, inikan pula dipotong kakinya dalam keadaan hidup-hidup. Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh.

Kini setelah 6 tahun berlalu, kucing yang diberi nama Hero itu telah pulih sepenuhnya. Hero mampu berjalan dan melompat walaupun kudung kedua kaki depannya. Melihat ketabahan Hero, timbul rasa simpati. Sampai hati betul “seekor manusia” itu sanggup memotong kaki Hero.

Hairey atau kini mahu digelar Papa Hero turut berkongsi pengalamannya membela Hero dan juga kucing-kucing lain di blognya – kakimotong.blogpot.com Papa Hero juga turut memuat naik video-video aksi Hero dan kucing lain di youtube.

Video di bawah menceritakan serba sedikit tentang Hero – kucing yang dipotong kaki

 

p/s : Manusia sekarang semakin kejam….

Dilihat sebanyak : 10755

35 thoughts on “Hero, Kucing Yang Dipotong Kedua Belah Kaki

  1. Aku baca mastika, tapi cuma kalau it’s there and there’s nothing else. Nak beli, memang takde la… hehe~ :D

    akak aku dah bape kali pegi umah beliau ni mengantorkan anak-anak kucing yang orang buang dekat area umah kitorang… kitorang nak bela sendiri memang tak dapatla…

    tapi memang sadis betul manusia yang sanggup buat gitu… tu yang budak tomboy pegi sepak/pijak/cucuk anak kucing sampai mati tu pun kejam gila… memang kalau aku dapat, aku buat balik kat dia camana dia buat kat kucing tuh… Geram owh.

    • taktik nak baca buku free aa ni…hehe…

      ooo..maknanya ko kenallah orang tu yer….

      ala..ko cakap je nak buat camtu kat org tu, tapi kalu ko jupe orng tu,tentu ko tak buat kan.ehehe..

  2. tq for sharing sbb kaloi memang tak langgan mastika huhuhu
    sgt sedey kowt tgok kucing takde kaki
    sdgkan kucing sndiri sakit terhenjot2 punn kita daa risau
    ape tah lagi tnpa kaki
    zalimkann…pe nak jadi org zmn skrg… tp tak mstahil kann
    mnusia punn ade jerk sggup bakar, kelar, bunuh iskkk nauzubillah

    • yup. aku mmg minta perkara mistik ni. dan yup, dulu aku baca variasari tapi pinjam jiran sebelah punyer sebab masa tu aku mana ada duit sendiri lagi.sekolah lagi taim tu. lepas masuk U aku dah tak baca dah variasari sebab citer dia cam mengarut dan banyak kisah dari seberang dan berlaku puluhan tahun lampau.

  3. aku pun beli tetiap bulan. hehe

    pasal hero ni dah lama aku baca. rasanye thn lps ade dorg letak kt fb videonya. sedih.. meleleh2 laaa airmata daraku hohoho. byk pahala mamat yg selamatkan dia ni, mesti hari2 kucing tu doakan dia. ya Allah.. Kau sajelah yg dapat balas jasa mamat ni T__________T

  4. selalu gak saya nengok video hero ni………dah setiap kali itu jgk airmata saya menitis………betapa dunia hari ini semakin dipenuhi manusia2 kejam lagi b’hati binatang……..buang baby…….dera binatang……….rorgol ank sendiri…….bunuh ahli keluarga sendiri & mcm2 g…………sepatutnya manusia yg potong kaki Hero ni patutnya dihukum dgn cara yg sama…….biarkan dia pulak merasa kesengsaraan yg ditanggung si kucing bernama HERO ini………….semoga Allah akn melaknat dan menghukum dgn seberat2 hukuman di HARI PEMBALASAN!!!!!! nanti………..TUNGGUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  5. adakah si pelaku telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa…jika belum sudah tiba masanya si pelaku dihadapkan ke muka pengadilan…pampangkan wajah si kejam ini di seluruh media massa…

  6. hem!!manusia yang x berperikemanusiaan betul!!sanggup potong kaki haiwan kesayangan nabi muhammad!!sanggup dipotongnya kaki kucing yang tidak berdosa tu…hanya kerana sepotong ikan je…manusia itu memang zalim!!!

  7. Saya ada seekor kucing baru kena langgar pagi tadi. Dengan perut terburai dan saya telah bwa pergi klinik haiwan swasta, kos angaran dalam 5 ke 600 mcm tu. Susahnya hati dgn duit xde time mcm ni. Saya pun x tau nk wt pe dgn kucing ni. Kalau saya ni dokter haiwan boleh rawat sendiri. Kucing ni pun masih bernyawa lg. Ada siapa2 yg boleh beri pendapat x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *