Menginap di Hotel Impian Morib

Hujung minggu lepas, kami anak beranak telah pergi bercuti ke Morib. Cewah..cam karangan SPM plak.

Sebenarnya, wife aku ada kursus di Hotel Impian Morib. Nak tak nak, aku dan anak-anak kena ikut sekali. (cehh..ayat cam terpaksa pergi jer padahal memang nak ikut pun.hehe :P). Ye la kan, takkan aku sorang-sorang layan karenah anak di hujung minggu, wife aku syok berkursus kat hotel kan, so baik ikut sekali walaupun hakikatnya aku masih kena menjaga karenah anak-anak. Takpelah asalkan sambil menjaga anak sambil bercuti.

Hotel Impian Morib

Ok. Ini pintu masuk ke Hotel Impian Morib. Sempat lagi snap gambar sebelum masuk.

Hotel Impian Morib

Ruang lobi utama Hotel Impian Morib. Banner tersebut tiada kaitan dengan kehadiran kami anak beranak yer.

Hotel Impian Morib

Ini dia bilik hotel. Terdapat dua tingkat. Kami dapat bilik yang bawah. Berdasarkan maklumat yang aku lihat di laman web Booking.com, terdapat dua jenis bilik di Hotel Impian Morib, satu jenis macam dalam gambar di atas dan satu lagi adalah jenis chalet. Harga untuk bilik seperti di atas adalah RM181.05.

Mari kita lihat macamana rupa di dalam bilik tersebut.

Hotel Impian Morib

Ada dua katil – satu queen (kut) dan satu single. Just nice tuk kami 4 beranak ni.

Hotel Impian Morib

TV bukan LCD tapi ada channel ASTRO. Itu sudah cukup baik.

Hotel Impian Morib

Hotel Impian Morib

Laluan pintu masuk. Kiri bilik air dan kanan adalah almari pakaian dan peti ais bar (bar refrigerator).

Gambar seterusnya pula adalah gambar di dalam bilik air. Jangan gelapkan monitor anda kerana tiada gambar terlampau yang akan dipaparkan. :P

Hotel Impian Morib

Hotel Impian Morib

Hotel Impian Morib

Hotel Impian Morib

Bilik kami menghadap kolam renang. Memang syok skodeng ni. haha.. Kalau nak pergi swimming, boleh keluar ikut tingkap tu. Batrisyia dah cuba! hehe.. :D

Hotel Impian Morib

Biasalah budak-budak. Kalau dah nampak kolam renang tu,memang tak karuan jadinya walaupun kat tempat tinggal kami dah ada kolam renang.

Hotel Impian Morib

Batrisyia begitu teruja dapat mandi. Cuba lihat budak baju berbelang kuning tu melarikan diri. Mungkin takut lihat cara terjunan Batrisyia kut. hehe :D

Hotel Impian Morib

Qariena tak mahu mandi. So layan ambik gambar la..

Lepas tu kami jalan-jalan di sekitar Hotel Impian Morib tu. Kami berjalan ke arah pantai yang terletak di belakang hotel tersebut. Di belakang hotel tersebut juga terletak chalet. Harga chalet di Hotel Impian Morib menurut laman Booking.com ialah RM215.50.

Hotel Impian Morib

Ini bahagian depan chalet.

Hotel Impian Morib

Ini pula bahagian belakang chalet. Bahagian ini menghadap pantai Morib. Memang nampak menarik dan mendamaikan.

Hotel Impian Morib

Ada kawasan untuk mereka yang mahu bersenam atau melakukan aktiviti berkumpulan.

Baru aku perasan aku lupa ambil gambar pantai. Sebenarnya kami tak boleh jejak kaki pun kat pantai tersebut sebab dipisahkan dengan tembok yang tinggi. Ala-ala macam tembok kat waterfront aa. Lagipun pantainya berlumpur kat kawasan tu.

Hotel Impian Morib

Ini pula menu yang terdapat kat Hotel Impian Morib. Bagi aku harganya amat berpatutan.Daripada aku bersusah payah keluar cari restoran makan yang aku sendiri tak tahu kat mana, sejauh mana, nak bawak anak-anak lagi, so baik order kat hotel jer. Senang.

Hotel Impian Morib

Ini pula kolam yang terdapat di antara lobi hotel dan bilik hotel. Ada ikan koi dan kura-kura. ke tuntung ntah…aku tak pasti..yang pasti ianya bukan penyu. hehe :D

So, itu sahaja review aku untuk Hotel Impian Morib.(Hotel Impian Morib kena bagi komisen kat aku ni sebab tolong review. :p)  Sekadar berkongsi pengalaman untuk mereka yang mencari maklumat tentang Hotel Impian Morib.

Pendapat aku tentang hotel ini, ia sebuah hotel yang selesa dan sesuai tuk seiisi keluarga. Harga berpatutan dan servis fasiliti yang ditawarkan tidak mengecewakan. :P

Dilihat sebanyak : 20356

22 thoughts on “Menginap di Hotel Impian Morib

    • biasanya mmg camtu,sebab kita dah tinggal disitu,so buat apa menyewa hotel kan. samalah saya pun,hotel kat tempat saya tinggal pun saya tak pernah jejak.hehe

  1. Pingback: Ada Apa Dengan Pantai Morib | Penyubiru's Blog

      • patut ko tanya orang kat situ. dekat aje. jalan kaki pun sampai. kalau ko follow terus dari pantai lama ke pantai baru pun boleh. tapi penat sikit la bertapak. dia hujung sikit sebab situ airnya tak berapa dalam. kalau pantai lama ni..memang air pasang aje memanjang. haha..

  2. Pingback: Gold Coast Morib Resort | Penyubiru's Blog

  3. Pingback: BakauGruv Kampung Resort @ Tanjung Sepat | Penyubiru's Blog

  4. bgos tntg info..by the way..try la bagan lalang…for couples yg halal pown sronok gak…hrga berpatutan! sekitar rm200! air psang sekitar jam 4 o 5 ptg..sunset pown cantek! kemudahan byk!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>