Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika ke i-City @ Shah Alam

Fuhh…lamanya blog ni tak ber’update’. Banyak bahan nak dicoretkan tapi kekangan masa plus kemalasan sikit-sikit, membuatkan momentum aku untuk berblog agak sifar. Alasan.. :D

Memandangkan sekarang ni musim sekolah, so entri aku kali ni pun bertemakan cuti-cuti Malaysia. Tempat pertama yang kami pergi sebaik bermulanya cuti sekolah adalah i-City. Haha…Padahal i-City tu takdelah jauh mana dan boleh pergi bila-bila masa, tapi saje je lah nak ambik mood cuti-cuti sekolah tuk berjalan-jalan.

Untuk makluman, inilah kali pertama kami anak-beranak sampai ke i-City. Ini menjawap persoalan kenapa gambar di bawah ni jelas mengambarkan keterujaan anak-anak aku walaupun sebenarnya baru 2,3 langkah kami keluar dari kawasan parking kereta :P

 

i-City Shah Alam

So mari kita layan gambar-gambar yang aku sempat snap sekitar perjalanan aku berjalan-jalan di sekitar i-City.

i-City Shah Alam

Kerusi berputar ala-ala macam kat Genting Highland tapi tak selaju dan setinggi kerusi berputar yang kat Genting tu. Bayaran RM5 sorang.

i-City Shah Alam

Ini pula kuda berputar bertingkat. Dua tingkat sebetulnya. Bayaran RM5 sorang.

Masa lalu kat kawasan kuda berputar tu, anak-anak aku dah sibuk-sibuk nak naik dah sehinggalah mereka nampak benda alah dalam gambar di bawah ni.

i-City Shah Alam

Korang nampak tak ? Cable Car ! Aku tak pasti kenapa diorang namakan Cable Car sedangkan benda alah tu tak bergayut pada kabel pun. Aku rasa nama yang sesuai adalah Mini Tren. Aku rasa lah.. maafkan jika apa yang aku rasa ini salah. :D

i-City Shah Alam

Anak-anak aku sudah teruja mau naik itu cable car. So, kami belilah tiket untuk naik cable car tu. Bayaran RM10 per cable car. Satu cable car boleh naik maksima 2 orang. Kami 4 beranak so bayarannya RM20.

Kami beli tiket cable car kat area kuda berputar tu (jauh sikit dari stesen cable car). Apabila kami sampai kat stesen cable car tu, tu dia! punyalah panjang “Q” nak naik cable car tu.

i-City Shah Alam

Mulanya aku & wife dah give up dah, tapi anak-anak telah memberi kami semangat untuk beratur sehingga ke titisan terakhir. Mana taknya anak-anak aku tak mau berganjak dari tempat tu. Nak naik cable car jugak. Sebelum lebih banyak drama dan adegan yang tak diingini berlaku, kami pun layankan ajer lah..

Sambil-sambil beratur tu, snap gambar apa yang patut.

i-City Shah Alam

Ini kedai makan tempat orang ramai makan. Ada pelbagai jenis restoran termasuk restoran Arab (membawa maksud, ramai warga Arab berkunjung ke sini)

i-City Shah Alam

Gambar kedai makan lagi. Aku tak pasti macamana ada kereta boleh parking di kawasan tersebut. Mungkin mereka pekerja kat situ.

i-City Shah Alam

Kami beratur betul-betul di bawah landasan cable car. Risau juga kami takut salah satu tayar cable car tu tertanggal dan terpelanting mengenai kepala kami (macam kes roda monorel hempap kepala wartawan)

i-City Shah Alam

Penantian satu penyeksaan. Dalam setengah jam, akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang kami tunggu-tunggu. Lagi 2,3 pasangan, lepas tu giliran kami.

i-City Shah Alam

Cable car dah sampai. Jangan risau, ada staff yang akan bantu anda keluar dan naik dari cable car tersebut dengan selamat.

i-City Shah Alam

Inilah rupa cable car yang sempat aku snap. Futuristik!

i-City Shah Alam

Gambar ni aku snap ketika cable car yang aku naik mula bergerak. Kat depan aku tu cable car yang dinaiki oleh wife aku dan Batrisyia.

i-City Shah Alam

Tetiba terasa gayat seketika. Orang Kedah cakap kecup teluq.

i-City Shah Alam

Cable car melalui rimbunan pokok yang bercahaya. Maaf kerana kualiti gambar kurang memuaskan sebab aku memang sengaja buat gambar camtu tuk mengambarkan cable car yang sedang aku naiki bergerak selaju kereta F1. haha..

i-City Shah Alam

Qariena begitu teruja ! (seb baik ketinggian Qariena lebih 90 cm,kalu tak tak bleh naik). Lagi gambar kurang memuaskan yang aku snap dari dalam cable car yang bergerak. Ya, ketika cable car sedang bergerak aku snap gambar. Giler hebat kan. haha..

i-City Shah Alam

i-City Shah Alam

Perjalanan satu pusingan cable car tu aku kira mengambil masa dalam 10 minit kut atau kurang. Jadilah buat layan anak-anak..

i-City Shah Alam

Ini gambar kat sekitar i-City. Kami pusing-pusing sekitar tempat tu jer.

i-City Shah Alam

Sampai kat i-City, kalu tak beli benda alah yang bercahaya tu memang tak sah. Lagi-lagi kalau bawa anak-anak. Layankan ajer…

i-City Shah Alam

Lepas tu sebelum balik walaupun mata anak-anak aku dah mengantuk, sempat lagi diorang request nak naik kuda berputar tu. So, aku dan anak-anak jer naik. Nak biarkan anak-anak naik , macam tak yakin terumatanya Qariena tu, so terpaksalah aku yang macho ni join sekali. Walaupun aku tak naik kuda berputar tu, just berdiri kat tepi pegang anak aku, tapi aku still kena bayar RM5 jugak. huhu..

Sebelum balik, kena bayar parking dulu. Autopay. Dari jauh kami dah nampak satu barisan panjang menuju ke mesin Autopay. Aduss..kena beratur lagi…

i-City Shah Alam

Bila giliran aku sampai kat mesin Autopay tu, aku nampak notis di bawah.

i-City Shah Alam

Cesss… rupa-rupanya bayaran masuk adalah RM10 per entry. Bukan kira jam, kira per entry. So, boleh bayar masa mula-mula aku sampai yang mana masa tu mesin autopay tu takde sorang pun beratur. Cesss…cesss…dan cesss… Kenapalah diorang tak tampal notis tu kat depan mesin autopay. Ini tidak, notis tu ditampal di sebelah kanan di mana jika korang nak balik baru perasan notis tu. huhu…sabor je la..

Itulah dia jalan-jalan kami di i-City Shah Alam. Kami tak sempat nak pergi ke Snowalk. Next time mungkin boleh try.

So, apa perkara yang anda perlu tahu jika ke i-City ?

  1. Bayaran masuk RM10. Masa anda mula-mula masuk (dengan kereta) , ambil tiket parking. Lepas dah parking kereta, jika terjumpa mesin Autopay, terus bayar parking anda tu. Anda boleh keluar bila-bila masa. Jika bayar masa nak balik, mungkin anda kena beratur panjang.
  2. Harga makanan kat situ memang mahal skit. Standard aa tu, tempat macam tu kan, apa yang boleh anda expect kan… Oh ya..ada restoran KFC kat dalam tu.
  3. Bayaran setiap permainan aku dah nyatakan seperti di atas.
  4. Kawasan parking (masa aku datang tu malam minggu) terletak di kawasan lapang tengah padang. Biasanya jika parking di kawasan ini, time nak keluar parking amat sedikit mencabar, itupun jika korang nak balik ketika semua orang berpusu-pusu nak balik. So, tuk elakkan bersesak-sesak ketika keluar parking, pandai-pandailah korang pilih timing nak balik.

Ok. Rasanya itu je lah yang sempat aku kongsikan pengalaman aku ke i-City. Selamat menjalani hari-hari cuti anda.

Dilihat sebanyak : 28613

24 thoughts on “Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika ke i-City @ Shah Alam

  1. hehehehe aku kalo nk g I-City ni 5 minit je dari rumah.. tp aku sampai sini sekali je.. itupun pusing setengah jalan jer… tempat yg ko sebut kat atas semua tu aku x pegi lg.. hahahaha kesian tul org yang duk dekat ni kan.. dekat pun x pegi2 lg.. apala… tp yg pasti aku nak masuk kat snowalk tu aje.. yg lain2 xmo la.. anak aku pun kecik lg.. x sesuai nk naik cable car dgn kuda pusing tu.. hehehehe bila nak pegi aku pun xtau.. rasanya tunggu yang dlm perut aku ni kelaur dulu la baru pergi.. hehehehehe

  2. perghh dah maju. aku dah pegi 3x, last aku pegi masa tu dah start kene byr parking RM2 kot? skrg dah RM10 malas dah aku nak pegi. tp mcm makin best je.

    apsal laaa semenye mahal2 neh. cekik darah beteii

    typo penyu yg menarik perhatian aku hari ini : TERUMATANYA. sekian terima kasihhh

    • makin hari makin ramai.kos elektrik semakin meningkat kut, harga barang makin meningkat, tu pasal diorang naikkan kos kut.hehe..

      aku saje jer kasi typo supaya ada org perasan.hehe..

  3. masa aku pegi dulu parking berbayar blom ada, tapi memang jenuh gila nak carik parking… kedai-kedai pun banyak belum ada tenant… semua mainan tu blom ada… so maybe, just maybe, bolehla melawat skali lagik next time… :D

  4. Baru jek g mlm td buat kali yang ketiga……mmg dh best tempat ni…dlu masa 1st pegi…xde byr pa pe pon masuk…bgunan pon semua baru2..org pon tak rmi….2nd time pegi…dh kena byr masuk rm10..tp masa tu lom ada mainan2 tu semua..tandas pon xde…kedai mkn pon xbyk…kfc,maybank semua lom ada….tetiba kali ketiga g mlm td…WAHHHH…!!! btol2 dh brubah…..menarik..tertarik…kau mmg da boom….

    • kami pun sebenarnya dah lama nak pergi tapi tertangguh tangguh sampailah malam tu kami sampai juga. lepas ni mungkin kalau pergi pun sebab nak try rumah salji tu.

    • Yup. Bayaran masuk rm10 per kenderaan.bukan per individu.motor tak pasti pula.tapi byrn masuk dikenakan bermula petang kut.tak pasti kul berapa.

  5. I-city ni xyah la pegi..pnipu..especially..snow walk …byar nye mahal gile 35 hinngit..tp dalam selekeh…paip merate…dengan beam nye mcm rumah x siap..ade la rse cm lalu kt tmpat paking..tp sjok…. lpas tu xbley bla..dlm kne lg sewe baju sjok..kasot n stokin…tu je da dkt bpe pluh sorang..n x ley blah baju tu butang ngn zip pown rosak..come on la..btol2 kne tipu….. berie la kaya an tokey i city tu..

  6. Pingback: Snowalk i-City Shah Alam | Penyubiru's Blog

  7. Tolong bagi info about transport to I-city from KLIA 2…Saya ada plan untuk pergi kesana sewaktu saya transit di KLIA2…saya tunggu info nya…Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>