
Sebelah kiri tu anak aku, Qariena, 4 tahun. Sebelah kanan tu pula sepupu Qariena, Qaseh namanya. 3 Tahun. Namanya panjang tapi aku ingat Qaseh jer.
Qariena lahir di KL, dibesarkan di KL. So orang KL la kan.
Qaseh pula lahir di Kedah, dibesarkan di Kedah. So orang Kedah la kan.
Qariena, walaupun sudah berusia 4 tahun, dah masuk tadika dah pun tapi masih pelat dalam percakapan, manakala Qaseh tidak pelat dalam bercakap. Cakap terus orang kata.
Diorang berdua ni memang suka bermain bersama-sama walaupun jarang berjumpa. Kira boleh masuk aaa.
2,3 hari lepas kami balik kampung, Qariena suka aaa dapat bermain bersama BFF dia tu. Seronok tengok diorang berdua bermain bersama. Tambah melucukan bila sorang cakap KL, sorang cakap Kedah.
Ada sekali tu masa kami tengah bersiap-siap nak ke TESCO. Diorang berdua tengah bermain bersama. Diorang berdua dah siap dah berpakaian kemas dah. Sambil kami tengah bersiap tu kami dengar lah perbualan mereka berdua.
Qariena : “Qaseh nak pergi Teco tak ? “
Qaseh : “Bukan Teco, Tesco la…”
Qariena : “Teco…..”
Qaseh : “Tesco…”
Diorang berdua bertegang leher pasal perkataan Tesco tu. Lawak betul…budak 3 tahun mengajar budak 4 tahun. hehe..
Di waktu yang lain pula, ketika mereka berdua bermain, wife aku terdengar diorang bertegang leher lagi.
Qariena : “Tak muat la…”
Qaseh : “Bukan..tak celus celuih la..”
Qariena :”Tak muat la…:
Qaseh : “Tak celus celuih..”
Haih…macam ni la jadinya bila budak KL jumpa budak Kedah. Hehe….
Kalau budak KL jumpa budak KL macamana pulak ? Tengoklah gambar kat bawah ni…

Dah tak bersembang dah…layan Ipad jer…
Dilihat sebanyak : 373
perbezaan loghat pun boleh jadi gaduh kalau budak2 ni..
samalah dengan anak2 buah saya kalau balik kg
yang duk kl bahasakan diri ‘kita’
yang duk utara bahasakan diri ‘kami’
gaduh budak budak apala sangat kan.hehe…
celuih la celuih.ahahahhaha
ko blk kedah ke CNY bebaru nih?
hehe..aku nak tulis yg tu aa tapi tak reti nak eja. ni org kedah dah tolong habaq,aku betulkan semula aa.hehe..
yup.aku balik 3 hari jer.sabtu balik kg,isnin blk kl.
comel kekadang melayan kerenah anak2 yang mencuit hati…
a’aa…bisa buat kita terhibur ngan telatah diorang ni..
teringat zaman budak2 dulu.. budak Terengganu jumpa budak Singapore.. duk ejek ler sepupu cakap singapore “aku bilang mak aku” “haaa bilang? bilanglah! 1 2 3 4, ada berapa mak kau?”
haha..tu loyar buruk namanya…hehe..
nasib dok cakak teranu.haha
kalu cakak teranu lagi ternganga kut dok pahang.hehe
bebudak skrg ni terutama kat KL akan mengadap Ipad, Ipod je..dah takde nak main2 mcm zaman2 kita kecik dulu..huhu..tak mesra alam sesama mereka…
hahahaha… kdg2 anak jadi pelat ni sebab ibubapa dari anak kecil ckp pelat dgn anak.. heheh agaknya ko cakp pelat gak dgn Qariena tu.. sbb tu dia msh pelat.. itu mak aku yg kata la.. so kalau xnk anak pelat kita kena ckp dgn anak mcm ckp dgn org dewasa.. huhu
bila budak bando jumpa budak bando mmg tula jadinya.. xde pun masing2 leka dgn handphone main game.. huhuhu
haha….kes aku ngan laki aku la ni…slalu bertekak pasal loghat je…dia kedah.aku pahang..ambek
Hahaha… comel!
TU la kan… kalo budak pekan main gadget jela bila berjumpa… huhuhu
kemain nama sama2 Q. comey sungguhh… heheh
Kedah bahasa baku memang susah nak pelat kot….kl bahasa cincai boncai…
haha..budak-budak. macam ni la perangainya..
layan kan aje la kan..