Sebelum berakhir tahun 2011 dan juga berakhirnya cuti sekolah, kami sempat pergi bercuti-cuti Malaysia di Ipoh. Apa yang menarik tentang percutian kami kali ini adalah inilah satu-satunya percutian kami yang paling lama. Kami bercuti dari tahun 2011 dan berakhir tahun 2012. Kan lama tu… hehe.. :P. Sebetulnya, kami keluar bercuti pada 31 Disember 2011, lepas tu 1hb Januari 2012 kami balik la semula ke rumah.

Tengok gambar di atas, dah tahu dah kan kami pergi mana kan. Ya betul… Lost World of Tambun, Ipoh. Pertama kali sampai ni. Tak susah cari lokasi Lost World of Tambun ni jika anda mempunyai gajet GPS. hehe..
Gambar di atas disnap dari tempat aku parking kereta. Ruang parking kereta agak luas juga. Masa aku sampai lebih kurang pukul 2 camtu, masih banyak ruang parking yang kosong walaupun hari tersebut adalah hari sabtu.

Pintu gerbang atau pintu utama ke Lost World of Tambun.

Ini pula kaunter tiket. Ada banyak kaunter tiket disediakan.Pilih sahaja mana yang anda suka. (amboi..luasnya mulut akak tu nganga.. :P)

Ini adalah harga tiket masuk terbaru Lost World of Tambun. Boleh tahan juga harganya kan. Nasib baik aku dapat beli dengan harga diskaun. Dewasa cuma RM39 dan kanak-kanak RM33. Harga diskaun tersebut aku beli melalui online di laman Lost World of Tambun sempena perayaan krismas. Sekarang ni promosi tu dah tamat. Perlu diingat juga, anda perlu menambah lagi RM10 untuk setiap tiket masuk sebagai deposit untuk wristband.

Selepas selesai urusan pembayaran tiket masuk (macam kes aku ni, aku cuma perlu tunjukkan print out invoice yang aku dapat melalui emel selepas pembayaran secara online berjaya) dan juga pembayaran deposit wristband, setiap orang akan diberi gelang wristband yang perlu dipakai sepanjang berada di dalam Lost World of Tambun.

Wristband ni juga berfungsi sebagai e-wallet. Nanti kat dalam tu, anda boleh top-up nilai ke dalam wristband anda menggunakan mesin yang disediakan.

Pintu masuk dan juga keluar Lost World of Tambun.

Sebelum masuk, pastikan anda mematuhi peraturan yang disediakan. Makanan dari luar tak boleh bawa masuk. Jadi, anda jangan berangan nak buat piknik kat dalam tu dengan bawa masakan masterchef anda pulak.

Lepas dah masuk kat dalam Lost World of Tambun tu, kami jadi blur dan hilang arah jap. Tak tau nak tuju mana dulu. Perkara pertama yang kami buat adalah cari locker tuk simpan barang-barang. Tapi sebelum tu kami top-up dulu nilai ke dalam wristband. Bukan apa, senang tak payah bawak wallet, nanti nak beli apa-apa makanan atau permainan, cuma scan wristband tu jer. Lagipun, baki yang tinggal dalam wristband dapat dituntut semula. So tak rugi apa-apa.

Ini locker tuk simpan barangan anda. Harga sewa locker ni adalah RM10. Boleh guna banyak kali. Ini yang aku suka walaupun harganya agak mahal tapi berbaloi lah sebab boleh guna banyak kali. Cara nak sewa locker ni adalah anda perlu cari staff yang jaga locker tu, bayar kat staff tu (tunai atau wristband), nanti dia akan bagi satu token dan dia akan tunjukkan macamana nak guna locker tersebut.

Lepas dah selesai simpan segala barang kat locker, tiba masanya untuk explore apa ada dalam Lost World of Tambun ni. Mula-mula kami jejalan ke Petting Zoo dulu. Kasi badan berpeluh baik punyer, lepas tu baru kebabush mandi.
Aku ingatkan gambar di atas tu adalah pintu masuk ke Petting Zoo. Rupanya belum lagi. Tu baru mukadimah. Agak jauh juga berjalan.

Qariena tertarik dengan gorila ke rasaksa ke apa ntah. Tapi dia takut nak pergi dekat. Aku tengok pun cam agak menyeramkan jugalah.

Haa.. inilah pintu masuk Petting Zoo yang sebenar-benarnya. Agak berpeluh ketiak jugak dibuatnya nak sampai ke pintu masuk ni. Tapi seb baik bila masuk, tempat tu tak mengecewakan. Menarik jugaklah. Korang layan kan ajelah gambar-gambar yang sempat aku snap kat dalam Petting Zoo tu.






Nampak tak ada burung Angry Birds ?


Inilah penyubiru kalau nak tahu. Hahaha..


Cicak tokek kut. hehe…

Kucing pun ada. Tapi ni spesies kucing liar. Bengal Cat kut kalau tak silap.

Air terjun pun ada. Tapi air terjun buatan la. Tak boleh mandi pun. Just tuk dekorasi jer..


Landak.

Katak! Sekali tengok macam katak betul kan. Wife aku takut nak dekat dan cepat-cepat berlalu dari situ. Qariena siap tarik-tarik tangan wife aku ajak tengok katak tu dengan lebih dekat lagi, tapi wife aku tak mau.
“Ibu..jom lah tengok katak tu…”
“Tak mau..ibu geli…”
“Ibu…jom lah…katak tipu jer tu..”
Disebakan wife aku tak mau dekat, terpaksalah aku bawak Qariena pergi dekat dengan katak tu. Bila aku perhatikan betul-betul tempat katak tu, baru aku perasan rupa-rupanya memang katak betul!

Haha… aku tipu jer… katak tu bukan katak betul. Katak tu mungkin telah disumpah jadi kepala pili air kut. hehe… Bila anda pusingkan katak tu, air akan keluar. So, boleh lah anda basuh tangan. Sabun turut disediakan tapi bukan dengan memicit katak tu yer.


Mana-mana tempat, laluan keluar mesti akan melalui kedai sebenier.

Lepas dah puas jejalan sekitar Petting Zoo, tibalah masa yang dinantikan. Mandi time! Laju jer anak-anak berlari bila cakap nak pergi mandi.
Gambar-gambar ketika mandi tidak dapat dipaparkan kerana dikhuatiri menggangu kententeraman visual anda (Baca : aku malas bawak kamera masa mandi).
Gambar-gambar seterusnya adalah gambar yang sempat aku snap sebelum bersiap tuk mandi.

Hotspring & Spa. Kolam air ni memang panas. 40 darjah ke atas. Kalau taruk telur dalam tu, aku rasa boleh masak. Err..maksud aku telur ayam aa.
Aku sempat merasa mandi kat sini sebelum balik. Pada mulanya memang panas, tapi bila dah beredam satu badan kat dalam tu, dah tak rasa panas pulak. Dan telur aku tak masak pun. Haha

Ini pun kolam air panas jugak atau lebih tepat lagi kolam air suam sebab kepanasannye kurang dari kolam hotspring di atas.

Tempat sewa pelampung / tiub, bola, basikal & beg kalis air.

Peraturan pakaian tuk mandi manda di Lost World of Tambun.

Harga sewa pelampung / tiub.

Kami tak sewa pelampung sebab leceh, nak jaga anak lagi, nak jaga bini lagi, nak jaga pelampung lagi kan.
Seperti aku katakan tadi, aku tak bawak kamera masa mandi, so tak dapatlah aku tunjuk gambar-gambar keseronokan kami mandi manda.
Selepas mandi seketika, kami makan. Harga makanan standard aa tempat camtu memang mahal, tapi apa boleh buat. Semuanya aku bayar pakai wristband.
Lepas dah makan, kami jejalan sekitar Amusement Park. Ada permainan macam fun fair. Kami cuma naik merry go around jer sebab tu jer yang sesuai tuk kami anak beranak. Tidak dikenakan bayaran. Dan anda naiklah sampai muntah.
Lepas tu, kami naik tren pula. Tak dikenakan bayaran juga. Orang ramai, so pandai-pandailah atur strategi camne nak dapatkan tempat duduk dalam tren tu. Train akan bermula dari Amusement Park dan bawa anda jejalan satu Lost World tu. Kami cuma naik tren sampai kat Petting Zoo jer sebab tren tu berhenti lama kat Petting Zoo. Lepas tu kami turun jalan kaki sambung mandi kolam air panas pula.
Lepas dah puas mandi, sekitar 5 petang tu kami dah mula masuk ke bilik salin pakaian. Tempat tu tutup kul 6 petang, so sebelum orang ramai berpusu-pusu serbu bilik salin pakaian, baik kamu serbu dulu.

Sebahagian daripada kedai sebenier. Cam biasa kami beli fridge magnet jer sebagai kenang-kenangan.

Kat luar pintu masuk tu, ada disediakan kaunter tuk memulangkan wristband dan dapatkan semula deposit wristband tu.
Itulah sahaja gambar-gambar yang dapat aku kongsikan sepanjang berada di Lost World of Tambun.
Pendapat aku tentang Lost World of Tambun – satu tempat yang menarik untuk seisi keluarga, ada macam-macam tempat tuk dilawati selain dari mandi manda. Aku suka kolam air panas tu. Terbaek!
p/s : lepas tu kami balik ke hotel dan jejalan kat Ipoh pula. Tunggu entri seterusnya..
ala..senang je sampai sana.tak yah pakai GPS pun tak pe (ayat berlagak) hahaha! sbb aku duduk 5 tahun di ipoh.hahahaha. best ke. duduk lama sana pun tak terpergi…
ala..takyah duk 5 tahun kat ipoh, skang ni kalu ko tanya aku camne nak pergi,aku dah tau jalan dah.hehe..
oooo…berlagak ahhhh…tau jalan tapi kena mintak tunjuk GPS jgk kan??aku tau la…
1st time mmg pakai GPS,tapi kalu dah 2nd time tak payah dah. GPS plak ikut cakap aku.hehe
kalau tak pakai GPS tak sampai ka..saya pi tak pakai GPS pun sampai…
wah… syoknyer… puas anak2 ko berjalan ke sana sini eh… untunglahhhh.. hehehe tp duit abah kopak.. kihkihkih.. aku lom smp lg ke sini.. xtau le bila nak sampai… tunggu anak aku besor sikitler.. hukhukhuk..
sejak cuti sekolah,inilah percutian yg betul-betul percutian.sblm ni cuma ikut wife aku pi kursus jer.
betul ke kesian kesian.
Syoknye… tapi bab kena mandi pakai swimming suit tu aku cam, ala, takpelah, tak pegi pun takpe… haha~
pakai t-shirt pun boleh. cuba tgk dress code yg satu lagi tu (bukan yg depan pintu masuk tu)
wahhh dh makin canggih :Lost World. Aritu pg xde lak wristband tu. pakai gelang sticker bodo tu je… and bayaran masuk xde sampai rm45. gile! rm45??? dulu aku byr rm30 je kot… uhuhuhu…
nnt baby dh besar nk bwk pg lost world gak…
ohh..ni la salah satu dunia yang hilang kat malaysia nih..
yup. hilang tapi masih boleh dikunjungi..hehe..
Pingback: Hotel Ecotel @ Ipoh | Penyubiru's Blog
bila lah agaknya nak sampai sini?
suatu hari nanti pasti bro akan sampai juga..dimana ada kemahuan disitu ada highway.hehe
ulasan power dan padu
tengkiu
sama-sama
dah pergi best sape yang tak pergi tu pi la…