Mee Udang Sg Dua @ Restoran Aur Gading

Bagi pengemar mee udang, mee udang Sg Dua bukan satu nama asing bagi mereka. Malah,mereka yang tak suka makan mee udang pun tahu mee udang Sg Dua antara yang popular. Terus terang aku bukan pengemar mee udang, tapi kalau ada depan mata, aku makan jer.  :P

Dulu aku pernah singgah makan mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Perak, kini aku nak cuba pula singgah makan mee udang Sg Dua yang selalu disebut-sebut sampaikan aku teringin nak singgah. Sedap sangatkah mee udang Sg Dua ni ?

Setelah mendapat maklumat lokasi mee udang Sg Dua dari orang yang sudah pernah pergi, so masa balik ke KL setelah pulang beraya cina di Kedah, aku pun mengambil kesempatan singgah. (Apsal bila aku baca semula ayat ni..cam pening jer..haha).

Melalui PLUS, setelah aku bayar tol di Plaza Tol Sg Dua (sebab aku dari utara), aku terus exit ke Sg Dua. Masuk jer dalam kawasan Sg Dua, rupa-rupanya ada banyak restoran mee udang. (Aku tak tahu banyak ke tak sebab aku rasa macam banyak jer aku nampak signboad tulis mee udang Sg Dua. Ye la..aku kan tengah driving,tengok sekilas pandang camtu je la).

Menurut pemberi maklumat, kawasan tersebut memang banyak restoran mee udang tapi restoran mee udang Sg Dua yang paling sedap adalah di Restoran Aur Gading (sebelum naik jambatan).

 mee udang sg dua restoran aur gading

Berdasarkan guide yang diberi, akhirnya aku berjaya sampai di restoran mee udang Sg Dua Aur Gading tanpa menggunakan GPS. Diulangi..tanpa menggunakan GPS… dan tanpa sesat. Amacam? Hebat tak aku? Hahaha…

Ini gambar yang sempat aku snap dari meja tempat aku duduk.

mee udang sg dua restoran aur gading

mee udang sg dua restoran aur gading

mee udang sg dua restoran aur gading

Aku malas nak bangun merayau-rayau kat dalam restoran tu kemudian snap sana snap sini persis krew jalan-jalan cari makan. Cam segan lah pulak. Lagipun masa tu aku tengah dukung Qariena yang sedang tidur, so pergerakan aku agak terbatas.

mee udang sg dua restoran aur gading

mee udang sg dua restoran aur gading

Ini dia mee udang Sg Dua yang diperkata-katakan tu. Amacam ? Terliur tak..terliur tak ? Ada 3 ekor udang yang boleh dikatakan lebih besar dari ibu jari orang dewasa kat dalam sepinggan mee tu. Kami order sepinggan jer sebab wife aku cakap dia kenyang lagi. Nak share-share katanya.

Tapi bila dah start makan, dia conquer semua. Aku dapat makan skit jer. Dah kenyang kunun…cehh… Terpaksalah aku order sepinggan lagi.

mee udang sg dua restoran aur gading

Nampak tak sepinggan lagi dah habis dikerjakan wife aku. Sekarang time aku pulak nak makan dan wife aku pulak dukung Qariena. Hoyeah! Hoyeah! Haha.. :P

So sedap ke mee udang Sg Dua ni ?

hmm… seperti yang aku katakan sebelum ini aku bukan pengemar mee udang, so aku tak tau kesedapan mee udang ni macam mana. Bagi aku sedap sebab aku boleh makan dan habiskan. Hehe… aku tak reti nak explain dari segi struktur mee, kekenyalan udang, kepekatan kuah, aku bukan juri masterchef.

Rasanya mee udang restoran ni sedap kut jika gambar-gambar kehadiran selebriti ternama di bawah di ambil kira.

mee udang sg dua restoran aur gading

Angkasawan pertama negara.

mee udang sg dua restoran aur gading

Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan. Orang kuat TV3 satu masa dulu.

mee udang sg dua restoran aur gading

DJ DJ Hot fm

mee udang sg dua restoran aur gading

Ustazah Nor Bahyah pun ada.

Banyak lagi gambar-gambar selebriti yang diletakkan di atas meja kaunter pembayaran tu. Tapi yang sempat aku snap,beberapa keping yang kat atas tu la. Kiranya restoran ni femes la kan.

Beberapa perkara yang dapat aku kongsikan di sini

  • Jarak dari exit Sg Dua ke Mee Udang Sg Dua Restoran Aur Gading tu dalam lebih kurang 3 km. Ini lokasi restoran Aur Gading di dalam wikimapia (bumbung biru tepi jambatan).
  • Selain dari Mee Udang, masakan berasaskan seafood turut disediakan. Terdapat satu meja yang mempamerkan bahan mentah seperti ikan,udang,ketam untuk pelanggan pilih. Ala..macam restoran ikan bakar tu.. kita pilih ikan mana kita suka..besar ke kecik ke..
  • Harga aku tak pasti nak kata mahal ke tak… aku makan 2 pinggan mee udang + teh o ais + ais kosong = RM33++ . Aku rasa sepinggan mee udang tu RM15 kut. Kami order banyak ni sebab masa tu perut masih kenyang. Sejam sebelum tu kami baru jer makan kenduri.

Cukup di sini sahaja yang dapat aku kongsikan pengalaman aku singgah merasa mee udang Sg Dua di Restoran Aur Gading. Next time kalau dapat singgah lagi, aku nak try mee ketam pula. Hari tu nak try tapi ketam habis plak gara-gara CNY.

p/s : Aku saje publish entri ni dekat-dekat dengan waktu lunch. Nak bagi korang lapar.Dan aku pun lapar jugak.Huwaaa..

 

 

 

Dilihat sebanyak : 1230

22 thoughts on “Mee Udang Sg Dua @ Restoran Aur Gading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>