Diorama Hidupan Laut

Diorama. Baru dengar nama ni. Satu nama baru bagi aku. Itupun setelah anak aku si Batrisyia tu minta tolong dia buatkan Diorama yang ditugaskan oleh Guru Pendidikan Seni di sekolahnya. Dari situ aku baru tahu Diorama tu apa.

Apa itu Diorama ?

Menurut Wikipedia – The word diorama(daI?’räm?) can either refer to a nineteenth century mobile theatre device, or, in modern usage, a three-dimensional full-size or miniature model, sometimes enclosed in a glass showcase for a museum. Dioramas are often built by hobbyists as part of related hobbies such as military vehicle modeling, miniature figure modeling, or aircraft modeling.

Jika ditranslate maksudnya lebih kurang Diorama ialah model / miniatur 3D .  Pendek jer kan maksudnya..Haha

So, dua hari lepas bertungkus lumus lah aku dan Batrisyia menyiapkan Diorama Hidupan di Laut.

Menurut buku teks sekolah Batrisyia, contoh-contoh Diorama boleh dilihat di laman Dewan Bahasa & Pustaka. Maka, aku masuklah laman DBP tersebut. Cari punya cari, jumpalah maklumat tersebut. Kemudian dari maklumat tersebut, di link kan pula kepada laman web yang lain yang berkaitan Diorama.

Lawati lawan web berikut untuk melihat contoh diorama tempat perlindungan haiwan.

a) http://www.firstpalette.com/Craft_themes/Animals/habitatdiorama/habitatdiorama.html

b) http://www.enchantedlearning.com/crafts/diorama/book

c) http://www.squidoo.com/shoebox-diorama

 

Mula-mula sekali, aku masuk ketiga-tiga laman web yang diberi. Paling menarik dan useful adalah laman web firstpalette.com . Laman web tu menyediakan template untuk kita download. Jadi, aku download template berkaitan hidupan laut.

cara buat diorama

Print colour template yang aku dah download tu. Nampak tak perbezaan colour antara yang terpampang di PC aku dan di kertas print tu. Patutnya ikan Nemo tu kaler oren, tapi hasilnya kaler pink. Haha.. itulah kesannya jika guna printer yang dah habis ink. :D

cara buat diorama

Lepas dah print. Gunting time!

cara buat diorama

Progress 30%. Bahagian dalam kotak aku tampal dengan kertas berwarna instead of warnakan guna water colour.

cara buat diorama

Lukis skit buih-buih bagi nampak hidup kan… :P

cara buat diorama

Hidupan laut seperti ikan dan kuda laut, aku gantung dengan benang. Benang tu aku tampal jer dengan pita salofan (salotep).

cara buat diorama

Tunjuk skit progresss…

cara buat diorama

Dah siap! Ada pulak budak menyibuk enterframe masa aku snap gambar final product.

cara buat diorama

Lagi budak menyibuk. Adeh!

cara buat diorama

Inilah dia hasil Diorama hidupan laut yang berjaya kami hasilkan. Kalu ikutkan nak touch up lagi, taruk pasir pantai ke.. batu ke..bagi nampak lebih hidup lagi kan.. tapi..dah malam-malam mana nak carik pasir pantai tu semua (aku buat masa malam, esoknya dah nak bawa ke sekolah), so itulah hasilnya.

Yang penting si anak gembira… :D

cara buat diorama

Dilihat sebanyak : 8687

11 thoughts on “Diorama Hidupan Laut

  1. Pingback: Cara Membuat Wayang Kulit Versi Moden | Penyubiru's Blog

  2. Alhamdulillah dan Tahniah…..kerana Encik membantu perkembangan kreativiti anak Encik.. diharap ibubapa diluar sana luangkanlah masa membantu/beri cadangan kpd anak-anak menyiapkan tugasan mereka…. percayalah anak lebih bersemangat ke sekolah dan tekun belajar dengan enjoy…. hargai “quality time” bersama anak2…
    ..sbg guru saya suka dan bersyukur .

    p/s sebenarnya sy tengah siapkan tugasan tajuk diorama…..ok all t best…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *