SAPS – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS. Apa itu SAPS ? SAPS adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini boleh la dikatakan pangkalan data berpusat yang menyimpan maklumat peperiksaan anak-anak kita yang bersekolah rendah dan menengah. Maklumat markah peperiksaan akan direkodkan ke dalam SAPS oleh guru yang terlibat, kemudian kita sebagai ibubapa bolehlah melihat markah peperiksaan tersebut secara atas talian (online) di laman SAPS – http://saps.moe.gov.my.

Bagi ibubapa yang celik IT, dengan wujudnya sistem SAPS ini, sudah tentulah ia memudahkan kita untuk mengakses maklumat akademik anak-anak kita. Maklumat dihujung jari katakan. Tapi perlu diingat, bagi ibubapa yang mempunyai anak darjah 2 dan ke bawah, SAPS tidak menyediakan maklumat tersebut. SAPS untuk sekolah rendah hanya untuk murid dari darjah 3 ke atas.Ini kerana murid darjah dua dan ke bawah sudah mengunakan pakai format KSSR. Zaman era band.

Bagaimana cara menyemak keputusan peperiksaan sekolah anak dengan SAPS ? Kita ikuti langkah-langkah di bawah. (sumber : www.ciklaili.com)

1. Pergi ke laman web SAPS – http://saps.moe.gov.my. Kemudian, click di bahagian Semakan Ibu Bapa
saps Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah | Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Anda
2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar  (TANPA “-” atau “SPACE”) dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.
saps1 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah | Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Anda
3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip.
sap2 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah | Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Anda
saps3 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah | Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Anda
Contoh slip keputusan pelajar
Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara click perkataan Papar Analisa.
saps4 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah | Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Anda
Contoh analisa keputusan pelajar

 Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.

Moga info ini dapat membantu ibubapa menyemak maklumat peperiksaan anak-anak mereka.

Dilihat sebanyak : 7325

3 thoughts on “SAPS – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

  1. Bagi anak yang bersekolah di tingkatan 1 camner nk tahu keputusan dan prestasi mereka? Sbb mmg xde report card cam kite dulu2…Sekarang da guna SAPS…Ada info tolong bagi tau…atau kite kene call atau pergi berjumpa guru kelas mereka?

    Tks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>