Taman Tamadun Islam @ Terengganu, Kenapa Aku Sedikit Kecewa

Ini cerita lama. Masa cuti sekolah bulan lepas. Aku balik Terengganu. Dikesempatan yang ada, bawak famili pergi jejalan ke Taman Tamadun Islam. Walaupun Taman Tamadun Islam ni dah lama dibuka kepada orang ramai, tapi baru sekarang aku dapat jejakkan kaki di situ. hmm..

Peta taman tamadun islamIni adalah peta terkini Taman Tamadun Islam yang aku ambil di laman web Taman Tamadun Islam.

taman tamadun islam terengganu

Selepas sarapan keropok lekor di Kori Keropok Lekor Losong, kami meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam. Jika anda jumpa signboard “Selamat datang…” seperti dalam gambar di atas, maka anda berada di laluan yang benar. Ikut jer jalan tu sampai anda jumpa kawasan parking yang luas yang ada banyak kereta. Jika kawasan parking tu kosong, itu bermakna anda orang pertama sampai di situ. :P

taman tamadun islam terengganu

Gambar di atas adalah pintu masuk / kaunter tiker ke Taman Tamadun Islam. Pastikan anda menjejakkan kaki di situ terlebih dahulu. Masa kami sampai hujan renyai-renyai, namun itu tidak menghalang kami meneruskan aktiviti lawatan kami. Life must go on…yeah.. :D

taman tamadun islam terengganu

Kaunter tiket. Walaupun cuti sekolah tetapi lenggang jer…mungkin pasal hujan kut.. Jika anda besarkan gambar untuk zoom bahagian poket belakang lelaki yang bongkokkan badan tu..anda gay!

taman tamadun islam terengganu

Ini ialah harga tiket bayaran masuk terkini Taman Tamadun Islam. Tetapi awas! sebelum anda membeli tiket, sila perhatikan kawasan sekeliling. Mungkin ada bunting yang memaparkan pakej-pakej istimewa Taman Tamadun Islam. Jika ada, anda baca dulu pakej tersebut, mana tahu pakej tersebut membolehkan anda berjimat.

taman tamadun islam terengganu

Aku datang dalam 2 dewasa , 1 warga emas dan 2 kanak-kanak. Qariena tak kena caj. So, aku ambik pakej Family yang bernilai RM35 tu + 1 tiket tuk warga emas. Dapat jimat RM11 dan dapat kupon makan dan cenderahati lagi. Memang berbaloi aaa.. :D

taman tamadun islam terengganu

Selepas membuat pembelian tiket, anda akan dapat pasport macam gambar di atas sorang satu (jika ini adalah kunjungan yang pertama anda). Dalam passport tu ada penerangan monumen yang terdapat di Taman Tamadun Islam. Anda juga perlu cop passport tu ketika keluar dari Taman Tamadun Islam.

taman tamadun islam terengganu

Pintu masuk. Anda perlu melalui gate tersebut untuk masuk. Dan jangan risau, diorang tak check beg anda melainkan anda suruh diorang check.

taman tamadun islam terengganu

Ini pula kaunter untuk anda membeli tiket tram, atau anda boleh menyewa buggy atau basikal. Terpulang kepada anda. Taknak sewa apa-apa pun boleh. Aku memilih untuk menaiki tram sebab anak-anak aku teruja nak naik tram. Tipikal anak-anak aku. :P

taman tamadun islam terengganu

Ini buggy yang aku maksudkan. Pemandu buggy disediakan. Aku malas nak sewa buggy ni sebab tak boleh bawa laju. :P

taman tamadun islam terengganu

Ini tram. Aku perhatikan ada banyak tram disediakan. Jadi, anda tidak perlu menunggu lama jika terlepas sesebuah tram. Tram kat belakang sedia berkhidmat.

taman tamadun islam terengganu

Ini adalah monumen Masjid Qubbat As-Sakhrah atau lebih dikenali Dome of the Rock. Tram akan berhenti di sini. Memula sekali kami masuk bahagian bawah monumen tersebut. Nanti ada penyambut tetamu greet anda. Kemudian terus masuk ke bilik tayangan.

taman tamadun islam terengganu

Masa aku sampai tu, tayangan dah bermula. Walaupun gelap tetapi masih boleh mencari tempat duduk yang kosong. Jika perlihatan anda memang tak nampak langsung dalam gelap, berdiri jer kat belakang. Jangan meraba-raba dalam gelap takut nanti teraba mak guard plak.

taman tamadun islam terengganu

Tayangan adalah berkisarkan sejarah monumen tersebut. Sekejap jer. Aku rasa dalam 5 minit kut atau kurang.

taman tamadun islam terengganu

Lepas keluar dari bilik tayangan, masuk ke bilik pameran pula. Juga di tingkat bawah. Di dalam pameran ini tidak dibenarkan ambik gambar. Tapi..biasalah..yang tak boleh tu la kita nak buat kan… :D

taman tamadun islam terengganu

Ini keratan rentas Dome of The Rock. Batu di tengah-tengah kubah itu, jika tak silap aku ialah Batu Terapung.

taman tamadun islam terengganu

Ini sebahagian permandangan dari atas monumen Dome of The Rock.

taman tamadun islam terengganu

Di bahagian atas, anda juga boleh memasuki Dome of The Rock yang mana interior dalamnya dikatakan sama macam Dome of the Rock yang sebenar.

taman tamadun islam terengganu

taman tamadun islam terengganu

Batu terapung. Eh! Apa ada atas batu terapung tu? Mari kita zoom.

taman tamadun islam terengganu

Ooo.. sign dilarang ambil gambar rupanya… err.. tapi aku dah terambil gambar lah plak… hehe.. :P

Gambar-gambar seterusnya adalah gambar-gambar monumen yang berada di Taman Tamadun Islam.

taman tamadun islam terengganu

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

taman tamadun islam terengganu

Taj Mahal, Agra , India

taman tamadun islam terengganu

Sheikh Lutfallah Mosque, Iran

taman tamadun islam terengganu

Masjidil Haram pun ada. Ini tarikan terbaru di Taman Tamadun Islam. Tapi masa kami pergi, tram tak berhenti di sini dan aku tengok pun tiada orang yang melawat. Mungkin belum dibuka sepenuhnya lagi kut. Katanya diorang nak buat 3D Virtual Haji kat situ.

taman tamadun islam terengganu

taman tamadun islam terengganu

Juga terdapat tasek dan ada bot kayuh disediakan. Tapi masa aku pergi, tempat sewa bot kayuh tu ditutup. huhu..

taman tamadun islam terengganu

Suleyman Mosque, Turkey

taman tamadun islam terengganu

taman tamadun islam terengganu

Kudus Minar, Central Java, Indonesia

taman tamadun islam terengganu

taman tamadun islam terengganu

Aku tertarik dengan masjid ni. Masjid Xian namanya. Dari China dan dikatakan dibina oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman dinasti Tang. Rekabentuknya macam kuil Buddha kan tapi ia sebenarnya adalah masjid dan menghadap kiblat. Rekabentuk bumbung ada ukiran kepala naga.

taman tamadun islam terengganu

Kemudian kat sebelah monumen Masjid Xian tu ada pokok nangka. Dan lihatlah bagaimana anak orang bandar apabila nampak pokok nangka buat kali pertama dalam hidupnya. Terlompat lompat nak ambil buah nangka tu. (err.. betul kan tu pokok nangka kan..).

Selain dari monumen-monumen tersebut, ada juga kawasan permainan untuk kanak-kanak menghabiskan sisa-sisa tenaga yang ada. Sambil tu, ibu bapa boleh lah berehat melepaskan penat dan mengumpul kembali tenaga di bangku-bangku yang disediakan.

taman tamadun islam terengganu

taman tamadun islam terengganu

taman tamadun islam terengganu

Terdapat juga permainan seperti kat Genting ni. Untuk kanak-kanak ajer. Tapi bila pergi dekat…

taman tamadun islam terengganu

Amat mengecewakan. Permainan ini terbengkalai tidak diselenggara dengan baik. Ada 2,3 lagi permainan yang nampak seperti sudah lama terbiar dan tidak diselenggara dengan baik. Ini sedikit sebanyak mencacatkan permandangan di Taman Tamadun Islam. Harap pihak terlibat dapat berbuat sesuatu.

Selepas dah puas dengan hasil lawatan, kami pun beredar keluar.

taman tamadun islam terengganu

Sebelum keluar pastikan anda cop dulu pasport yang anda dapat masa kat kaunter tiket tadi. Jika anda tidak cop, anda tiada bukti yang menandakan anda telah melakukan lawatan yang pertama. Ini penting sebab untuk kunjungan kedua nanti anda akan dapat free naik tram atau naik basikal. Itupun kalau anda berhasrat nak datang lagi sekali aa.

taman tamadun islam terengganu

Selepas beli cenderamata guna kupon yang diberi (cam biasa kami beli fridge magnet aaa), kami ke kafe di Benteng untuk redeem kupon makan pula. Kafe Benteng ni terletak bersebelahan bangunan pintu masuk tadi. Walaupun dapat kupon makan tapi kami redeem untuk dapatkan air.

So itu saja aktiviti jalan-jalan kami ke Taman Tamadun Islam. Secara keseluruhannya aku berpuashati. Tiket tak mahal sangat. Ditambah pakej yang ditawarkan amat menjimatkan. Staff-staff di situ juga baik dan sentiasa tersenyum. Cuma yang aku kecewa adalah taman permainan kanak-kanak yang tidak diselenggara dengan baik. Sesetengah monumen juga ada yang tidak diselenggara dengan baik. Ada nyamuk aedes masa aku duduk menunggu di bangku dekat dengan taman permainan. (sori..aku memang fobia dengan nyamuk Aedes ni sejak pernah terkena demam denggi).

Akhir kata, moga Taman Tamadun Islam negeri kelahiran aku ni menjadi antara tarikan utama pelancong. :D

Dilihat sebanyak : 6886

8 thoughts on “Taman Tamadun Islam @ Terengganu, Kenapa Aku Sedikit Kecewa

  1. banyak gambar tak dapat tengok sebab besar kot…memang berhasrat nak pergi sebab tak pernah pergi lagi…kecewa sedikit tapi dapat banyak input kan En Penyu…sebagai destinasi tarikan pelancong seeloknya perlu lebih gah…jangan sekadar ‘indah khabar dari rupa”…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *