Ada Apa di GM Klang

Cuti Hari Pekerja 2 hari lepas (tapi aku tak cuti), aku ambil kesempatan bawak anak bini jejalan ke GM Klang. Dah lama nak pi, akhirnya sampai juga. Orang kata barangan kat GM Klang banyak pakaian kanak-kanak dan senang parking jika dibandingkan dengan GM Plaza KL.

GM Klang

Memula aku ingatkan bangunan GM Klang ni adalah satu bangunan 4,5 tingkat, rupanya bila sampai, bangunan satu tingkat macam dewan yang besar. Sila rujuk gambar di atas.

peta GM Klang

GM Klang ni pula terdiri beberapa bahagian dewan besar yang dilabel Pavilion 1 hingga Pavilion 6. Dalam setiap Pavilion tu ada pelbagai kedai-kedai.

GM Klang

GM Klang

GM Klang

GM Klang

Kedai aksesori wanita jangan cakap lah…boleh dikatakan paling banyak kat GM Klang ni. Boleh beli borong dan boleh juga beli satu. Sudah tentu lebih murah dari tempat lain kan. Itu wife aku yang bagitau la.

GM Klang

Ada budak nak beli kasut roda kaler pink. Harga RM180. Aku tak beli sebab tak sesuai tuk beginner.

GM Klang

Kedai jam. Pelbagai jenis jam. Tapi anak aku tak terliur plak nak beli sebab baru minggu lepas ibu dia belikan jam baru tuk dia.

GM Klang

Kedai jam ni memang unik skit. Jam dinding bersepah dan macam-macam. Rambang mata dibuatnya.

GM Klang

Aku paling tertarik barisan jam mekanikal ni. Harga dia pun menarik. RM500++ tu.. Ada satu jam tu, jam terbalik. Jarum jam bergerak terbalik (tak sempat ambil gambar).

GM Klang

Poke!

GM Klang

Kedai pakaian kanak-kanak. Ada yang branded ada yang jenama tak terkenal. Aku tak pasti original ke imitation ke. Kalau tuan kedai kata original, lari dari cukai..bla..bla..underwater..bla..bla..mana aku nak tahu. Janji pakaian tu cantik, anak aku suka pakai, murah..dah cukup.

GM Klang

Kedai butik tuk wanita pun ada.

GM Klang

Deretan kedai dalam setiap Pavilion. Dalam setiap Pavilion ada 3 lorong.

GM Klang

Kedai kraftangan pun ada. Kedai ni juga ada jual barangan tuk kenduri kahwin (bunga telur,goodies bag etc..)

GM Klang

Restoran atau food court tiada di GM Klang. Tapi sebaliknya disediakan gerai-gerai makanan kat tepi Pavilion tu. Ada banyak gerai makanan. Anda pilih lah yang mana suka.

GM Klang

GM Klang

GM Klang

Si Qariena ni minat giler dengan watak Dora The Explorer. Pantang nampak apa-apa yang ada gambar Dora, semuanya nak dibeli. Hud Towel ni TERPAKSA beli. RM19.90. huhu..

GM Klang

Terjumpa satu kedai jual pelbagai baju superhero untuk kanak-kanak. Baju superhero siap dengan topeng lagi. Perhatikan topeng Captain America, perisai Captain America dilekat atas kepala. Kelakar lah plak..dah macam topi Hang Kebun…haha.. So sapa yang selalu taip keyword “dimana nak beli baju spiderman, baju ultraman” , di GM Klang ada kedai tersebut. (Kesian patung kat belakang tu tak sempat pakai baju.. :P )

GM Klang

Pengumpul replika kapal, di GM Klang ada sebuah kedai yang jual replika kapal. Kapal ala-ala Hikayat Merong Mahawangsa.

GM Klang

Asalnya cuma nak jejalan saje di GM Klang tapi berakhir dengan beberapa ratus duit melayang. Paling banyak duit kena pow adalah dari si budak kecik Qariena. Lalu kedai mainan, nak beli mainan. Tak beli mengamuk. Dah la kat situ selang 2,3 kedai mesti jumpa kedai mainan. Nampak beg Dora nak beli beg Dora tapi seb baik berjaya menarik perhatian dia ke kedai mainan. Tapi bila kat kedai mainan, dah tak boleh tarik perhatian ke kedai lain dah. haha..

GM Klang

Ini peta lokasi ke GM Klang untuk sapa-sapa yang berhajat nak pergi.

Rumusan aku. Bagi mereka yang ada anak ramai, boleh lah shopping pakaian di GM Klang. Ada banyak kedai yang jual baju kanak-kanak. Cuma kena banyak berjalan antara kedai ke kedai sebab nak survey dan nak cari saiz baju yang sepadan. Kedai mainan pun banyak, jadi kena pandai pujuk anak-anak masing yer. Kalau tak, drama air mata akan bersiaran di depan kedai tersebut. Hehe..

Dari segi keselesaan, aku lebih suka GM Klang dari GM Plaza KL. GM Klang senang nak parking , tak crowded sangat , tak payah naik turun escalator (senang tuk mereka yang bawak stroller) , parking free dan yang paling penting trafik dari rumah aku ke GM Klang tak jem , smooth. :D

p/s : Boleh baca review aku jejalan di GM Plaza KL.

Dilihat sebanyak : 36778

16 thoughts on “Ada Apa di GM Klang

  1. Pingback: WW - Jangan Sentuh & Jangan Main | Penyubiru's Blog

  2. GM Klang now have a new building. Its a 7 storey building.
    We are located at the 2F-15, 2nd floor, GM Klang, Bandar Botanic, Klang.
    Specialized in wholesale ladies jewellery. E.g. Necklace, Hairband, Earrings, Bracelet, Bangle, Rings, Pandora, Vintage Charms, Anklets and many more.
    Visit our website at http://www.borongborong.com.my for more information about us.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>