Cara Membuat Wayang Kulit Versi Moden

Pertama sekali minta maaf lah yer. Tajuk bikin gempak ajer. Sebenarnya cara-cara di bawah ni bukanlah cara nak buat wayang kulit Pak Dogol atau Wak Long. D.I.Y di bawah ni lebih kepada permainan bayang-bayang ala-ala berkonsepkan wayang kulit lah jugak kan.

Sebenarnya, nie projek kelas Sains Batriysia di sekolah (Tahun 2). Permainan bayang-bayang namanya. Jadi, sebagai seorang ayah yang kreatif dan inovatif lagi hensem, aku tolong lah anak aku ni mana yang patut. :P

permainan bayang-bayang

Mula-mula kita perlukan bahan-bahan di atas. Sebenarnya ada juga bahan-bahan yang diperlukan tiada dalam gambar. Bahan asal menurut buku teks Sains Tahun 2 ialah kotak,kertas putih,kertas hitam,lampu picit dan objek bayang. Tapi aku nak ajar anak aku “think outside the box” .  cewahh..

permainan bayang-bayang

Ambil penutup kotak (disarankan guna kotak yang bersaiz A4 dan berwarna gelap). Sapu gam pada penutup kotak tersebut.

permainan bayang-bayang

Tampal kertas yang ada gambar TV tadi ke atas penutup kotak yang telah disapukan gam. Gambar TV ni ikut suka anda la. Nak gambar plasma TV pun boleh. Tapi aku suka TV gaya old school.

permainan bayang-bayang

Lepas dah tampal kertas TV tadi dengan kemas, dah melekat cantik dan sempurna, ambil pisau dan potong skrin TV tersebut. (Seeloknya orang dewasa yang buat aktiviti permotongan ini.for safety)

permainan bayang-bayang

Dah selesai potong, ambil kertas putih, tutup dan tampal bahagian skrin TV yang dah berlubang itu. Tampal kertas putih tu dari bahagian dalam yer.

permainan bayang-bayang

Tadaaa! Sekarang dah jadi bahagian depan TV. Sekarang penutup kotak yang dah jadi TV ni kita letak tepi dulu. Bahagian ni dah settle.

permainan bayang-bayang

Sekarang ambil bahagian kotak yang satu lagi , kemudian tebuk lubang seperti gambar di atas. Lubang ini adalah untuk memasukkan objek bayang nanti.

permainan bayang-bayang

Bahagian dalam kotak pula kita letakkan mentol lampu lengkap dengan bateri dan suis berserta sambungan wayar. ( Kalau taknak guna cara ni, boleh tepuk lubang kat kotak tu dan gunakan lampu picit.)

permainan bayang-bayang

Suis lampu tersebut diletakkan di bahagian tepi. Asalnya aku terfikir nak letak suis lampu tu di depan TV di tempat suis TV dalam gambar tersebut. Tapi disebabkan penutup kotak tu perlu dibuka, jadi tuk mengelakkan sambungan wayar tercabut ke apa ke, so aku letak suis lampu tu di tepi.

permainan bayang-bayang

Potong objek-objek bayang yang telah dilukis atas kertas putih tadi. Lekatkan objek bayang tersebut pada lidi sate (lidi sate takde, aku pakai kertas kotak yang digunting panjang).

permainan bayang-bayang

Hidupkan suis lampu. Tadaaa!!! Dah siap !

Cara memainkan permainan bayang-bayang ini adalah objek bayang tadi dimasukkan melalui lubang yang telah ditebuk dan digerak-gerakkan di dalam kotak tersebut di depan mentol lampu yang terpasang. Objek bayang akan terpampang pada skrin TV tersebut. Macam wayang kulit la kan. Tapi ini wayang kulit versi moden.

Aku harap Batrisyia dapat bergaya dengan “TV lama”nya di depan kawan-kawannya semasa kelas sains hari ini. hehe.. :P

Pada yang nak mencuba buat wayang kulit versi moden ni, selamat mencuba! :D

p/s : Projek sebelum ni buat Diorama

Dilihat sebanyak : 10599

16 thoughts on “Cara Membuat Wayang Kulit Versi Moden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *