Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua !
Aku akui aku semakin malas nak update blog ni. Kemalasan ini datang dari pelbagai faktor, sibuk kerja, sibuk uruskan anak-anak, sibuk raya (open house) dan sibuk baca blog thru google readers tapi malas nak tinggalkan komen. Kesemua kesibukkan ini telah mengurangkan peruntukkan masa aku untuk update blog ni. Harap maklong.

Ok. Kembali kepada tajuk utama entri ini dihasilkan. Seperti yang kita semua ketahui (bagi yang tahu la) Legoland Malaysia yang terletak di Iskandar Malaysia, Nusajaya Johor bakal dibuka kepada umum 15 September 2012. Tentu ramai yang tak sabar nak pergi kan terutama yang famili termasuklah aku. Aku difahamkan taman tema tersebut untuk hiburan satu keluarga, bukan sahaja permainan tuk kanak-kanak disediakan, malah tuk orang dewasa pun ada. so sedang molek aa tu..
Kebiasaanya sebelum aku terjah sesuatu tempat, aku akan recce dulu. Nak dapat gambaran sedikit sebanyak tentang sesuatu tempat yang aku nak tuju. Biasanya rujukan untuk aku recce sudah tentulah dari internet menggunakan bantuan pakcik Google.
Difahamkan 1 September 2012 yang lalu, Legoland Malaysia telah dibuka atas jemputan kepada media termasuklah blogger. Dan sayugia diingatkan, aku tidak termasuk dalam blogger yang dijemput itu. Walaupun tidak dijemput, tidak bermakna aku tidak boleh berkongsi tips-tips sebelum ke Legoland Malaysia.
Hasil recce aku di beberapa blog yang mana blogger-blogger tersebut telah dijemput oleh pihak Legoland Malaysia pada 1 September lalu, ini tips-tips sebelum ke Legoland yang dapat aku kongsikan di sini.
- Harga tiket masuk Legoland Malaysia – Dewasa (12-59) – RM140 , kanak-kanak (3-11) & warga emas – RM110. Ini harga tiket untuk pass sehari. Bagaimanapun sekarang ni ada promosi Legoland bersama beberapa pihak. Antaranya Munchy’s – beli biskut Munchy’s Captain Munch Promo Pack, dapat voucher tiket kanak-kanak. Sekarang ni aku dah berjaya kumpul 2 voucher ni. Cukuplah. Sebab voucher ni hanya boleh diredeem dengan satu tiket dewasa. Selain dari tu, tiket promosi Legoland juga boleh dibeli ketika Matta Fair 7-9 September ni.
- Legoland Malaysia terletak di Iskandar Malaysia Nusajaya Johor. Kawasan ini sedang pesat membangun. Difahamkan cuaca di kawasan Legoland ni agak panas. Pokok-pokok yang ada tidak mampu meredupkan keadaan. Kawasan berbumbung atau berkanopi tidak banyak disediakan. Jadi dinasihatkan agar bawa payung , topis, sunglasses, losyen dan yang sewaktu dengannya. Payung turut dijual di Legoland tapi difahamkan harganya agak mahal (ada yang berharga RM70 satu !). Jangan lupa bawa baju hujan (raincoat), mana tahu tertiba hujan pula.
- Harga makanan, minuman dan cenderamata agak mahal. Biasalah kan harga taman tema stlye. Jadi bersiap sedia dengan duit tunai yang bertimbun-timbun terutama yang ada anak-anak. Namapun Legoland, sudah tentu banyak mainan-mainan dijual di situ yang mana bisa membuatkan para bapak-bapak londeh seluar. Aku dapat bayangkan, tentu banyak adegan / drama anak-anak meraung hentak kaki depan kedai sebenier.
- Kemudahan tempat duduk , water cooler agak kurang.
- Surau disediakan. Semua restoran menyediakan makanan halal.
- Legoland Hotel masih dalam pembinaan. (2014 kut baru siap) Hotel berdekatan Legoland Malaysia yang murah dan menarik yang aku temui hasil mengugel (google) ialah Tune Hotel. Pengangkutan ke Legoland disediakan. Menarik tu!
- Difahamkan, Legoland Water Park juga turut dibangunkan dan dijangka siap awal 2013. Kalau pergi tahun ni, lepas Legoland Water Park dibuka, kena pergi lagi. hmmm..
- Legoland Malaysia dibahagi kepada 7 bahagian taman tema dan terdapat lebih daripada 40 rides.
- Mesin ATM turut disediakan. Jadi jangan risau jika kehabisan wang tunai di “pow” oleh anak-anak dalam Legoland, tapi anda perlu risau jika wang dalam akaun pun turut kehabisan. Rancang perbelajaan anda dengan cemat!
Inilah beberapa tips yang dapat aku senaraikan hasil dari pembacaan di beberapa blog. Untuk gambar-gambar menarik dalam Legoland Malaysia, info-info tambahan yang lain, anda boleh rujuk laman Legoland Malaysia, blog MohdZaid.com, blog RebeccaSaw.com.
Kemaskini 22 Nov 2012.
Boleh baca pula pengalaman aku sendiri ke Legoland pula.
jom konvoi..;)
Tapi ada member area sana bgtau tak siap sepenuhnya lagi..mesti sesak ye time pembukaan tu..maklumlah cuti weekend panjang
nak pergi masa pembukaan 15hb ni memang tak aa sebab mesti org ramai kan..so kita rilek2 dulu..kasi suam-suam kuku dulu..hehe..
macam tu aku tunggu 2 3 taun lagilah baru pergi…mesti dah lengkap sikit…
tapi tu la..masalahnya selagi tak pergi sekali..selagi tu aa tak senang duduk dan membuak2 nak pergi jugak..err..maksud aku anak aku aa..hehe
Pingback: Legoland Malaysia Buka 15 Sep, Promosi Tiket Sudah Dijual | Penyubiru's Blog
makaih tiketnya…leh tahan….tunggu anak besar bleh lah pegi sana jejalan…
yup. tiketnya memang mahal..tapi apa boleh buat..
kena kumpul duit byk2 baru boleh g Legoland nie… harga nak masuk tu tercekik rasanya.. kalau kira2 dah lepas duit minyak aku sebulan tau..
yup.alang2 nak pergi tu..kena lah bawak duit banyak skit kan..rewards tuk diri sendiri dan famili katakan..
semalam dah pergi dah…hehehe…tapi tengok dari luor je lah…kebetulan pergi ke Gelang Patah…
beruntunglah duk kat JB..bleh beli annual pass..jimat skit..
Pingback: Legoland - Pengalaman Pertama & Tips | Penyubiru's Blog