Hotel Berdekatan Legoland – Tune Hotel Danga Bay, Johor

Percutian kami ke Legoland selama 3 hari 2 malam. Untuk menjimatkan bajet, kami pilih hotel bajet yang dekat dengan legoland, dekat dengan bandar tapi menawarkan penginapan selesa.

hotel berdekatan legoland

Salah satu hotel berdekatan dengan Legoland Malaysia, Johor adalah Tune Hotel Danga Bay, Johor Bahru. Tune Hotel adalah hotel bajet tapi menawarkan penginapan yang selesa. Lebih kurang 20 minit memandu kereta dari Tune Hotel ke Legoland. Lagi satu Tune Hotel boleh ditempah awal secara online. Lagi awal tempah (booking) lagi murah harga biliknya. Satu bilik asas double room untuk sehari semalam adalah RM68 (tidak termasuk cukai). Kos kami satu bilik double room untuk 3 hari 2 malam adalah RM199.37 termasuk tax.

Berpatutan atau tak dengan harga semurah itu, kita tengok saja gambar bilik di Tune Hotel Danga Bay yang kami menginap.

hotel berdekatan legoland

Kaunter check in check out. Nampak simple tapi cozy dengan trademark putih merahnya.

hotel berdekatan legoland

Ruang lobi. Mesin urut Ogawa berbayar turut disediakan. Komputer ala cyber cafe turut disediakan. Anda boleh guna komputer tersebut untuk booking bilik bila kuota bilik walk-in dah full.

hotel berdekatan legoland

Mula-mula masuk bilik Tune Hotel, gambaranya macam dalam gambar di atas. Ruang bilik Tune Hotel ni mengingatkan aku dengan bilik hotel Fragrance Hotel Bugis, Singapore. Lebih kurang sama saiz biliknya.

hotel berdekatan legoland

Katil queen.

hotel berdekatan legoland

Angle dari katil ke pintu masuk. ada LCD TV.

hotel berdekatan legoland

Angle dari LCD TV ke pintu masuk. Sebelah pintu masuk adalah bilik air. Dan perlu diingatkan bilik air Tune Hotel tidak mempunyai kunci. Pandai-pandai lah kaver. hehe :P

hotel berdekatan legoland

Mula-mula buka pintu bilik air, nampak cam dalam gambar di atas. Dalam bilik air ada iklan tak tahan tu. Kalau letak iklan gambar pramugari Air Asia ok jugak kan.

hotel berdekatan legoland

Cantik singki bilik air Tune Hotel ni. Kalau boleh cabut, dah lama angkut bawak balik. Haha..

hotel berdekatan legoland

Permandangan dari tingkat 4 bilik aku menginap. Masa ni hujan renyai-renyai. Ye la bercuti time musim hujan.

hotel berdekatan legoland

Tempat letak access card. Device ni la yang control penggunaan TV, Aircond dan hair dryer. Untuk pengunaan TV dan hair dryer, jika ambil pakej 24H, dapat guna dari hari pertama hingga hari kedua sebelum check-out. Tapi untuk pengunaan aircond, jika ambil pakej 12H ke 24H ke, pengiraan baki kredit dikira apabila kita on aircond. Kalau kita tak on aircond, pengiraan baki kredit akan terhenti. So pandai-pandailah bajet kan. Lagipun kipas angin disediakan F.O.C. So jangan risau kalau aircond takde, kipas angin masih ada. Macam kami, nak jimatkan kos, ambik pakej aircond 12H jer. Lagipun musim hujan, bilik masih sejuk walaupun tak on aircond.

Secara ringkasnya, penginapan di Tune Hotel Danga Bay ni not bad. Selesa. Bersih. Moden. Parking mudah. Cuma ruang bilik agak sempit, takde almari, takde peti ais, takde cerek tuk masak air bancuh susu anak (kena mintak air panas kat 7eleven kat bawah Tune Hotel).

Timer kasih membaca. Moga entri ini bermafaat tuk anda.Selamat menginap! :P

 

Dilihat sebanyak : 8688

16 thoughts on “Hotel Berdekatan Legoland – Tune Hotel Danga Bay, Johor

  1. bagus tips ko ni…nanti senang aku nak plan p sana plak…tapi muat ke 4 orang tido dalam bilik tu…agak crowded je aku tgk…x tahan tang toilet tu…kalau buat kerja ringan xpela xle tutup lagi…kalo kerja berat bahaya tu…hoho

  2. Pingback: Legoland - Pengalaman Pertama & Tips | Penyubiru's Blog

  3. Pingback: Pandan Uptown @ JB | Penyubiru's Blog

  4. saya nak bertanya bilik yang besar untuk 6 orang ada tak??(bercuti bersama kawan2)
    sbb saya akan bercuti di legoland selama 3 hari 2 malam,sekarang tengah mencari hotel ataupun apparment yang murah. bajet dalam anggaran RM 300(untuk 3 hari 2 malam)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *