Cara Mohon Pas Sempadan Malaysia – Thailand (Border Pass)

Pengalaman pertama aku buat Pas Sempadan Malaysia-Thailand (Border Pass), so haruslah dikongsikan di blog ini. :P

Sebelum anda terjah pejabat imigresen untuk buat border pas ni, pastikan anda tahu dulu syarat-syarat untuk memohon Pas Sempadan Malaysia-Thailand. Syarat-syarat terkini buat border pass ini boleh lah dirujuk di laman Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Cara Buat Border Pass

Disebabkan Jabatan Imigresen Malaysia Bukit Kayu Hitam lagi dekat dengan rumah mertua aku, so aku sefamili buat border pass di sini. Tapi sebelum tu kena sediakan 2 keping gambar setiap orang dan fotostat MyKad dan MyKid. Aku buat di Changlun (sebelum sampai Bukit Kayu Hitam).

Cara Buat Border Pass

Cara Buat Border Pass

Masa nak ambil nombor giliran, pengawai yang jaga kaunter nombor tu akan pastikan dokumen yang diperlukan lengkap. Tak perlu isi borang. Hanya bagi dokumen yang diperlukan – MyKad , MyKid , salinan MyKad MyKid, gambar dan wang RM10. Bagi yang guna MyKid, pengawai tersebut akan imbas dulu MyKid guna “reader” samada boleh dibaca atau tidak. Jika MyKid tersebut tidak boleh dibaca, surat beranak diperlukan. Jika tiada surat beranak, permohonan tidak akan dilayan. Nasib baik kedua-dua MyKid anak-anak aku boleh dibaca, kalau tak, punah harapan nak buat border.

Cara Buat Border Pass

Hanya ada 4 kaunter di Jabatan Imigresen Malaysia Bukit Kayu Hitam. Tapi orang tak berapa ramai sangat. So kadar penungguan tidaklah berapa lama sangat.

Kos satu border pass cuma RM10 sahaja. Dalam satu border pass boleh masukkan 5 orang ahli keluarga termasuk pemohon.

Tak sampai satu jam, border pass aku pun siap. Yeah! dah boleh pergi siam. :P

Sori..gambar border pass terlupa nak snap kerana terlalu teruja memilikinya. Kalau nak tengok jugak bagaimana rupa border pass tersebut, boleh rujuk blog ini.

p/s : Walaupun aku orang Terengganu, tapi isteriku orang Kedah dan dulu masa awal perkahwinan, aku menetap di Kedah dan mempunyai rumah sendiri. Bila dah ada rumah sendiri, aku kemaskini alamat MyKad aku dengan alamat terbaru di Kedah supaya mudah nanti jika nak apply border pass.

Dilihat sebanyak : 6367

7 thoughts on “Cara Mohon Pas Sempadan Malaysia – Thailand (Border Pass)

    • Aku pun tak plan nak jejalan kat siam. Mak mertua aku tertiba ajak. Passport pun x bwk balik.so terpaksalah apply border pass.seb baik semuanya berjalan lancar.

  1. Pingback: Pengalaman Pertama Masuk Thailand Melalui Bukit Kayu Hitam | Penyubiru's Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>