Anak Aku Buat Aksi Terbang Tanpa Bayang

Amaran : Entri ini mengandungi gambar aksi-aksi berbahaya yang mana mungkin tidak sesuai untuk sesiapa sahaja meniru aksi tersebut tanpa pengawasan pakar terbang tanpa bayang. 
Petang semalam, lepak kat koridor rumah dengan Batrisyia. Tengah syok lepak tak semena-mena badan Batrisyia terangkat. Batriysia pun terkejut. Aku pun terkejut. Dalam kekalutan tu, aku sempat snap beberapa keping gambar untuk menjadi bahan bukti.

Mungkin apa yang aku cakap ni cam merapu, tapi aku ada bukti bergambar. Tak caya jom tengok gambar tersebut.

Haaa… tu dia. Batriysia terbang kan?

Nie satu lagi gambar agar korang lebih percaya. hehe… Terer Batriysia ni buat jurus terbang tanpa bayang ni. Betul betul hou liau…hehe…
yer… aku mengaku aku merapu dalam entri ini. Tapi korang layan jugak kan. hehe…. :P
Dilihat sebanyak : 824

Laporan Penuh Perbicaraan Anwar Ibrahim Antara Dua Bola & Cappuccino Free

Semalam adalah Hari Wilayah Persekutuan (Celcom,Labuan, Kuala Lumpur & Putrajaya). Bagi mereka yang bekerja di wilayah tersebut, semalam adalah hari coti mereka. Semalam juga hari coti aku & wife walaupun kami tidak bekerja dalam wilayah tersebut. Macamana tu?? Semalam off day aku, wife aku ambik coti sebab hari ahad sebelum tu dia masuk opis. Tak larat katanya. Tapi boleh ajak aku keluar ke One Utama (OU) untuk beli kasut baru.
Biasanya, jika kami dapat coti sama² pada hari bekerja, kami akan gunakan peluang tersebut sebaik mungkin. Opss!! Jangan pikir lain yer.

Bermula dengan hantar Batrisyia ke tadika, breakfast roti canai kat Mahbub, pi KWSP kemaskini penamaan, pi maybank buat buku ASB baru (yang lama dah penuh) dan seterusnya temankan wife aku beli kasut kat OU. Err.. aku terjebak jugak dengan menyambar berbayar sehelai renoma. err..baju yer bukan underwear. ngeh..ngeh..ngeh..

Petangnye pula, kami bawak anak-anak ke IKEA. Batrisyia nak main kat playground Smaland IKEA tu. So, bawak la dia check-in di situ untuk tempoh satu jam.

bukan aku yang berbaju kuning tu yer.

Lepas dah check-in kan Batrisyia kat situ, ternampak ada clown kat depan tu. Bawak Qariena pi dekat clown tu. Qariena takut. Paling ke lain. Tapi bila clown tu bagi belon, Qariena ambik. Belon bentuk love lagik. Siapa kata perempuan suka bunga? Perempuan suka belon la.hehe..senyumkenyit

Masa mula-mula dapat belon tu, asyik pegang jer. Siap sangkut kat leher lagik. Ala..ala.. cam kalungan selamat datang la tu.hehe..

Sambung jejalan lagi. Bila sampai kat area dapur. Qariena nampak sinki. Ada stool lak tu. Apalagi Qariena panjat dan cuba capai tap water tu kunun² nak basuh tangan la tu.

Sampai kat area ni pulak, Qariena nampak mainan soft toy ada banyak² dalam beg jaring tu. Memula tempat tu kemas jer. Lepas beberapa minit, abis bersepah. Seb baik takde staff IKEA kat situ. Kalu tak tentu staff tu buat muka tak puas hati.hehe..

Pahtu Qariena boleh blah dari situ dan sempat buat lari dua biji bola. Selamber jer jalan sampai ke jauh depan. Dia dah tak kisah dah Ibu Abah dia kat mana tu. Adeh! tension

Jumpe sliding plak. Kami biarkan dia main sendiri. Kami tengok dari jauh. Pandai plak dia main sliding.

Sempat lagi berangan jadik bos. isk..isk…

Sampai kat cafe dah hampir sejam. Wife aku turun ke Smaland jap ambik Batrisyia. Pahtu kitaorang makan dulu!

Haa..sekarang baru dapat snap gambar Batrisyia. Cam biasa aa menu feveret kitaorang, Meatball !! Kalu otak tak berapa suci, meatball ni membawa maksud lain bagi diorang.

Last but not least, exclusif untuk anda semua, aku paparkan gambar macho aku ketika menghirup cappuccino panas IKEA percuma**. Harap² anda semua tak histeria yer. hik..hik..hik… ihikhik

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.

** cappuccino percuma untuk IKEA members jer.

Peluang tuk memenangi HP mini 1000 Netbook dengan mudah. Maklumat lanjut baca disini.

Dilihat sebanyak : 1060

Aku Bersama Gadis-Gadis "Hot" Di Genting Highlands

Bersama gadis-gadis milo!

Bersama awek rempit!


hehe… mereka lah gadis-gadis “hot” tersebut. Apa? korang ingat apa? isk..isk… korang nie.. pantang sebut gadis hot, laju jer.hehe…

Tak sempat nak citer detail pasal coti-coti aku ke Genting Highlands anjuran kekawan wife aku hujung minggu yang lepas. Kalu berkesempatan, aku citer nanti. Tu pun kalu mood tuk aku bercerita masih ada aaa.hehe… sengihnampakgigi

Last but not least, aku dengar ura-ura filem Avatar yang meletup-letup di panggung serata dunia tu bakal ada sequel nanti. Bakal menampilkan satu karakter cilik yang beraksi menunggang ikran (sila tanya pakcik gugel) dimana para pengkritik filem menjangkakan watak tersebut sukar dicari. Buat masa ini hanya ada satu calon sahaja yang berjaya memenuhi karakter cilik tersebut. Dan aku bernasib baik kerana berjaya mendapat foto bocor atau “leak photo” karakter cilik tersebut.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah karakter cilik tersebut bersama ikran nya. hehe… jangan mare… peace! peace

Peluang tuk memenangi HP mini 1000 Netbook dengan mudah. Maklumat lanjut baca disini.

Dilihat sebanyak : 650