Pemilik blog unrestmind57.blogspot.com iaitu Blogger Hisham telah kembali ke rahmatullah semalam akibat kemalangan jalanraya.
Aku hanya mengenali arwah melalui blognya saje. Tidak pernah berjumpa secara realiti. Kali terakhir dia meninggalkan komen di blogku adalah menjemput aku datang ke kenduri kahwinnya. Selepas arwah kahwin, arwah terus senyap dari dunia blog. Maybe sibuk dengan kehidupan barunya. Tak sangka pula berita terbaru yang aku dapat tahu petang semalam dari blog aloy bahawa arwah telah pergi buat selamanya.
