Tebus Van Milo Mini

van mini milo

Rasanya tentu ramai yang dah tahu yang Milo sekarang ni ada bagi percuma van mini milo dari zaman 1950an hingga 2011. Tapi bukan percuma camtu jer, kena beli barangan milo dan kumpul mata, lepas tu baru boleh tebus (redeem) van mini milo tu.

Aku memang tertarik dengan van mini milo tu sebab ia mengingatkan aku zaman sekolah rendah dulu. Bila nampak van Milo masuk sekolah, seme budak sekelas dah berkumpul kat tepi tingkap kelas intai van Milo dari kejauhan. Sekejap lagi ada lah pengumuman supaya berkumpul di dataran untuk dapatkan secawan milo sejuk percuma. Masa tu memang hati girang bukan main. Al-maklum lah.. masa zaman tu milo adalah satu minuman yang mahal dan keluarga aku tak mampu nak sediakan milo. Sekali sekala dapatlah minum milo. Tu yang bila nampak van milo tu, excited kan main lagi.

Seingat aku, van milo yang biasa aku nampak zaman aku sekolah rendah dulu adalah yang jenis 1990 tu. Dan dalam banyak-banyak van mini Milo di atas, aku paling tertarik van mini milo tahun 1950. Memang rare dan macam tak percaya jer dulu-dulu punyer van milo ada tin milo kan belakang. Siapa-siapa pembaca blog ni dari generasi baby boomer boleh sahkan tak yang memang ada van milo 1950 tu?

Continue reading

Dilihat sebanyak : 4492

Happy Birthday To Me

Sepatutnya entri ni aku buat pada 8 mei lalu iaitu hari lahir aku, tapi akibat keletihan melampau dan penat tuk berfikir, hari ni baru aku mampu buat entri ni. err…ade aku kesah. :tongue:

Aku sampai rumah setelah habis program team building kat Janda Baik & Ulu Yam sekitar pukul 5 petang ahad 8 mei 2011. Aku hampir terlupa yang hari ahad tu adalah birthday aku hinggalah aku sampai kat rumah dan disuprisekan oleh wife aku dan Batrisyia. Qariena tidur masa tu.

Wife aku & Batrisyia bagi kad happy birthday. Kad dari Batrisyia cam biasa aa handmade punyer. Wife aku pulak siap buat kek coklat lagi. Walaupun sambutan ala kadar sahaja tapi best. Masa tu tak terfikir nak ambik gambar. So, takdelah gambar-gambar saat tu.

Ini lah kad happy birthday dari Batrisyia & Qariena untuk abahnya yang macho ini.

kad hari lahir abah

Bahagian depan. Err.. aku musykil naper seluar abahnya kaler merah, tangan tak sama kaler. Musykil ni..

Continue reading

Dilihat sebanyak : 1708

Hampir Ke Majlis Kahwin Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Sekarang ni aku berada di kampung wife aku di utara tanahair. Senang citer aku berada di Kedah. Aku balik kampung malam rabu itu hari.

Masa aku ke bandar Alor Star pagi tadi, ternampak bunting perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha kat satu simpang trafik light ke Taman PKNS & Taman Melur.

Bunting Ayu Raudhah Zaquan Adha

Nampak tak bunting yang aku bulatkan dalam gambar di atas. Itulah bunting perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha. Sorilah gambar tak berapa clear sebab lampu traffic light tengah hijau masa tu dan aku memandu pada kelajuan formula one dan dalam masa yang sama aku snap gambar. Continue reading

Dilihat sebanyak : 5858