Diorama Hidupan Laut

Diorama. Baru dengar nama ni. Satu nama baru bagi aku. Itupun setelah anak aku si Batrisyia tu minta tolong dia buatkan Diorama yang ditugaskan oleh Guru Pendidikan Seni di sekolahnya. Dari situ aku baru tahu Diorama tu apa.

Apa itu Diorama ?

Menurut Wikipedia – The word diorama(daI?’räm?) can either refer to a nineteenth century mobile theatre device, or, in modern usage, a three-dimensional full-size or miniature model, sometimes enclosed in a glass showcase for a museum. Dioramas are often built by hobbyists as part of related hobbies such as military vehicle modeling, miniature figure modeling, or aircraft modeling.

Jika ditranslate maksudnya lebih kurang Diorama ialah model / miniatur 3D .  Pendek jer kan maksudnya..Haha

So, dua hari lepas bertungkus lumus lah aku dan Batrisyia menyiapkan Diorama Hidupan di Laut.

Continue reading

Dilihat sebanyak : 390

D.I.Y – Pasang Torbjorn

Sebelum ini aku ada buat kuiz teka gambar (III) dan gambarnya adalah seperti di bawah.

Ramai yang menyertai kuiz tersebut dan membuat tekaan masing-masing. Terima kasih atas penyertaan dan sokongan anda semua. Nanti aku akan buat kuiz lagi.

Nak tahu apakah kandungan dalam kotak tersebut? tengok gambar di bawah ini. Continue reading

Dilihat sebanyak : 1567

DIY – Pasang LAMPAN

Pasang LAMPAN?? Apa tu?? Sampan ke? :tongue:

hehe. Jangan terkujat dulu. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. D.I.Y yang aku tunjukkan di bawah ini hanya menggunakan tangan bogel (bare hands) untuk memasangnya. Tidak perlu pemutar skru mahupun penukul serta goyang gerudi.

Pasang Lampan

Inilah LAMPAN! Lampu tidur dari IKEA. Aku baru beli sekejap tadi kerana lampu tidur yang aku pakai sejak malam pertama bergelar suami sudah pecah. Bukan pecah kerana kelasakan aktiviti “malam” kami, tapi pecah sebab Qariena tertolak lampu tidur tersebut dan terjatuh pecah berkecai (tiada dalam gambar). Huhu..sedih lah jugak sebab lampu tidur tu hadiah perkahwinan kami dari kawan aku. Barangan IKEA pertama yang kami pakai. Dah 7 tahun usianya tapi masih boleh pakai (sebelum pecah). Mentolnya pun tak pernah tukar lagi. Banyak “rahsia malam” kami tersimpan dalam lampu tidur tu. Tapi apa boleh buat,hidup mesti diteruskan. hehe.. Continue reading

Dilihat sebanyak : 1477