Beberapa komen marah² dari blogger
weeeeiiiii!
komen kat blog org blh… update blog sdr x bley ka??? – zonaku
apsal tak update lagi nih?? mase aku tgh rajin online.. ko plak tak update2 lagi…hampehss. – jard
see! komen² diorang begitu menakutkan. aku cuma tak hapdet satu hari je, dapat komen camtu. cuba kalu aku tak hapdet beberapa hari. mau mengamuk diorang ni. hahaha.. ![]()
Yelah..yelah..ku hapdet la ni. ![]()
Hari jumaat & sabtu ku off day. Ku dah mention pada n3 sebelum ni, aku sedang mengecat bilik Batrisyia.
Ekceli, Batrisyia dah ade biliknya sendiri. Tapi dia tak mau tido kat biliknya. Nak tido sebilik ngan kami jugak. Ini menimbulkan kesukaran bila kami mahu.. err..takpela… ada pembaca bawah umur (baca:dia ni dan juga dia ni bawah umur).
Jadi, kami bagi bibik gunakan bilik itu dulu.
Setelah sekian lama, dan kami rasa Batrisyia sudah sepatutnya ada bilik sendiri dan juga patut tidur di biliknya sendiri, maka kami decide tuk memberi nafas baru pada biliknya. Kami decide tuk cat biliknya serta susun semula kedudukan perabot. Dalam proses ini, kami cuma cat bilik dan tambah beberapa item kecil sahaja. Tiada tambahan atau tolakan dari segi furniture. Kami guna apa yang ada sahaja. Tidak seperti rancangan tv seperti Deko bermasa Eric atau Casa Impian, semua furniturenya di tukar 100 %.
gambar sebelum menerima sentuhan masterpiece dari aku & wife.
Kami memilih untuk cat warna merah & putih (asal) . Kelihatan aku sedang gigih mengecat. oh ya, ini gambar Batrisyia yg snap yer. no wonder la ade satu gambar tu nampak kaki jer. ![]()

Selepas. Tadaaa… inilah hasil separuh akhir bilik Batrisyia. Dia suka sangat dengan redefinition ini. Skang Batrisyia sudah ade ruangnya sendiri. Dia seronok sekali. Dan malam tadi buat pertama kalinya, dia tido sendiri di biliknya. semalam aku cuma risau satu je, takut dia jatuh katil. dia tido buas. biasala berbudak kan. pagi tadi dia bangun awal, lepas tu layan astro. dia tak nangis pun semalam pasal tido sesorang. hmmm.. dah besar dah anak aku ek.
Satu fasa dalam membesarkan anak sudah lepas. Banyak lagi cabaran² mendatang.
-
