Imbasan 2009 – Pendapatan dari blogging

Entri ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, malah jauh sekali untuk bermegah². Aku sekadar ingin berkongsi pengalamanku memperoleh pendapatan dari blogging untuk tahun 2009 ini. Mungkin entri ini dapat mengembalikan semangat tahun baru korang untuk berblogging dan seterusnya menjana income dari hobi tersebut. Ye lah kan, skang ni ramai aku tengok dah lesu dari berblogging dan ada antaranya lebih suka main game di facebook. erk! aku dulu pun pernah terjebak jugak.hehe... err… ayat aku ni cam paksa korang tuk blogging plak.hehe… ekceli terpulang pada individu masing², takde sape menghalang di sini.peace

Pendapatan dari blogging aku datang dari 2 sumber, satu dari iklan nuffnang dan satu lagi dari komisyen affiliate. Anda takkan jupe iklan affiliate di blog ini sebab aku taruk iklan tersebut kat blog carca marba jer.

Untuk tahun 2009 ini, inilah pendapatan yang aku dapat dari nuffnang. tentu ramai yang ingin tengok kan, sebab aku pun suka tengok pendapatan nuffnang blogger lain gak. Ntah! rasa cam best jer bila tengok blogger lain dapat duit dari nuffnang, tumpang gembira.

Takdelah banyak sangat kan kalu nak dibandingkan ngan blogger otai dan femes yang lain seperti redmummy.com yang dapat menjana income dari nuffnang mencecah RM7k++ SEBULAN! Aku cuma dapat RM1k++ jer SETAHUN. huhu.. jauh panggang dari api. Tapi Alhamdulillah..daripada tak dapat apa² langsung. Sekurang²nya dapatlah aku beli hadiah tuk Batrisyia, Qariena dan wife aku. Lagipun aku blogging sekadar hobi jer, bukan nak jadi femes emes pun.

Ade satu jer yang unpaid yang aku jangka akan dapat cek awal januari nanti. Yang lain² dah selamat! Thanks Nuffnang teams kerna tidak pernah miss bayar cek kepada aku.kenyit

ini pula earning terbaru yang menyebabkan tangan aku gatal tak sabar² nak klik link cashout tu. Aku jangkakan akan klik link cashout tu pada penghujung bulan ni tuk memastikan cek tersebut sampai pada awal bulan februari 2010 nanti.

hmm… kira masyuk gak nuffnang ni ek.

Sumber pendapatan affiliate. Kalu anda jenguk blog carca marba aku memang banyak banner² iklan affilliate. Pendapatan affiliate ni bukan dijana dari hasil klik-klik. Tidak. Anda hanya akan dapat komisyen bila terdapat jualan di bawah akaun affiliate anda. So, ia bergantung pada rezeki anda, kalu ada rezeki adalah. Namun begitu, anda juga perlu berusaha dan selepas itu tawakkal. Setakat ini, Alhamdulillah… komisen affiliate macam kais bulan ni makan bulan ni, kekadang ade satu jualan kekadang ade dua jualan kekadang takde langsung. Tapi aku tak berharap sangat, kalu ade adalah kalu takde takdelah… tapi aku taruk jugak banner iklan affiliate sebab lebih baik taruk daripada tak taruk, bukannye kena caj atau rugi apa² pun.

Bulan lepas ada banyak skit komisyen aku dapat dari salah satu affiliate yang aku sertai. Duit tu pun admin affiliate tu dah bank-in kan. Alhamdulillah…. rezeki anak². sengihnampakgigi


Tahun 2010 nanti, aku harap akan lebih murah rezeki dari segi pendapatan iklan. Untuk itu, aku kena kekalkan semangat dan kerajinan tuk menten berblogging. So, kepada semua selamat berblogging tuk tahun 2010 nanti dan semoga tahun depan lebih baik dari tahun ni!! peace

Peluang tuk memenangi HP mini 1000 Netbook dengan mudah. Maklumat lanjut baca disini.

Dilihat sebanyak : 804

Imbasan 2009 – Hadiah Dari Kekawan Blogger

Selama aku berblogging, tahun ini merupakan tahun paling banyak aku dapat sebenier dan hadiah dari kekawan blogger. Timer kasih pada rakan² blogger yang ikhlas dan baik hati mengirimkan sebenier & hadiah tersebut. Korang memang best! (ayat bodek tuk dpt sebenier lagik.hehe..rindu)

6 Feb – Hadiah Dari Hana-Ni-Mo-NaiThanks Hana!

17 Feb – Hadiah Kuiz Dari Intan – Thanks Intan (skang ni tgh berhibernate dari blogging…takut anak dalam kandungan jadik blogger kut…hehe)

25 Feb – Souvenir Dari En Me Itteww – Thanks En Me Ittewww.. (En Me ni suka guna perkataan ittewww..hehe..). Aku dah pun balas sebenier tuk En Me.

14 Apr – Sebenier Dari GobokLama – Thanks Nj@GobokLama

17 Apr – 50K = RM50 + Ferrari 360 – Thanks Chekgu Bani Hashim. Aku dapat hadiah ni sebab menang kuiz kat blog dia. Skang ni dia dah jarang² update sebab sibuk “bercucuk tanam” katanya. Penangan fesbuk.huhu…

21 Mei – Sebenier Dari Scootberry – Thanks Intan Dayana. Dengar citer baru beli Nikon D3000. Pinjam bleh?? hehe… sengihnampakgigi

26 Mei – Sebenier Dari Dubai – Thanks Yatie. Skang dia dah private kan blog dia. So,aku tak dapat la aku join contest dari blog dia lagi.huhu..

18 Jun – Hadiah 30th Follower – Thanks Miezrina. Dah lama aku tak singgah blog dia sejak dia jarang² update blog.

20 Jun – Result Exam Dan MashiMaro – Thanks HaruanTasek. pe citer ko skang ek? dah lama menyepikan diri.

3 Julai – Sebenier Dari Bei Jing – Thanks Masy tak comey. Aku juga dah timbal balas sebenier tuk dia.

11 Sep – Surat Itu Bukan Kad Raya – Thanks Hana. Hana lagi.hehe… Dia ni memang pemurah orangnye. Kalu tak caya, tanya bakal mak mertua dia “brape banyak dapat strawberry baru² ni?” hehe..

24 Sep – Kad Raya Yang Ku Terima – Thanks Masy, Jard, Achik dan Tice Su. Tice Su siap bagi duit raya lagi buat anak² aku. Timer kasih berbanyak yer.

Akhir sekali, timer kasih pada blogger-blogger di atas kerana menceriakan dunia blogging aku tuk tahun 2009 dengan hadiah dan sebenier dari korang. Korang memang best! Aku amat hargai pemberian korang. Thanks! kenyit

Peluang tuk memenangi HP mini 1000 Netbook dengan mudah. Maklumat lanjut baca disini.

Dilihat sebanyak : 292

Imbasan 2009 – Entri Terbaik

Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2009. Lagi 14 hari kita akan menjenguk tahun 2010. Itu untuk kalendar masehi.

Bagi kalendar islam iaitu kalendar hijrah, hari ini adalah hari terakhir tuk tahun 1430H. Besok kita akan menyambut awal Muharam 1431H. Maka bermulalah satu lagi tahun baru untuk kita.

Seperti biasa, kita digalakkan membaca doa akhir dan doa awal tahun hijrah. Doa akhir tahun dibaca (hari ini) di penghujung waktu asar tetapi sebelum masuk waktu maghrib. Manakala doa awal tahun pula dibaca selepas solat maghrib. (maafkan aku jika silap info disini)



(seperti biasa klik gambar tuk kelegaan anak mata)

Dikesempatan ini aku ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blogku yang beragama islam ! sengihnampakgigi

Sebelum blog ini melangkah ke tahun baru, aku himpunkan 12 entri terbaik 2009 untuk setiap bulan. Entri terbaik ini dipilih berdasarkan kriteria “akupunyersyoksendiri”. kenyit . Rasa kelakar lah pula bila baca entri-entri yang dah lepas ni. hehe…

Januari – Mis-Ko-Mu-Ni-Kel-Syhen

Februari – 10 Salah Guna Barang

Mac – Mari Melukis Bersama Batrisyia

April – Superhero !!


Mei – Misteri sekeping memo (part i of ii)

Jun – Perbuatan Melalui Teladan

Julai – Anak Ikan

Ogos – Pengertian Blog Versi Batrisyia

September – Gosok Gigi

Oktober – Library Bukan Lagi Perpustakaan

November – Jejalan @ Sunway Pyramid

Disember – Memanipulasikan Sifat Jeles Dalam Membantu Aktiviti Potong

Semoga tahun baru kali ini menjanjikan sesuatu yang menarik buat kalian semua. peace

p/s : malam ini aku akan berpergi-pergian selama beberapa purnama hari. Selama ketiadaan aku, korang jangan lah buat onar kat blog ni yer. Jangan sepah sepahkan barang² kat umah ni yer. Lepas pakai simpan elok² kasi kemas. Incase kalu korang rindu aku, jenguk-jenguklah blog live blogging aku tu yer. InsyaAllah aku akan update blog live dari perkelanaan aku. Itupun kalu korang rindu la. hehe… gatai

kredit gambar hijrah 1431 : Balai Islam Online

Peluang tuk memenangi HP mini 1000 Netbook dengan mudah. Maklumat lanjut baca disini.

Dilihat sebanyak : 153