
Ini cerita pagi jumaat hari itu. Aku dan 2 orang kawan aku telah menyerbu 7F Fazz Enterprise kat Banting Selangor. Bagi peminat kerepek, nama Fazz Enterprise ni tentu tidak asing bagi mereka. Orang kata (bukan aku kata), kat Banting ni terkenal dengan segala jenis kerepek dan murah-murah harga kerepeknya. Ramai penjual kerepek kat bandar-bandar mendapatkan bekalan kerepek mereka di Banting. Dan antara pengusaha kerepek yang popular di Banting ni dan namanya menjadi sebutan adalah 7FFazz Enterprise yang aku pergi ni lah.
Ini adalah kunjungan aku yang pertama (Biasanya kalu pertama kali aku sampai di seseuatu tempat menarik, memang aku akan masuk dalam blog). Perjalanan dari ofis aku di Subang hingga ke Banting ni lebih kurang ambik masa 1 jam lah jugak. Jarak perjalanan aku rasa dalam 60-70 km kut.
Dilihat sebanyak : 6094

