Entri ni sepatutnya aku publish minggu lepas lagi, selepas tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah khamis lepas. Tapi dek kesibukan masa, hari ni baru berkesempatan. Aku taknak review panjang-panjang pasal Hantu Kak Limah Balik Rumah ni sebab dah banyak dah review citer ni kat blog-blog lain. Cuma aku nak bagitau, anda tak menyesal tonton citer Hantu Kak Limah Balik Rumah ni sebab citer dia kelakar abis. Asyik gelak jer. Wife aku yang tak berapa suka citer melayu pun, yang muncung mulut bila aku ajak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah pun boleh ketawa dan cakap “..best aa citer ni..” . So, pergilah tengok yer. hihi
Ok. Kembali kepada tujuan asal entri ni.
Jika anda sudah menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah tentu anda akan teringat babak di mana bomoh siam bernama Comprak Chawatbesiwat yang dilakonkan oleh Farouk Gagak Hitam (aku tak tau dowh nama sebenar dia, yang aku tau nama dia Farouk dalam Gila-Gila Remaja tu.. :tongue: )

Jika anda perasan, bomoh Comprak ni membaca mantera untuk menyeru roh Hantu Kak Limah tu. Mantera tu berbunyi “pelawok..pelawok..pelawok..18 kali..” instead of baca mantera yang selalu kita dengar dalam bahasa siam.
So, apa makna pelawok tu?
Sesetengah orang tentu ingat pelawok tu adalah pelawak. Tapi bukan. Sebenarnya pelawok tu adalah perkataan dialek Terengganu yang membawa maksud penipu. Filem Mamat Khalid ni memang terkenal dengan sindiran sinis secara tak langsung. Jadi Mamat Khalid guna mantera pelawok..pelawok tu sebagai sindiran yang bomoh bomoh ni semua penipu. Itulah yang cuba Mamat Khalid sampaikan.
Jadi, pembelajaran hari ni ialah Pelawok tu bermaksud Penipu. Lepas ni, instead of cakap “ahh..kecing aa ko nih!” , boleh juga cakap “ahh..pelawok aa ko nih!” hihi.. :tongue:
p/s : salah satu babak yang paling aku tak tahan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ni, masa hantu kopek menjelma, selamber jer Zami Ismail sebut “eh eh…panjangnye kopek dia..” haha…siot jer skrip. :biggrin:
Dilihat sebanyak : 3519