Penunggu Istana

Review Penunggu Istana

Ini bukan review filem Penunggu Istana sebab aku sendiri belum tengok lagi cerita tu. Tapi aku dah tengok trailer filem Penunggu Istana.  :biggrin: Nampak macam seram tapi tak taulah bila dah tengok nanti camne plak, seram atau sebaliknya.

Bila tengok trailer Penunggu Istana tu, teringat pulak pengalaman aku buat “kerja giler” (bukan aku gila yer) bersama kekawan rumah sewa menerjah istana lama waktu malam.

Kejadian ni berlaku lebih kurang tahun 2001 kut. Dah hampir 10 tahun dah berlalu. Tapi peristiwa menerjah istana lama tu masih segar dalam ingatan ku.

Masa tu aku masih seorang pelajar universiti di selatan tanahair. Tahun akhir kut. Biasalah pelajar tahun akhir duduk rumah sewa ramai-ramai. Mentaliti kebanyakkan pelajar masa tu, tak matang aa duduk kat hostel kan.

Bila tiba malam minggu, biasalah lah kan, cari tempat untuk berpoya-poya. Release tension lah kunun. Biasanya lepak kat kedai mamak layan bola, kekadang lepak kat Stulang tengok gelagat remaja masa kini :tongue: , tapi selalunya kami lepak kat library menelaah pelajaran. Study group. (tangan di dada mata ke atas)

Bila dah bosan asyik lepak tempat sama, timbulah idea giler. Dalam ramai-ramai tu, macam-macam lah idea giler dan salah satunya adalah menerjah istana lama. Semua setuju sebulat suara walaupun dalam hati “biar betul..” :smile:

So, tengah malam tu lebih kurang kul 12 malam kut, kami beramai-ramai (rasanya 3 buah kereta penuh kut) menuju ke Continue reading

Dilihat sebanyak : 2774

Terengganu Dah Ada Panggung Wayang

TGV Mesra Mall

sumber : Kosmo

Dalam kosmo hari ni melaporkan yang Terengganu sudah ada sebuah panggung wayang TGV di Mesra Mall, Kemaman.

Ya, untuk pengetahuan Terengganu tiada panggung wayang. Bukan tidak pernah ada, dulu pernah ada tapi telah bertukar operasi daripada panggung wayang menjadi tempat menjual barang plastik.

map ke Mesra Mall

Akhirnya, setelah sekian lama Terengganu mempunyai panggung wayang semula. TGV lagik. Tapi panggung wayang TGV tersebut di buka di Mesra Mall, Kemaman, bukan di Kuala Terengganu. Jarak antara Kuala Terengganu dan Kemaman pula lebih kurang 2 jam atau lebih bergantung kepada corak pemanduan. So, secara teknikalnya orang Kuala Terengganu masih lagi tidak mempunyai panggung wayang sedangkan mereka tinggal di ibu negeri.hmm.. Continue reading

Dilihat sebanyak : 1707

Bulan Puasa Bulan Nostalgia

happy raya

kredit gambar : puterakuda.blogspot.com

Bulan puasa bagi aku bagai bulan nostalgia. Sebab apa aku cakap camtu, sebab biler bulan puasa jer, terimbau kenangan-kenangan lalu ketika di bulan puasa. Teringat zaman puasa masa kanak-kanak. Teringat zaman puasa masa bujang empat dulu (sekarang dah bujang tiga :biggrin: )

Zaman puasa masa kanak-kanak memang best. Best sebab kalu tak puasa takde orang marah. hee..  Antara kenangan yang aku ingat, masa sahur, akupun bangun sahur. Lepas sahur sambung tidur balik. Lepas tu biler bangun pagi, aku akan ke dapur buat spot check. Kalu ade lagi saki baki lauk-pauk semalam tak habis, aku akan habiskan! hehe… Biasanya aku akan tewas jika baki lauk yang tinggal adalah gulai kari ayam. Memang tak bleh tahan, terus ratah gulai kari ayam tu. Perghh…sedappp! hee :biggrin: Lepas tu berlakon kunun-kununnya hari tu aku puasa. hehe..

Dulu masa sekolah rendah, aku sessi petang. Dari pagi sampai petang aku puasa. Pergi dan balik sekolah naik basikal. Waktu pergi sekolah ok lagi tapi waktu balik sekolah, cubaan cukup kuat sebab sepanjang berbasikal balik sekolah tu ade gerai-gerai jual juadah berbuka. Aku paling lemah bila nampak gerai jual ABC.

Continue reading

Dilihat sebanyak : 1210