Pengalaman Jana Pendapatan Dengan Advertlets

Bayaran Advertlets

Nota : Entri ini sekadar berkongsi pengalaman aku menjana pendapatan blog menggunakan iklan Advertlets.

Advertlets ni sama macam Nuffnang (jika korang tau apa itu Nuffnang aa). Di mana, apabila anda sudah mendaftarkan blog anda pada Advertlets, maka anda  boleh meletakkan kod iklan Advertlets kat blog dan seterusnya menjana pendapatan.

Berdasarkan pengalaman aku menggunakan Advertlets, sebaik sahaja kod iklan diletakkan, iklan akan terus terpampang pada blog dan seterusnya earning pun berjalan dengan bermula 00.001 sen. Earning advertlets adalah dikira berdasarkan per impression (CPM) atau per pageviews dan juga per klik (CPC). Tapi kalau takde langsung orang klik iklan tu pun, earning still berjalan seperti biasa. Lagi tinggi trafik atau pageviews sesuatu blog lagi mencanak la earnings tu naik.

Berbeza dengan Nuffnang, jika dapat Buffered Earning a.k.a BE (tak tau gugel,bersepah ada kat internet) barulah setiap pageviews blog anda bertukar menjadi duit. Jika tak dapat B.E , memang agak sukar tuk menjana earning sebab kena tunggu ada orang klik iklan yang sekejap ada sekejap tak ada tu. Dan berdasarkan pengalaman aku menggunakan Nuffnang, agak sukar tuk mendapat earnings berdasarkan CPC. Continue reading

Dilihat sebanyak : 2808

ChurpChurp : Cashout Yang Pertama

ChurpChurp.. bunyinya macam lolipop chupa chups kan. Gula-gula yang buat aku tension setiap kali bawak anak aku ke kedai. Nampak jer chupa chups, terus anak aku histeria. Nak tak nak kena beli jugak sorang satu, kalu tak haru biru kedai tu. Melayang RM2… huhu.. Aku bukan sayang RM2 tu, tapi aku sayang gigi-gigi diorang walaupun gigi susu dan juga buah pinggang diorang. Tapi, budak-budak apa tau kan, janji dapat makan gula-gula setiap hari setiap masa, sebab tu zaman kanak-kanak ni satu kenangan manis bila diimbau kembali kan. :biggrin:

chupa chups

Tapi, itu kisah lolipop chupa chups yang mendefisitkan poket aku. Continue reading

Dilihat sebanyak : 2185

Jana Pendapatan Blog Dengan YIELDads

Nota : Entri ni sekadar untuk berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman aku menggunakan YieldAds.

Jana Pendapatan YieldAds

YieldAds. Jika anda tahu apa itu Nuffnang, Innity, Advertlets atau ManggaAd, maka sama juga halnya dengan YieldAds. YieldAds juga merupakan penyedia iklan untuk blogger dan pemilik website.

Secara jujurnya, aku tak pasti YieldAds ni masih baru atau sudah lama. Tapi jika melihat pada website YieldAds ni, rasanya diorang dah lama bertapak dan rangkaian pengiklanan diorang adalah global dan tidak terhad di Malaysia sahaja.

Aku mula mengenali YieldAds setelah menerima emel jemputan dari salah seorang Pengurus Akaun (Account Manager) YieldAds yang mempelawa aku untuk mencuba iklan dari YieldAds. Continue reading

Dilihat sebanyak : 2472