
Akhirnya bayaran yang ku tunggu-tunggu dari ManggaAd sejak akhir julai lalu sampai jua. Pada masa aku cashout ManggaAd itu hari, proses pembayaran yang dijanjikan adalah 2 minggu dari tarikh cashout tersebut. Seminggu selepas aku cashout tu, diorang tukar lagi proses pembayaran menjadikan 30-45 hari. Tapi menurut emel dari mereka, cashout aku tetap diproses selama 2 minggu kerana aku cashout sebelum mereka tukar tempoh pembayaran.
Selepas 2 minggu, tiada apa-apa yang berlaku. Ternyata diorang tidak boleh menunaikan janji tersebut. Mungkin kerana ManggaAd masih baru dalam bidang ini. Tidak mengapa, aku masih boleh terima kerana cara layanan mereka amat mesra dan rendah diri sekali.
Hari ini, setelah 6 minggu menunggu, akhirnya cek ManggaAd sampai jua ke tangan aku. Walaupun sebenarnya, aku memilih kaedah pembayaran secara bank-in terus ke akaun bank aku, tetapi pihak ManggaAd sebaliknya hantar cek pula kepada aku. Siap pakai pos express lagi. Satu hal pulak aku nak pergi ke bank untuk clear kan cek tersebut. Tapi takpelah, duit dah dalam tangan. Alhamdulillah..rezeki ramadhan..
Apa-apa pun terima kasih kepada ManggaAd kerana memberikan peluang kepada blogger-blogger kat Malaysia ni mencari duit dengan blogging. Sekurang-kurangnya dapat menjadikan hobi blogging kita satu cara tuk mendapatkan sedikit duit poket.
p/s : yang best pasal ManggaAd ialah ianya tidak exclusif, so aku boleh pasang iklan manggaAd bersama iklan innity dan advertlets. So, boleh maximakan pendapatan satu blog dengan 3 iklan sekaligus.
