Suasana opis skang cam hambar jer. Semua dah mood raya, mood nak balik kampung. Banyak juga meja² yang dah kosong menandakan tuan meja dah start bercoti. Awalnya diorang coti…huhu…
Aku ingat nak update blog pasal aku balik kampung 2,3 hari lepas, tapi kamera tinggal kat umah plak. Yang ada gambar² dalam henpon aku jer. Gambar berbudak main bola tin. Teringat masa aku sebaya diorang dulu². Permainan tu lah yang kitaorang main. Masa tu kitaorang mana tau pasal bowling ke ape ke.
Permainan ni kena ada 2 team, baru bleh main. Paling kurang 2 orang setiap team. Kalu sorang satu team, mana larat nak kejar bola lagi, nak baling bola lagi, nak tangkap bola lagi.
Tin akan disusun seperti piramid cam gambar di atas tu. Zaman aku dulu, tin disusun atas para kayu. Para kayu tu pula diletak di atas dua tin sebagai kaki para tersebut. Skang ni diorang pakai letak kat bawah jer.
Satu team kena jaga bola, satu team lagi kena baling tin tu dengan bola. Setiap seorang ahli team diberi 3 kali peluang tuk baling tin tu.
Bila balingan tersebut mengena, team yang baling tu kena bina semula susunan tin tersebut, tapi nak membina semula tu tak semudah itu kerana team yang satu lagi akan cuba membaling bola tersebut kearah team tadi. Jika terkena bola tersebut, ahli team tersebut akan terkeluar. Jika semua ahli terkeluar, team tersebut kalah dan team yang satu lagi pulak akan membuat balingan. Kalau team tersebut berjaya membina semula susunan tin tersebut, team tersebut dikira menang dan boleh membuat balingan lagi. Begitulah seterusnya sampai penat. jom join pay per lead !!
-
Dilihat sebanyak : 637





